Pages

Wednesday, October 07, 2015

Bercanda di Tepian Pantai



Petang hari pertama kat sana anak-anak dah sibuk ajak mandi kolam. Memang ada kolam area rumah Pak Usu tapi bila fikir mandi kolam kena keluar modal, masuk kena bayar baik kita mandi laut. Setakat kolam kat mana-mana pun boleh mandi. Ala lautnya tak jauh pun dari area rumah. Nak pergi yang jauh penat perjalanan datang pun belum hilang.

Kampung Punggai ni berdekatan dengan Batu Layar, pusat rekreasi pernah popular suatu ketika dulu. Sekarang dah tak dijaga tempatnya. Aruah atok pun tak benarkan anak cucu mandi situ. Ada mistiknya tau Batu Layar ni kalau aku nak story kena buat satu entry kot. Yang penting setiap tahun mesti ada ambil nyawa orang punya. Ada je kisah orang mati lemas.huhu

Berbalik pada aktiviti kami bercanda ditepian pantai. Dekat sini aku membahasakan diri sebagai Kak Long kepada anak-anak Pak Usu (adik MIL) ye. Boleh la perasan muda kejap. Kalau sebelah aku dah pangkat toklang dah aku ni.hehe..

Pose dulu reramai sebelum kelaut. Pak Usu ada 5 orang anak. Last kami sampai Johor anak yang nombor 3 tu baby lagi wo.

Aiman bersama pak sedara dan mak sedaranya. Yang paling kecik ni la anak Pak Usu no 3, Arina. Pak Ngah Rakin satu-satunya anak lelaki Pak Usu sebaya Aiman. Tengok la Aiman dah sama besar dengan Mak Long Ain yang darjah 5.

Sakan korang berkubang dalam laut tak menyabor.

Bercanda la korang erkk. Balik sini kena speaking Johor kite.hakhak..

Nah semua dah kepantai. Main tepi-tepi je.

Yang sado-sado jadi pengawal pantai.

Cik Pia takut ombak tapi kemain lagi kocak kaki dalam pasir tak ingat dunia.

Kami batalkan hasrat nak mandi laut sebab air kotor. Tak perasan yang kaki semua dah hitam dek minyak. Ada kapal lepaskan minyak la ni naya je kotor habis hitam legam selipar semua.

Balik rumah jenuh tonyoh dengan minyak gas untuk jilangkan hitam minyak. Mujur la Pak Usu ni rajin orangnya baju semua beliau kasi setel. Anak-anak pun kena mandikan sorang-sorang secara detail. Buang karan betul kalau tau macam ni baik mandi kolam.hahaha...





11 comments:

  1. Sebab itulah org dah tak mandi di sini
    Pasirnya pun dah tak bersih macam dedulu masa kakak kecik-kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini bukan batu layar kak zakie..pntai dekat umah pak usu.memang bukan tmpt rekreasi..yg batu layar tu seingat sy sekali je pernah mandi dulu2..atok memang tak bg kami mandi kt situ..tak sgka kapal buang minyak cmtu sekali.besa dok mandi ok je

      Delete
  2. Alahai kesianlah pulak yer...masing2 dah xcited nak mandian dan bercanda tepian pantai tup2 air laut berminyak pulak yer... pencemaran dimana2.... dah tak sihat lagi dah alam sekitar kita ni kan... nak mandi sungai takot kencing tikus pulak... macam2...

    Rasa nak dengar jer lagi kissh misteri Batu Layar tu...

    ReplyDelete
  3. apa punya kapal la.merata aje membuangnya, kan
    dah pekena, kan org.. dh lah dtg jejauh..
    mmg hangin kan..

    jgn lupa entry tu ye.. nk juga tahu kisahnya..

    mmg kena balik selalu ni pk. bg aiman afia n the gang rapat dan kenal sesama mereka..
    nak jumpa pula ni ntah bila la kan..

    ppsttt: pk, ala.. x kaya pon blh je makan avokado tu.saya selalu beli dkt giant, murah sikit regenya..
    saya suka sbb rasanya x manis, x masam . tp lemak lemak sedap la.. buat jus avokado letak coklat pon sodap eh :)

    ReplyDelete
  4. Memang sado lah yang jaga pantai tu ehehehe..patutlah mandi kat tepi je..kotor ek...tapi memang warna kelabu asap air tuh

    ReplyDelete
  5. mesti orang lalu-lalang pelik tengok hampa dok mandi situ..hehehe.kalau perasan air laut kotor mesti tak nak mandi.

    ReplyDelete
  6. Haha.....kan dah menyesal tak mandi kolam .
    Pantai apa ke namaya tu PK?
    Tak lajak ke Legoland ke?

    ReplyDelete
  7. alahai kesiannya, tak merasa la mandi sakan kat pantai tu... sedihnya bila pantai cam tu tak dijagakan? saya hari tu kat ganu dpat juga mandi laut... tak de la minyakkan... tapi sekejap2 ada sampah... paling tak menahan pampers tu.... eeeeuuuuuwwwww....

    ReplyDelete
  8. Sado2 belaka bodyguard tu ye. Baiknya pak usu tolong setelkan baju2 yg berminyak dan tlg mandikan sorang2 detail2. Patut la pantai tu nampak hitam. Ada minyak rupanya.

    ReplyDelete
  9. Baru aje bertanya tentang si Ain dan Rakin ni rupa-rupanya jawapan ada di entri ini ^_^

    Saya ni nama aje orang Johor tapi boleh terlupa ada nama tempat 'Batu Layar' yerk ^_^ Kes mati lemas kat pantai-pantai belah Johor ni biasalah dengar. Ada satu lagi tempat pun saya dah lupa apa namanya. Maklumlah sejak jadi urban girl ni lupa memanjang asal-usul. Keh3x.

    Itulah PK, nak jimat sangat. Jenuh aktiviti menyental yerk. Kat Johor ni rajin ke masuk dapo, ke makan luor jerk ^_^

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!