Pages

Thursday, October 08, 2015

Restoren Masakan Melayu



Hari pertama di Johor kami mula fikir dinner dimana. Nak ke Pasak mengimbau kenangan port peberet kami dulu jauh sangat. Pergi nanti buatnya kedai tak buka naya. So kita ke Bandar Penawar again cari makan. Membangun dah Bandar Penawar ada supermarket bagai almaklum dah lama tak balik banyak la kan perubahan. Dulu mana ada apa kat sini hutan ja lebih.huhu..

Kami ke Restoren Masakan Melayu. Nama restoren memang gitu ye. Kemain punya order sorang satu tak sangka portian dia banyak. Aku dah agak dah sebab tengok pinggan meja orang sebelah semua besar. Yang budak-budak ni order nasi goreng ayam sorang satu sudahnya semua pakat tak habis. Aiman yang kuat makan tu pun tak dapat habiskan nasi dia.


Antara yang kami order. Makanan nampak je  menarik tapi kureng.


Otak-otak dan Johor mana boleh dipisahkan. Ada jual depan pasaraya sebelah rostoren. Mulanya Pak Usu dah beli..tak cukup abah pergi tambah lagi. Agaknya bebudak ni dah kenyang dengan ni la sebelum order sampai.

Nyum nyum

Tengok order belum sampai air dah nak habis dua jug.haha..

Anak sedara pak sedara dah sama saiz.kiki

Abang Long oii sudah2 la gadget, padahal kaklong tak boleh sebab kena dukung si bambam tidur.muahaha..

Ain anak sulung Pak Usu. Dah sama besar maknya. Lamanya hai tak jumpa.

Aiman dan Pak Ngah Rakin bestfrend ok tidur pun berdua.

Cik pia tengah tidur ibu letak kat kerusi terus melalak pastu merap. Siap buka baju panas berpeluh dia kata. Ketawa Toksu Nek Su tak pernah dibuat orang peel buka baju kat kedai. Apa-apa la anak oii janji dok dendiam ibu nak melantak.huhu

Mak Usu with baby Arifah. Pangkat je Mak Usu ikut umur aku lagi tua.huhu..

Rakin yang semakin hensem. Berisi sikit dah tak macam dulu keding ja.

Aribah lena dipangkuan MakLongnya (MIL). Yang Aribah ni sebaya Afia. Cuma Afia tua bulan.  Anak sedara besaq dari mak sedara kekdahnya. Tak sebulu langsung depa dua ni tau.

Servis ok tapi nasi goreng memang tak sedap. Nasi lembik pastu kuah chicken choop lamb choop pun aduhai tak sedap langsung. Aku order mi hailam tu bolehlah sedap juga. Bubur nasi pilihan MIL pun sedap katanya. Yang lain semua out dari segi rasa.

Total lost RM 130 tak campur otak-otak RM 35..oklah harga sebab portion besar. Pak Usu dan en suami yang sado dah sorang dua pinggan. Kena nasi goreng USA pastu order western lagi, pengsan nak habiskan. Aku jugak selesaikan french fries depa sayang punya pasal. Balik SP baru diet, tapi sampai sekarang pun dok kuat melantak.hehe..

Dah selesai menggemukkan badan moh kita pulang kepangkal jalan. Esok nak kena nasi kenduri pulak. 
















10 comments:

  1. baca review macam tak meyakinkan je...

    ReplyDelete
  2. Gi melawat mak Su ke kat Penawar tu PK?
    Kawan okje mak dia ada duk situ.....tp okje tak pernah sampai pun hihi....
    Okje paling tak suka order Nasi Goreng kalau makan kat luar sebab mmg jarang jumpa yg sedap....

    Baik le order yg jarang kita buat kat rumah, sekurang kurangnya kita tak dpt beza sedap ke tidak hihi

    ReplyDelete
  3. Dah sampai ke Penawar tak terus ke Desaru beach dan Airterjun Kota Tinggi ke?
    Kalau otak-otak kempas biasanya sedap. Kalau di JB biasa yg femes kempas punya.

    ReplyDelete
  4. ok la harganye kot kan ... sbb ramai yg mkn tu ....

    ReplyDelete
  5. @hainom OKje

    Actually Pak Usu adik kepada MIL..rumah aruah atok nenek dekat Punggai tak jauh la dr Penawar

    ReplyDelete
  6. @Kakzakie

    Tak sempat kak zakie..desaru dh selalu lalu sejak dok johor dulu pun..tp tulah 5 tahun kat sana tak pernah lagi masuk kedalam.hahaha...

    ReplyDelete
  7. otak otak kempas.. mmg the best..
    tak pa la pk mkn je.diet pikir kemudian.hikhikhik
    pnas sgt le tu afia x selesa

    ReplyDelete
  8. pak ngah rakin kocik yo dari aiman.. heheheh
    mmg besar betul nmpk pinggannya.... huhuhuh

    ReplyDelete
  9. Baca perenggan pertama pun dah buat saya sayu. Dah lama sejak pindah ke selangor ni saya ajak suami nak pergi ke johor. Banyak makanan sedap dan kawan2 di johor dalam ingatan saya ni. Nak juga buat mcm PK ni, mengimbau kenangan masa kat Johor dulu..

    ReplyDelete
  10. Si Ain dengan Rakin tu adik beradik ke, PK? Macam serupa aje rupa mereka berdua.

    Apa ni Cik Pia! Mana ada wanita Melayu buka baju di khalayak ramai? Boleh jatuh saham tau! Merundum terus ^_^

    Macam pernah dengar nama restoran ni. Abang saya mengajar di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Memang saya rasa setakat restoran-restoran yang ada di situ, semua dia tahulah kot!

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!