En suami terus menerus drive tanpa tidur sepanjang malam. Kami berhenti untuk solat, makan dan buang air saja. Penumpang kat belakang dan co driver memang tak tahan mata dah ketiduran berganti-ganti. Terbaiklah en driver kami. Alhamdulillah selamat sampai Kota menjelang subuh.
Selesai solat subuh dekat Masjid Kota Tinggi kami teruskan perkalanan ke Sedeli rumah Pak Ngah en suami (adik MIL) yang mana Tok Long yan meninggal tu mak mertua kepada Pak Ngah. Kalau Pak Ngah tak kahwin dengan Mak Ngah pun, aruah Toklong ni memang mak saudara MIL. Pendek cerita Pak Ngah ni kira kahwin sepupu. Sila abaikan salasilah keluarga jika tak berminat.hahaha...
Apa pun kita isi perut dulu. Sarapan dekat Tanjung Sedeli tak jauh dati rumah Pak Ngah dan Aruah Toklong.
Wan dan Aiman makan nasi lemak
Yang lain semua order roti canai
Nah muka sememeh baru bangun tidur
Ajak Pak Ngah join breakfast sebelum ke tempat kerja
Kenyang sudah
Lepas sarapan kami terus gerak ke rumah aruah tokl ong. Semua anak-anak aruah tengah bersedih. Duduk kejap je bertanya khabar dan bercerita kemudian singgah rumah Tok Usu. Sebelum terus ke Punggai (rumah aruah tok dan nenek yang sekarang Pak Usu duduk) kami singgah Bandar Penawar pulak.
Afia pertama kali jumpa mak adik (anak bongsu Pak Ngah).
Suka betul kat rumah tok nyang busu dia.
Sembang-sembang kemudian kami dijamu jemput-jemput ikan bilis. Sedap oii ayaq tangan orang kampung.
Aiman Afia
Kebetulan ada dua ekor belangkas kt dapur tok usu. Dapat la tunjuk ke Aiman Afia secara live. Dok hidup lagi tau. Afia punya takut nangis tengok binatang ni. Anak dara aku ni bunyi lori bunyi hon pun dia takut.hehe..
Kat Bandar Penawar tokwan dengan cucu makan lagi. 2nd breakfast dah depa ni. Kami semua dah kenyang.
Sementara tunggu wan maktok belikan hadiah pengantin untuk kenduri esok ibu melayan Afia dalam car.
Pak Usu sefamili pun tengah belanja barang dekat Bandar Penawar jadi kami jumpa kat situ. Pak usu ajak pekena KFC aku dah malas kenyang dah kot dengan badan letih ingat nak balik rehat ja.
Sampai Punggai semua terbungkang tidur. Kami lunch menu special masakan Pak Usu dan Mak Usu. Ada sambal udang petai, singgang, ikan bakar dan ayam goreng makan ramai-ramai mau tak selera.
To be continued.hakhak
jauh perjalanan kalo sampai area kota tinggi tu...lieya penah sampai sekali jek...dari kluang jek pun ..uiiihh jauh betul.... tapi tu dulu laa skrang ade jalan lain dah dekat kot...
ReplyDeletebelangkas menu rare tu cikpuankutu.... lieya walo org johor takpenah makan...tingin gak nak rase masak sambal ke asam pedas belangkas.....
selamat datang ke johor .. meh jalan-jalan ke johor , banyak tempat menarik ..btw pipie follow sini :)
ReplyDeleteberapa jam tu klu dr SP tu ..ko sampai kota tinggi ??? 8 jam ade ??
ReplyDelete8jam tu kira cepat la eima. 5 ptg dr sp smp kota 6pg..13jam gak la..klu tak benti lngsung bley kot buat 8jam.hahaha pnah buat dr tg pengelih ke png tanpa hebti pecut gila2 masa aruah mak meninggal.benti isi minyak kencing ja tu pun 6jam perjalanan..tu kira record la.hihi
Deletebelangkas, x pnh nk try makan.dlu dok pwnang sepupu rajin ajak mkn luar.dorng order belangkas, tp saya tak da hati nk try pon..
ReplyDeletesuka aiman afia ye
lps ni mmg kna juga luangkan masa blk ohor pk.
supaya hubungan kekeluargaan tu terus terjalin walaupon wan maktok dah tiada nanti. itulah harapan mana mana makayah kan jika mereka dh tiada. tp tu la kalau blk jjmpa sedara mara x bawa makayah rasa jnggal paling utama x tau nk sembang apa..
ramai saudara mara encik suami pk di sana ye..
mmg penat pjlnn dr utara k selatan, kan.. memang terasa letih dan penat tu. kami dlu kalau xda apa apa yg urgent mmg suka btolak slps subuh. sampai utara dh ptg sblm mlm.kurang sikit pntnya.
pernah skli btolak awal pgi masa arwah adik meninggal, sampai utara hmpir jam 1020 pagi.
alhamdulillah smpat ziarah arwah buat kali terakhir.
en suami drive 8 jam terus menerus dari kl smpi sedili ke mak., wahh hebat tuuu., huhu2
ReplyDeleteLelaki ni tahan betul ek.....boleh pulak tahan mata tu sepanjang mlm. Kalau mak mmg failed hihi....
ReplyDeleteWalau bangun tido muka sememeh, tp tetap cun ko .... driver sure geram tu hihi....
belangkas tu na masak apa la agaknya yea? saya tak makan belangkas... tapi tertanya2 juga ada ke isinya belangkas tu? huhuhuhu maklum la... semua bahagian badannya nmpk keras je. uhuhuhu
ReplyDeleteSalahsilah keluarga tu biasalah, PK. Memang macam keluarga 69 dah! Makpak saya pun macam tu juga sebab mereka kahwin saudara marakan. Nanti belah Mak kena panggil orang ni PakNdak tapi sebelah bapa sebenarnya pangkat PakSu. Hah, pening nak ingat! Senang cerita tak payah ingat sangat. Asal tau sedara aje cukuplah!
ReplyDeleteKalau jadi co-pilot memang kerjanya tidur aje. Kesian driver utama tau. Nasib baiklah driver bukan kaki mengantuk. Saya ni memang elak travel selepas pukul 12 tengah malam dan seawal pagi. Kalau boleh elak, memang elak. Co-pilot tak tahan mengantuk, nanti kesian kat driver ^_^