Pages

Saturday, July 04, 2015

English Books Untuk Aiman



Beberapa hari lepas, mai tengahari blackout lagi rumah aku. Kalau tak panas kat rumah tu memang takda makna nak outing. Dok rumah buat peta lagi bagus. Lepas hantar Aiman KAFA, en suami terus ajak pergi bank settle semua bayaran, after that singgah Tesco tukar charger samseng yang baru beli dah lingkup. Memang dah plan nak belikan English book untuk Aiman, tapi tempohari shopping raya kat Pasific tu tak sempat. Dah terlanjur ke Tesco terus singgah Popular cari buku.

Ini je sempat ibu grab. Turutkan hati nak beli banyak lagi, abah tegur ibu letak balik kat rak dua tiga buku. Memang patut pun, takut tak terbuat latihannya, buku lama masih belum sentuh. Gigih ni ibu nak jadi english teacher, tekankan sikit subjek yang Aiman lemah. Nak kata pandai sangat English, memang tak pandai pun. Ada jawapan bagi setiap soalan kan boleh ibu refer. So kita berlagak pandai sudah depan anak hahaha.. 


Hari minggu tiba, Aiman pun dah tak banyak komitmen lain, kami baru mulakan satu buku. Buat jangan tak buat!



Lepas dah siap satu latihan tubi, ibu minta Aiman tulis perkataan English yang dia tak tahu kat sebuah buku beserta makna dalam bahasa melayu. Moga makin bertambah kosa kata seiring latihan. Nanti dah plan nak buat dictionary bergambar juga dengan Aiman. 








7 comments:

  1. sexy abang aiman... hihi.. banyak ibu beli buku english.. saya tak pandai sangat english ni tapi memang kalau depan anak kita kena berlagak pandai la kan..hihi..

    ReplyDelete
  2. aiman kidal rupanya.... woaahh lpas ni boleh speaking la dengan mama kan... =D

    ReplyDelete
  3. Gigih ibunya ni, InsyaAllah nanti bertambah mahir Aiman berbahasa Inggeris.. dia nk buat jadi itu satu bonus tu.. tak yah paksa lagi cepat mahir..

    ReplyDelete
  4. Wahhhh....rajinnya Aiman.......nanti rajin tolong mama jugak tau...

    ReplyDelete
  5. Rajin si ibu ni bulan puasa jadi English teacher. Kita ni bulan puasa stop jadi guru tuisyen. Tak terkejar menguruskan rumah. Semalam pun baru dapat jadual katanya mid exam 29 Julai ni. Nangislah Mommy. Mommy yang nangis, Abang macam biasa aje rileks memanjang!

    ReplyDelete
  6. suka tgk aiman
    rajin
    itu yg ibu suka tambah buku, kan.

    x sabarnya nak ajar rania pulak..

    ps: blok saya bru dpt notis 10/7 10 malam sampai 8 pagi 11/7 tak ada letrik. huhuhu. kalau ikut msa yg diberi ok la.talut terlebih hari.naya ooo

    ReplyDelete
  7. moga aiman trs mndapat mnfaat n ilmu sebaiknya..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!