Pages

Monday, April 20, 2015

Nasi Goreng Chicken Chop



Dah Isnin, entry tayang makanan lagi.hehe. Menu beberapa hari lepas, tak sempat nak update. Punya lama teringin, tengok sepupu post gambar makan kat restoren mana ntah. Akhirnya jadi jugak Nasi Goreng Chicken Chop aku. Dua hari punya preparation, makan tak sampai sepuluh minit dah licin.haha..

Sehari sebelumnya aku buat siap sos lada hitam dan frozen french fries, perap ayam kasi kaw punya, pastu buat breadcrumbs juga. Esoknya aku cuma masak nasi buat nasi goreng, beli karot dan kobis buat coleslaw, goreng french fries pastu panaskan semula blackpeppers sauce. Ayam aku kasi golek dengan breadcrumbs sebelum goreng. Step by step aku cerita. Punya la pulun.hakhak.



Resepi Chicken Chop : Bawang putih + halia + lada hitam tumbuk + garam + kicap, perap semalaman. Salut dengan telur, kemudian serbuk roti sebelum goreng. 

Resepi Homemade Kentang Goreng

Resepi Homemade Serbuk Roti

Resepi Homemade Sos Lada Hitam

Resepi Coleslow : Kobis dan karot yang diracik halus + mayones + serbuk lada putih + garam + susu pekat + susu cair. Gaul sebati, simpan dalam peti ais sebelum makan.

Puas hati semua homemade. Boleh makan sampai sengkak perut. Alhamdulillah kenyang!








16 comments:

  1. kalau makan dekat kedai entah berapa kena bayar ni

    ReplyDelete
  2. Salam PK..pagi2 dah kebulur lapar tgk menu ni..haha..

    ReplyDelete
  3. adeeiii..telan air liur melihantnya..

    ReplyDelete
  4. makan memang sekejap je pk kan..buat persiapan nak masak tu yang lama sikit

    ReplyDelete
  5. makan memang sekejap je pk kan..buat persiapan nak masak tu yang lama sikit

    ReplyDelete
  6. rajinnya lah PK ...terliur pagi-pagi Isnin ni.huhu

    ReplyDelete
  7. rajin betul la pk sorang nih..
    ni baru panggil ibu/isteri mithali..
    ikat perot famili ngan air tangan sendiri..

    ReplyDelete
  8. PK, oh PK! Kenapalah hang ni rajin sangat!

    Dah kata dua hari buat preparation, kenapa tak buat banyak-banyak? Boleh makan berulang-kali untuk breakfastlunchdinner. Agak dah bosan nanti, simpan je resepi. Tahun depan buat lagi.

    Aduh, tak larat saya tengok semuanya homemade. Tetiba je terasa kerdil diri ni jadi mak budak. Hahaha!

    ReplyDelete
  9. semua homemade! mmg A+++ 👍👍👍

    ReplyDelete
  10. Kalaulah kakak dekat alanglah bestnya. Mesti kakak dpt satu set macam tu kan:)

    ReplyDelete
  11. elok masak sendiri skang ni PK...banyak jimat tu...

    ReplyDelete
  12. waahh... idea bagus..makan nasi goreng n chic chop..mesti sedap ni

    ReplyDelete
  13. Adoi ... terliur ni..tolong lah pos sepinggan dua Kat Sya ni akk

    ReplyDelete
  14. mak aii sungguh menyelerakan..tak pandai nak buat resepi canggih gini..bolehlah try nanti:)

    ReplyDelete
  15. aduhai bab preparation mmg kan
    tp nk mghabiskan sekelip mata.. janji buat sndiri
    mmg mmbuka selera nengok ni haaa..
    nk nk coslow tu..mkn sijuk sijuk.. dapnya :)

    ReplyDelete
  16. Bab home made mmg buat kita puas hati...ermm sedapnyaaaaaa....

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!