Aiman kata dekat sekolah cikgu baru ajar sampai Sifir 3. Sifir yang Aiman dah hafal so far sifir 1,2,5 dan 10. Dah yang tu je senang.hehe..Lunch break semalam macam biasa ibu mesti balik rumah masak. Sambil masak minta dia hafalkan Sifir 3 dan polish Sifir 2 dia.
Ibu cuma tulis sifir 3 dekat kertas dan minta dia hafal pastu datang bacakan dekat ibu. Kalau boleh hafal, ibu kasi chance main tab. Aiman juga request nak install game baru. Ok! janji hafal Sifir. Jangan tiru ganjaran seperti ini, tak bagus!hahaha..
Sesekali bagi ganjaran macam ni rupanya berkesan sangat! Tak sampai 5minit dah datang hafal Sifir 3 dengan lancar dan bersemangat sekali. Untuk Sifir dua ibu tak sempat dah nak tulis pada kertas terus bagi papan ni, lama dah abah beli sampai naik renyuk.
Ok hari ni hafal Sifir 4 pulak dengan lancar, kalau tak no more games install!haha..
Adoi, kalau tak bagi ganjaran memang lambat pick up, PK. Si Abang pun baru hafal semua sifir. Kita dok suruh dari Tahun 2 sampai tahun ni baru dia nak hafal semua. Ini pun saya dah set password kat semua gadgets. Saya kata kalau saya kat rumah je dia boleh main dengan syarat semua tugasan diberi dah diselesaikan. Kalau tidak, tidurlah sambil berlinangan air mata tak dapat main!
ReplyDeleteSeronoknya ada anak sek rendah...pelbagai ragam diaorg nak hafal sifir yer.
ReplyDeleteGood luck Aiman utk sifir 4 lak :)
Alamak, ganjaran kita utk anak2 serupa...
ReplyDeleteWell done Aiman, cepat dia menghafal :)
sekali sekala belanja ganjaran sebegitu ok kot
ReplyDeletechaiyok aiman
Bagus....bagus....pandai Aiman yer bodek ibu. Dapat jugak main game sedas dua.Sifir ni mmg penting sangat. Teringat dulu masa kecik abahlah tukang ajar sifir sebelum nak tidur tu
ReplyDeleteganjaran mmg antara teknik berkesan untuk anak2..cayala abg aiman..aunty doakan cepat hafal smpai sifir 12..go go aiman :)
ReplyDeletebetul2, kaedah reward ni memang sesuai dengan anak jantan ni.. naim pun sama, janjikan dia dengan benda yang dia nak, elok je dia bagi kerjasama..
ReplyDeletewah, bagus sangat Aiman ni.. goodboy Man.. lepas ni sokmo dapat A utk math ni!!