Pages

Tuesday, March 17, 2015

Resepi Mudah Sotong Bakar Sumbat



Sunyi je blog musim cuti sekolah ni ye. Disebabkan modal resepi je ada, hadap la projek main masak-masak yang tiada penghujung! Percaya sangatlah kan yang aku ni nak diet.kehkeh..

Stok sotong fresh baru masuk fridge. Geram pulak aku tengok sotong besar-besar en suami beli, terus dapat idea nak sumbat perut sotong kasi boroi. Aku kalau sotong, masakan jenis kering je layan, yang berkuah ni tak berapa masuk tekak. Setakat sambal sotong peberet en suami tu memang dah selalu buat. Aiman pulak peminat sotong goreng tepung. Disebabkan aku suka sotong bakar, aku decide nak buat sotong bakar sumbat.

Let's check it out simple receipe of PK version!


Resepi bahan sumbat : Rebus sebiji kentang kemudian lecek sampai hancur, ketepikan. Aku buat tak hancur sangat pasal malas!haha..Tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan karot yang dipotong hingga masak. Pecahkan telur buat macam scramble egg pastu masukkan kentang tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau suka boleh letak serbuk pati ayam juga. Siap!


Dah siap boleh sumbat dalam perut sotong kemudian cucuk dengan pencungkil gigi supaya bahan sumbat tak keluar. Aku sukahati je cucuk entah apa seni. Style sangat kan.hahaha...Untuk rasa sotong yang original, aku hanya lumur sotong dengan garam sebelum bakar. Kalau suka letak serbuk kunyit or nak buat bahan rempah up to you. 


Tadaaa..siap sudah!


Dah boleh ngap!


Aiman dah lapar sangat bedal nasi dengan sambal ikan dan sayur tak sempat tunggu sotong bakar. Konon bagi ratah, makan sikit pastu bagi ibu, macam mana nak slim kan? Adik Fia rasa jugak sesuap dua, terus telan ok sotongnya, dah macam ular sawa. Dia panggil sotong ni lolor (telur) hehe..








10 comments:

  1. Acik pun suka sotong..kalau makan dikedai..sotong goreng tepung jugak yang acik order..atau pun nasi sotong penyek

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Kutu..rmh kak atie pon suka mkn sotong..biasa kak atie msk sambal gak...kdg2 kari sotong.
    Selain menu tu...takkn dilayan..hehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa PK... tapi CH sekarang tengah pantang seafood.. tunggu dah habis pantang nampaknya :)

    ReplyDelete
  4. Pergh, sotong bakar... Mmg kreatif la PK ni...

    ReplyDelete
  5. sotong ni memg peberet..tp xpnh g beli dan bakar..boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  6. hari ni menu sotong jugak.......he3x.

    ReplyDelete
  7. sy kurang sikit sotong tp kalau sotong sambal atau bakar atau sumbat pulut suka la jugak.setakat merasa j la. cik abe mmg peminat sotong.

    ReplyDelete
  8. Eh, kenapa senang sangat resepi ni? Tak sempat telan air liur dah siap!


    Kat rumah saya sotong ni tak jalan. Saya sorang je yang makan. Teringin kadang-kadang nak mempelbagaikan masakan sotong ni tapi itulah, sendiri masak, sendiri melantak.

    Simple macamana pun, nampak sedaplah PK. Kalau makan kat sebelah, for sure minta seekor sotong ni *_*

    ReplyDelete
  9. Emmmm.....sotong bakar ek.....lum pernah buat lagi sebab malas nak sumbat bagai, nak cepat keluar dari dapur kekdahnya hihi.... Tal yah cicah apa apa ke?

    ReplyDelete
  10. ini resepi baru bagi saya ni..seumur hidup ni tak pernah rasa lagi ni.. nak sikit Pk,lain kali habaq kalau buat lagi, habaq sebelum tau

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!