Pages
▼
Wednesday, March 18, 2015
Biskut Tiramisu 1st Attempt
Sementara tengah sawan masak ni, asal nampak resepi mudah kena dengan selera badan yang makin mencanak naik mesti cepat-cepat aku bookmark dan salin. Bahan pun mudah nak cari dan selalu ada stok kat dapur. Cuma kat rumah ni kan tak pernah buat air manis, so memang takda la stok Milo kat dapur. Semata nak buat biskut tiramisu je aku pi beli milo tau!
Pertama kali buat macam agak lembik sikit adunan kastard. Mungkin sebab lebih air atau kastard murah en suami beli. Tak habis nak salahkan benda lain padahal sedia maklum aku ni bab modified campak baling tak ikut sukatan expert sekali.hahaha..
Manis pun lebih sikit, padahal tak sampai setengah tin aku letak susu. Lepas ni kalau buat 1/3 tin susu dah ok rasanya. Adunan kastard pun tak banyak mana. Aku sempat buat dua layer je. Biskut aku guna tak sampai setengah peket. Nampak tak derhaka si tanggang lagi disini?
Benda lembik cengini sedia maklum en suami memang suka. Katanya lagi sedap dari cheesekut. Aiman pun suka, cuma terlajak manislah sikit, tekak aku tak pandai makan banyak. Next time bila repeat buat dah tahu nak budget. Ada yang request resepi, so aku tempek la kan. Sila jangan derhaka macam aku. Selamat mencuba!
Resepi Biskut Tiramisu
Bahan-bahan
Sepeket biskut (aku guna cream crackers)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (kurangkan manislah ikut kesukaan)
4 sudu tepung kastard
1 cawan air
secubit garam
Serbuk Milo secukupnya
Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali biskut dan serbuk milo hingga sebati dan likat kastard atas api kecil, tutup api. Susun biskut dalam bekas, tuang adunan tadi menutupi lapisan biskut kemudian tabur serbuk milo. Ulang step sampai habis. Simpan dalam peti ais dua tiga jam pastu boleh ngap!
ya Allah sedapnye ...dah la aku tgh lapo ni weh .... syoknye ko ni rajin la menerai resepi baru
ReplyDeletesawan masak yer PK? Oklah tu, perut kenyang senang hati :)
ReplyDeleteBoleh cuba ni..
biksut pun blh ehh wat tiramisu..bagus ni
ReplyDeletedapnya
ReplyDeleteyg sekut blm pernah buat
Eh, semua bahan ada kat rumah ni? Harus ke saya cuba? Saya ni janji je manis, bila balik rumah lupa terus resepi! Nak pakai spek google balik tengok resepi malas pulak (itu alasan semata-matalah yang sebenarnya memang spesies malas masak pun)
ReplyDeletewah!!! sedapnya (^___^)
ReplyDeleteteliuq ja tengok (^___^)
ReplyDeleteMenarik jugak ni....boleh cuba buat nanti, tepung kastard tahun lepas pun ada lagi tu rasanya hihi...
ReplyDeleteMesti kurang muak kan PK sebsb tak pakai cheese
PK, jomla kita kongsi niaga makanan nak? ai, berbakat dan rajin PK ni tau... mehla...mesti untung nati bisnes kita
ReplyDeleteDh byk kali nk cuba buat. Asal beli biskut marie je mst kena mkn dulu. Adoiii la...
ReplyDelete