Seminggu kerja, hari Jumaat merupakan hari rehat en suami. Hari Jumaat ni jugalah masa untuk outing bersama famili. Tu pun kena tengok rooster kerja aku juga. Aku kerja lagilah tak menentu. Kalau takda hal kami lebih selesa lepak kat rumah. Kalau keluar pun duit habis ke makan je kot. Jadi taik lansung takda faedah.
Jumaat tempohari ingat bolehlah lepak kat rumah. Lepas solat Jumaat terpaksa keluar juga ada hal dipejabat lawyer. Lepas tu pergi mandikan kereta yang dah lama berkarat. Berbulan lamanya tak basuh kereta. Terlanjur dah keluar bawak la anak-anak ke Taman Jubli. Rezeki Aiman Afia senang pulak dapat parking. Biasanya hari cuti camtu orang ramai. Kalau takda parking memang ingat nak blah balik terus je.
Afia bukan peduli sangat pun dengan mainan yang ada. Kat mana ada baby kat situ yang menarik perhatian dia. Pantang nampak baby macam biasa la mesti dia teruja. Dari jauh nampak stroller dah sibuk nak kejar. Satu-satu dia nak tegur.
Layan je la gambar dua anak riang ni dekat playground.
Sampai balik tak nampak orang jual aiskrim. Dah masuk kereta baru perasan lori aiskrim tepi jalan. Tak kuasa dah nak turun pergi beli. Mula ingat nak pergi pasar malam cari makan sebelum balik, tetiba pulak hujan renyai. Singgah kedai beli barang dapur sikit pastu en suami beli dua tupperware aiskrim dengan kon. Makan aiskrim puas-puas ye anak-anak, ibu dan abah sekali!
Beli juga sate untuk dinner. 60 cucuk makan tiga orang. Lepak kat bawah belasah sate anak beranak sambil layan MLM ulangan. Minggu lepas balik kampung tak tengok.
sedapnya sate
ReplyDeleteahaaa! main bubble! seronok tu!
ReplyDeletesaya teringin juga nak lepak di rumah. lama tak lepak di rumah. tapi, asal jumaat je, anak bujang dah standby, " esok kita nak ke mana ".
tapi kerja seminggu, mmg tertunggu2 la weekend menjelma!
owhhh... afia suka tgk baby. aleesya pulak, kalau ada suara baby menangis, dia cari! dengan pandangan pelik seolah2 " eiii... itupun nak nangis ". padahal dia pun sama :p
Nampak gaya Afia + baby sukar dipisahkan, akak faham, PK faham tak?
ReplyDeleteTerus kepada maksud ya, Afia minta adiklah tu..ahakkk...
Afia dah ada bakat jadi kakak tu... hahhaa, jgn marah!
ReplyDeletepuas hati makan
ReplyDeleteseronoknya pi taman jubli..
ina intanberlian pon suka pergi sini kan
fuhh sate, feveret sy tuhh..tmn jubli tu ada haiwan2 gak eh, ala2 mini zoo?
ReplyDeleteHaha.. afia mmg minta adik tu, dia nak kawan.. abang dah besar mana nak layan sangat Afia kan? Ibu dia saja je buat2 tak tahu ni..
ReplyDeleteMeriah makan sate tu.. jelesnya saya..
Fuh.. 60 cucuk 3 org? I salah bc ke kak? Kitorang Kat rumah 4 org 20 cucuk dah kekenyangan..hehe.. hebat².. makan byk pun still slim je akk..jeles I..huhu
ReplyDeleteseronoklah afia n abag leh main2 kat taman.. main bubble lagi tuh...
ReplyDeletewaahh..byk benor order sate tu utk 3 org.. seriusw?
Biar betul PK sate 60 pucuk untuk PK, suami dan Aiman je ke? Saya kalau beli 60 pucuk tu nak buat makan-makan dengan my sister je!
ReplyDeleteTengok gambar Aiman dan Afia ni barulah teringat dah lama tak bawa superheroes ke taman-taman rasmi di KL ni. Rindu pulak. Asal nak pergi je hujan. Asal hujan je, nak pergi taman. Time panas terik petang macam sekarang ni takda pulak terniat nak pergi taman. Memang alasan memanjang.