Punya lama dah aku buat kek kurma ni tapi tak sempat nak update. Benda pertama kali buat sebolehnya aku nak jugak tepek kat blog supaya senang nak refer resepinya kemudian hari. Cubaan pertama juga aku bakar guna pemanggang ajaib. Nak cepat dan malas punya pasal. Tak sangka walau rupa buruk, kek ni laku ok. Kejap je Aiman dan en suami belasah licin.
Aku tergerak nak buat kek kurma memikirkan kurma kat rumah yang dah kejung dalam peti ais. Sebolehnya aku tak suka membazir segala makanan yang ada. Kalau ada benda tak habis menunggu mati kat rumah mesti fikir apa benda nak gayakan menjadi sesuatu menu boleh soru. Secara tak langsung bolehlah otak aku yang dah berkarat ni merangsang secara kreatif dan kritis. Wah gitu!
Kek kurma ni sesuai kot untuk orang pantang bersunat atau pantang bersalin sebab tak guna telur. Tapi pakai minyak, tak kurus jugak sapa yang dalam pantang tu ye.haha..Bebel banyak pun tak guna.Let's check it out the receipe!
Resepi Kek Kurma
Bahan-bahan
20 biji kurma
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan minyak
3/4 cawan susu uht/fresh milk/susu cair
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
Blander gula, minyak, susu dan kurma yang dibuang bijik. Tuang dalam bekas, masukkan tepung dan esen, kacau sebati. Pastu bakar sampai masak. Senang gila!
20 biji kurma
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan minyak
3/4 cawan susu uht/fresh milk/susu cair
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
Blander gula, minyak, susu dan kurma yang dibuang bijik. Tuang dalam bekas, masukkan tepung dan esen, kacau sebati. Pastu bakar sampai masak. Senang gila!
Assalamualaikum Puan Kutu... nampak sedap! blm pernah makan lagi kek kurma ni tapi buah kurma eija suka... msti licin punya kalu ada kat rumah... ekekeke
ReplyDeletefuhhhhh dasyat punya resepi, blander jer semua bahan, bakar.. chaiyokkkkkkkkk..
ReplyDeleteKek kurma. Boleh try ni. Dlm peti sejuk kat umah fiza pun still ada kurma. Hehe... Kalau licin tu Muni maknanya sedap sangatlah tu. Thanks kerana berkongsi resepi.
ReplyDeleteSenang yang amat!
ReplyDeleteWah.. chef PK kata senang giler resepinya.. bagi dia senang ler. Cer bagi saya, rela makan kurma kering tu sampai longgar gigi.. haha.. kalau PK jadi jiran saya dah lama saya tempah makanan ke kek ke dengan Pk ni.. rajin dan kreatif sungguh.. cara buat pun selalu kongsikan cara mudah..
ReplyDeleteMacam sedap tu pk..dirumah acik ni tak sempat nak lama kurma tu..hari2 dimakan
ReplyDeletesetuju... respi yg senang gila... Tapi budak2 kat rumah ni suka makan kurma.... mmg kena beli kurma semata mata nak buat kek lah nampak gayanya...
ReplyDeletedulu saya x makan kurma. x suka. kecuali yg fresh. tapi mahal!!!!
ReplyDeletepastu masa puasa aritu dpt banyak kurma. ehhh... sedap pulak. skrg ni, asal habis, saya beli lagi kurma. sedap!
tapi... kek kurma tak pernah rasa. rajin pk ni tau!
cuma blend, tuang dan bakar..fuhhh mmg macam senang sangatt ni..kena salin resepi ni, kot tetiba dtg aura rajin nnti leh cuba ;p
ReplyDeletebiar rupa kek tak cantik, janji rasanya sodappp hehe *thumbs up*
sedap ker..boleh mintak sikit...haha
ReplyDeletesedap ni..
ReplyDeletekalu xda telur sy pon suka.
tenkiu pk berkongsi
pa pk jns yg besar kot.. saya punya kecik j
sedap! senangnya cara dia kak.. blend jer.. boleh cuba ni..
ReplyDeletemesti sedap ni..
ReplyDeleteAwatlah PK ni kalau buat resepi mesti senang gila. Tercabar saya ni tau bila tengok resepi mudah kat sini. Rasa tetiba nak jadi isteri dan mak terlebih mithali untuk keluarga. Rasa macam segera nak balik main masak-masak kat rumah tau! Aduhai...
ReplyDeleteBaru teringat, ada sebekas kurma kat rumah tiada siapa yang usik. Bila nak expired pun tak tahu, rasa macam dah lama bertukun dalam peti sejuk. Nanti saya datang balik check resepi, manalah tau tetiba jadi kek kurma pulak kat rumah. Haruslah HD dan anak-anak terkejut nanti :)
agak2 smp masak tu berapa minit ye?
ReplyDelete