Sambung lagi cerita balik kampung minggu lepas.haha..Kenduri sebelah rumah dekat kampung. Yang kahwinnya kawan sekampung sebaya aku. Kat kampung kira tahun kami paling ramai sebaya. Ada 6orang, 4 lelaki dan 2perempuan. Semua dah berumah tangga termasuk pengantin, tinggal sorang je lagi bujang terlajak. Guess what aku kot paling laku sebab aku yang first kahwin.hakhak..
Pengantin lelaki nama Zaini, tapi sejak kecik kami panggil Sopi. Sweet jugak warna purple. Patutlah rasa macam nak bawak jubah purple pakai pergi kenduri, malas nak iron punya pasal, sumbat jubah tak perlu iron la jawabnya.Kenduri sekampung ja tak payah nak lawa sangat. Orang nak tengok pengantin, bukan nak tengok maklang muni.haha..
Pengantin lelaki nama Zaini, tapi sejak kecik kami panggil Sopi. Sweet jugak warna purple. Patutlah rasa macam nak bawak jubah purple pakai pergi kenduri, malas nak iron punya pasal, sumbat jubah tak perlu iron la jawabnya.Kenduri sekampung ja tak payah nak lawa sangat. Orang nak tengok pengantin, bukan nak tengok maklang muni.haha..
Bila tiba waktu kenduri macam ni barulah ada masa bersua muka dengan kawan-kawan adik beradik sedara mara yang dah lama tak jumpa. Sempat bergambar dengan geng sekampung yang katanya sebaya tadi. Walau sekampung tak senang jugak nak jumpa. Yelah memasing dah ada komitmen. Yang ni anak beliau yang nombor dua. Beliau dah ada tiga orang anak, advance sikit la dari aku walau aku kahwin dulu.hehe..
Afia kalau balik kampung sini memang langsung tak reti dok diam kat rumah. Sibuk dia nak keluar all the time. Anak dara sekarang dah terbalik kod. Si abang Aiman memerap kat rumah mengadap laptop acu dia main game sampai orang kampung tanya mana pergi tak nampak muka. Hari kenduri dok bising kat luar lagilah Afia tak senang duduk rumah. Penjual aiskrim strategi bisnes pandai, mana tempat ramai orang, kat situ dia pacak. Apalagi kenduri aiskrim la si bambam! Baru je salin baju anak oi.
Kat kampung ramailah yang dok layan dia. Adik- adik aku kan ke tiga orang. Mula-mula sapa nak ambik pun dia tak nak. Dok lama sikit baru nak rapat dengan mak pak sedaranya. Dapat goodie bag kenduri, Afia kenduri jajan pulak dengan Pak Ndak. Satu hari entah berapa kali salin baju. Tadi dah comot makan aiskrim kan.
Yang lawaknya ada pulak sedara orang kampung yang dah lama tak jumpa salah tafsir aku ni Ain (adik perempuan yang bongsu). Muda lapan tahun kot. Kembang kuncup maklang sepanjang hari. Sekarang en suami rajin skodeng blog aku, mampuih la kena nganjing ngan dia nanti. Patutnya bangga la bini beliau nampak muda ye tak.hakhak...
Haha.. weweit.. nampak muda tu mmg syokla dengar.. nak tidur malam teringat2 dan senyum sorang lagi kan? Alhamdulillah
ReplyDeleteJadi 31 tolak 8, kalau tgk depan2 PK boleh kata Aiman tu adik.. haha.. eh, betul tak umo.. ke baru 30 tahun ni? Agak lupa saya ni bila PK umo 29 tu..
Best la kalau masa balik kg ada jumpa ramai kawan dan sedara kan.. dengan masing2 sibuk dgn urusan sdiri, elokla kan sekali2 jumpa di majlis kendiri kendara macam ni..
syok dpt jmp mmber2 balik kan
ReplyDeleteHehe... awet muda tu kak... best²...
ReplyDeleteNaik lif tekan sendiri nampak? Hahaha
ReplyDeleteBetul la, time kenduri la masa nak jumpa sedara mara dan kwn2...
Afia jugak untung... Dpt makan eskrim byk2
sapa tak suka pk kalau org tegur lagi muda.hihi
ReplyDeleteawet muda tu..
time kenduri kendara la dpt bersua muka kan.itu nasib dpt cuti kalau x dpt.melepaa jugak.
afia.. afia.. sakan dia
cantik pengantin...
ReplyDeleteseronok afia makan aiskrim tu..
a ah.. muka akak babyface.. nampak muda remaja lagi tau
Ni kelebaran dan kekembangan dah kuncup ke belum? Hahaha...aduhai!
ReplyDeleteMana tak nampak muda 8 tahun, tengok gambar kat atas katil tu memang putih betul muka awak, PK. Lepas guna produk Quputeh ke ni? Kah3x.
Kalau tak disalahanggap sebagai Ain pun, awak tetaplah muda nak banding dengan kita-kita ni. Oh, tetiba merendah diri di hari Jumaat ni :)