Pages

Monday, February 02, 2015

Afia Imanina 21 Bulan




Afia sekarang agak kuat meragam. Agaknya orang dah besar memang macam ni kot gayanya. Kerap sangat mengaruk kalau kita tak turut kehendak dia. Takda chance dah nak suapkan dia makan. Tak turut kehendak memang dia bantai jerit sesaja. Abang Aiman pun dia buli. Semua benda dia nak buat sendiri. Naik turun tangga pun nak turun naik sendiri ok! Sangat independent tak padan kecik.

Masih lagi penakut dengan bunyi-bunyian. Bunyi motor, bunyi hon, bunyi mesin rumput semua dia takut. Satu malam tu kereta siapa ntah asyik bunyi saja alarmnya. Asal bunyi terus Afia terjaga dan melalak. Fobia sangat dia dengan bunyi. Kalau dulu takut dengan cat, sekarang selamba dia pegang, usap sepak terajang cat.haha..Bila turun bawah automatik terus cari cat sambil sebut tet dengan pelatnya.

Gigi geraham atas dah tumbuh lagi dua batang bahagian atas, kiri kanan membuatkan jumlah gigi sekarang 12 batang kesemuanya. Mungkin sebab ni kot dia dah tak mau nasi blander, mula makan family foods dengan jaya. Cuma tu la dia tak mau nasi. Ramai tegur badan Afia makin semangat. Timbang kat rumah pun dah 12kg something. Jumaat ni timbang kat RSAT kita tengok actual berat dia.

Alhamdulillah Afia dah jarang demam, berselera makan dan membesar cerdik sangat tak terjangkau akal. Satu je dia malas nak cakap, berat mulut sikitlah. Kadang tu lawak gila tengok dia komunikasi dengan kita pakai bahasa isyarat. Muka punya semangat tak bley blah.huhu






9 comments:

  1. bunyi guruh dia takut tak?
    anak saya yg dah 4 tahun umurnya...mmg fobia betul dgn guruh

    ReplyDelete
  2. 3 bulan lagi, cukup 2 tahun.. PK, bolehlah merancang untuk kali ke 3..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... kalau boleh biarlah sihat dan berselera selalu - senang hati nak jaga:)

    ReplyDelete
  4. Afia ni satu spesis dgn Aisyah kot... susah nak telan nasi... Tapi kalau offer buah2, pasta mmg dia tak tolak.... Makan nasi sampai skrang kena paksa tau..

    Skrang saya pun dah pasrah... Janji dia sihat selalu :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    smga mmbesar dgn sihat aamiin

    syokkan layan keletah anak anak..
    snng la ibu x yah buat nasi blender dah..

    ReplyDelete
  6. Dah besar sikit insyaAllah lebih berselera nak makan macam2 tu.. naim sejak 4 tahun banyak berubah. Masa kecil mmg dia tak nak makan..risau tul.. mujur bila dah sekolah berubah sikit. Masih lagi makan tak banyak tapi jauh beza dgn dulu..

    Budak usia ni kalau berisi mmg comel.. drp yg jenis kering je.. haha.. nazif pun sama kan..

    ReplyDelete
  7. semoga afia membesar dgn baik..

    ReplyDelete
  8. Mak bagi makan sedap-sedap, semua hasil tangan sendiri manalah tak bambamkan, Afia!

    Okeylah tu anak sihat dan membesar dengan girangnya. Kalau kurus sangat pun kita susah hati orang dok tanya tak beri anak makan ke? Aduhai...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!