Kisah Jumaat lepas. Baru sempat nak update. Mula-mula singgah Amanjaya Mall sekejap pastu pergi makan kat Village Mall, sebelum balik singgah Tesco pulak. Jarang kami outing tiga tempat sekaligus macam ni.
Bawak si bambam outing sekarang semakin mencabar. Kadang demand princess sangat nak dukung setiap masa. Bila datang peel tak nak dukung, meronta nak turun bawah pastu jenuh kita mengejar. Laju dia lari jalan menonong langsung tak takut orang tau. Orang lalu lalang pulak dok senyum-senyum pastu ada yang siap cubit pipi dia.
Setiap kali outing pantang Afia nampak stroller, mana tempat ada baby kat situ dia tuju. Suka sangat dengan baby. Jangan la cepat sangat mintak adik, ibu tak mampu lagi nak bagi.haha.. Selain tu Afia suka sangat naik escalator. Dah tu berlagak nak berdiri sendiri tak bagi kita pegang. Paling cabaran bila tiba waktu makan. Makan nak suap sendiri satu hal, apa tak kena sikit je terus dia test pitching. Aktif betul sekarang ni. Kadang ikutkan aje sebab tak tahan malu dengan orang sekeliling.hehe
Sejak dah pandai buat pizza sendiri dah lama tak pergi Pizza Hut. En suami bawak kesini layan jer la. Ni pun Aiman kata pizza ibu lagi sedap. Aku pun rasa yang sama. Bukan nak puji tapi kenyataan.haha..
Nak pizza ni.. |
Sekejap je dia mau duduk dekat baby chair pastu mula la mengaruk. Itu tak kena ini tak kena. Dalam dok tengok menu datang anak pengasuh yang kerja kat PizzaHut ni. Anak pengasuh tu keluarkan handphone dia pulak tunjuk kebudak banyak akal ni, apalagi sawan la si bambam. Sekarang ni pantang je nampak gadget dia sorang nak conquer.
Seksi atas meja.haha |
Afia sekarang nak makan apa tak mau kita suap. Nak suap sendiri kalau tak ikut mula la buat perangai. Tak jerit tak melalak tak sah. Mana perginya baby ibu yang sangat behave entah! Ni belanja sekeping gambar ibu Aiman Afia yang semakin mengembang. Haruslah crop sembunyi badan mak gajah.huhu
Tengok Afia hirup sup sendiri. Geram je aku tengok.hehe |
Antara yang kami order
Alhamdulillah kenyang. Sebelum ke Pizza Hut bungkus kek SR konon nak makan kat sini. Dah pekena pizza pergi tapau lagi kek dan karipap besaq gedabak kat SR tu konon untuk makan sambil layan MLM malam nanti. Satu famili nafsu makan dinasour.
afia tengah nak meneroka tu PK..hehehee..haru dibuatnya..
ReplyDeleteApa nama ayam drummet yg bersalut sos tu? Saya suka yg tu.
ReplyDeleteBoleh plak anak pengasuh offer kat afia main henfon, suka sangat le dia ye. Untung le anak pengasuh rajin melayan dia.
tiap kali balik sp sekali pun aku tak penah pi ke teco ngan village mall sedangkan rumah aku tu belakang tu je .... hahahha
ReplyDeleteUsia macam Afia ni memanglah kalau boleh dia nak buat sendiri. Rasa macam dah besarlah agaknya kan. Kita yg tengok ni geram. Kalau yg ada peluang cubit pipi juga yg untung:)
ReplyDeleteanak2 kecik lagi macam tu la PK..anak2 acik dulu masa kecik kalau bawak masuk pizza ni..kena sabar je la orang kat dalam tu..riuh rendah bising sangat jadi tumpuan orang..bukan ramai pun
ReplyDeletesedapnyaa pizza. terliur. hahaha
ReplyDeletewah seronok outing..makan besar..
ReplyDeleteCik Pia tu pandai ya..nak makan sendiri..comey je duk seksi atas meja..
mana besarnya PK..sedap-sedap mata memandang..comey jer..:)
syukrii tak mau suap sendiri. bukan tak reti tapi tak mau. usaha tarik tgn ummi suruh suap dia.ggrrr..
ReplyDeleteAfia dah besar sedang mengembangkan sistem otaknya... gunakan dengan bernas afia bam bam mama QS... kakak Sumaiyyah pun cakap makin comel afia sekarang
ReplyDeleteSama la macam Aniq ni akk.. sikit² merajuk, sikit² nak nangis.. apa kena ntah..eh, jd berapi je telinga dengar..
ReplyDeletesedapnya pizza!
ReplyDeletekira ok la.... x lama jarak update cerita tu. saya ni suka aishhh peram lelama.
kikiki. afia nak adik ka? kena rajin2 bodek ibu :)
comel aje pk. jommm... raya tahun ni kita kurus sesama :)
leh tahan gak ligat afia...tapi bagu camtu cikpuankutu..anak aktif gituuu heheeheh...kelako tang suke kawan baby tu...haaaa hint2 nak jadi kak afia ke tu...jeng jeng jeng.....
ReplyDeleteyeeee budak2 ni ade tahap die dah sampai masa semua nak buat sendiri...mcm suap mkn sendiri... mengarok2 tak bagi org suap....takpe2 tu menunjukkan motor skill afia berkembang baik heheheheeh
lya lg la..rsanya 2x je kot masuk pizza seumur hidup ni.. sbbnya bukat peminat pizza.. tp mkn la jugak sikit2..
ReplyDeletetp papa asya & asya mmg x mkn pizza terus.. lglah mbuatkan kaki x jejak ke sana.. klo nk sgt just takeaway je.. tp rsa mbazir..sbb lya sorang mmg x hbs.. biasanya mkn dgn kawan2 je la..
Afia afia.. suka sgt baca pasal telatah dia... boleh imagine Afia kat depan bila baca PK bercerita :)
ReplyDeletesekali sekala best jugak layan pizza... tp sini bukan sekali sekala, selalu sgt order piza sbb itu jer yg ada... nak order nasi goreng pataya mmg xde... huhuhu
leh tahan gelagat afia kan bab test pitching tu x tahan..
ReplyDeletexpa nanti ciksu singgah aman jaya mall mana tau kot kot terserempak dgn afia pulakkan
afia suka baby erk ..
Amboi Afia, makan atas meja 'terangkat' segala. Berpinar mata mak budak tengok tau :)
ReplyDeleteBiasalah tu, PK. Keletah budak sebaya Afia ni. Nak meneroka sesaja. Konon dah besarlah. Kalau nak kurangkan tension melayan kerenahnya di khalayak ramai, apa kata ikut je kata-bagi adik 2, 3 orang lagi ke. Hahaha.
haha. selagi ada selera kan.. xpelah nafsu dainosour sekalipun janji mkn habis ... kembang tang manalah kamu tu murni oitt pipi kurus jer..
ReplyDeleteAmboi cadangan bakal besan awak tu, haha. Tapi menarik gak, ok apa cadangan tu PK.. meriah sikit rumah bila Aiman dan Afia ada ramai adik nanti..da la ibunya rajin masak..ai.. sesuai sangat tu ada anak ramai..
ReplyDeleteHaha.. masa mampu nak makan, kita makan la..bukan setiap hari makan ala-ala dino kan? Takpe. Yang penting makan sama2 semua ahli keluarga tu.. sedap tak ingat kalau makan ramai2 ni.. kalau tak ada orang mulalah tak lalu nak makan nanti tau..
Ai.. Afia ni.. dah panjang akal sangat ya sekarang? Ini macam patutla kalau ibu mengembang,Afia fah pandai berdikari nampaknya.. haha.
baik anak engasuh tu, bagi hpnya yer.. tu yang kusyuk je mealyan hp atas meja :)
ReplyDeleteWow...... cantiknya mak gajah tu! Weyh kurus, slim melim pun ckp mak gajah, agaknya kalau tengok OKje ni apalah agaknya gelaran yg sesuai..... mak Dinasor ke hape? hehe
ReplyDeleteLain kali Tokey Pizza jangan makan pizza, makan benda lain yg tak reti buat barulah nikmat namanya. Tetiba pulak OKje nak makan pizza weyh!
Budak baru pandai makan mmg gitu semua nak makan sendiri. Bawak baju lebih tak tu?