Pages

Monday, January 19, 2015

Bila Lupa Homework



Semalam petang kelam kelibut aku nak masuk kerja malam. Mana nak masak, mana nak siapkan segala barang nak mengangkut Aiman Afia ke tempat kerja. Lagi nak siapkan keperluan sekolah Aiman esoknya. Awal tahun jadual waktu untuk Aiman pun belum sempat aku buat, yang cikgu bagi tu macam kacau bilau je jadualnya, so ibu la yang kena susun buku teks semua masuk beg ikut jadual.

Bila bukak je beg nak susun buku terpandang homework Aiman yang belum siap. Mendidih hati tiba-tiba. Tiga hari cuti langsung dia tak ingat homework. Kerja mengadap TV tengok kartun siang malam. Untung jugak ibu kerja malam. Kalau datang sengal tak kerja esok pagi baru aku check beg memang tak buat la homework Aiman oi! Bila tanya satu perkataan je dia sebut, Ya Allah!

Anak..oh anak..

Time ibu hangin setiap masa memang Aiman kena bebel. Tahan je la telinga. Silap sikit, siap!haha..


Sementara panaskan enjin kereta sempat lagi posing happy walau homework tak siap

Sampai opis ibu terus mintak makan. Bila lapar ingat pulak nak makan!Benda lain semua nak tunggu ibu bebel baru buat. Lepas dah kenyang dinner maggi goreng,masak Aiman nak siapkan homework dia. Ada tujuh muka surat kena siapkan. Cabaran sungguh bila nak pantau homework abang, Afia pulak buat perangai. Cik Pia ni cemburu buta. Ibu nak ajar abang mula la dia mengaruk.

Selagi tulis tak elok memang kena padam tulis semula. Cikgu ibu yang garang ni akan check satu-satu homework diaTu pun lagi satu homework ada gabungan suku kata yang cikgu suruh gunting dan lekatkan kat buku ibu tolong setelkan.

"Cikgu suruh Aiman baca ke semua ni?"

"Aiman tak payah baca pun terus dapat bintang..Aiman jadi cikgu kecik kat sekolah.."

Kemain berlagak dia! Lain kali ingatlah homework sendiri anak oi. Janganlah semua nak harapkan ibu.








18 comments:

  1. hahaha sabar ye cikgu ibu..anak2 sy pun gitu, kalo tak dikerah/ditanya berkali2, mmg jawabnya pagi2 nak pgi sekolah, baru teringat homework bagai (grrrr..)

    ReplyDelete
  2. Satu cara nak ajar anak jgn lupa homework cuba cara kakak. Ajar anak masukkan buku tulis yg ada homework di celah buku tek - tak kiralah homeworknya di buku teks mahupun buku tulis. Jadi masa keluarkan buku balik dari sekolah mesti akan nampak buku yg ada homework itu...

    Kakak dah lama praktik cara ini utk anak kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak zakie.klu ada homework kt buku latihan mmg sng kak zakie.mslhnya skang ni latihan buk kt buku latihan macsm buki teks tu.sy perasan homework yg gunting2 tu ja rupanya ada homework lain dalam buku.hee

      Delete
  3. pehhhh baiknya mak ko main sound sound jer... kalau mak saya lah main sedas dua lah jawabnya... takder psikologi psikologi ni... terus sekehlogi jer...

    ReplyDelete
  4. budah lelaki slalu mcm ni..anak kaksura pon sma ..jarang dia ingat..kdg2 memang buat x ingat..kena slalu tanya..memang geram..asyik nk kena tny jer..yg dia tahu tengok tv,main game..skrg ni akak hantar tuesyen..tiap kali tuesyen mesti dia bising..malas nak tuesyen..slalu mintak tak nak pegi..

    ReplyDelete
  5. nanti lama2 dia ingat tu PK..lebih2 lagi kalau cik gu garang sikit.
    kalau anak2 acik dulu..balik je dari kerja acik akan tanya..ada kerja sekolah..kalau ada dia sedang tengok tv pun acik terus tutup tv..buat dulu kerja sekolah.tu sebab anak2 acik kalau ada masa disekolah dia orang siapkan dulu..atau pun balik je terus buat..nanti mak balik tanya..kerja dah siap..tak kacau dah dia orang tengok tv

    ReplyDelete
  6. ha3x...amin xkisah...sabar jelah ibu...nasib baik ibu rajin check h.work....

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. Dugaan betul. sabar ibu ye, sabar. mmg bernanah telinga Aiman tu kena bebel dgn ibu dia. Tapi akhirnya siap juga kan? Mungkin lama sgt cuti skolah dok bersantai kat umah je malam2 so, bila ada homework ni sampai terlupa nak buat.

    ReplyDelete
  8. Kat sini bahagia jer hidup bila anak2 xde homework... Balik nanti kena siap sedialah.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. Ish garang ibu Aiman ni. Apa ni Aiman? Kang ibu dah marah...haha.. budak2 kan PK. Nak guna taktik PK ni di kelas la pulak. Tahun ni ada kelas yang sejak awal dah bising memekak..adoi..sakit telinga saya.. dah la ada yang jenis buat kerjanya terhegeh2.. ai..geram. anak orang ni lagi la rasa geram.

    ReplyDelete
  10. Salam. Hee aiman sudah besar nanti hendak jadi lawyer ke ibu?

    ReplyDelete
  11. semalam... x check homework adam. x dan. huuu. tapi, adam mmg sampai rumah rehat2 dulu, dia akan buat kerja sekolah. biasanya dia ingat apa homework cikgu bagi. tapi... bebudak kita kena check. takut dia terlupa ada homeworknya!

    kalau homework kaler.... aiiii... mmg bercinta! adam tak minat kot. slow melow dia buat!

    ReplyDelete
  12. Asslamualaikum... Salam perkenalan Puan K :)... jadi cikgu partime kat rumah yer... best2... bese ibu2 kalu jd cikgu mesti garang... jemput singgah blog eija ye ^^

    ReplyDelete
  13. Haha... sama je mcm I kecil² dulu.. malas nak buat homework..kihkihkih.. dah kat sekolah baru terhegeh- hegeh nak buat.. doa banyak² ni supaya Aniq tak ikut perangai buruk mummy dia..haha

    ReplyDelete
  14. hihi..budak2 biasalah.. bila time cuti dh lupa semua tu.. kerja kita la buat sportcheck...

    ReplyDelete
  15. hihi.tu dia sekali cikgu ibu garang pantau

    ReplyDelete
  16. Aiman kata 'Ya Allah!' sambil tepuk dahi ke? Hahaha....

    Bubbly Abang pun buku sekolah Mommy yang check tetiap malam. Bukan dia tak pandai tapi tahu ajelah Mommynya ni. Over macam biasalah!

    Siapa yang jadi 'cikgu' kat rumah memang kena garang sikitlah, PK. Saya pun sama tapi setakat ni Abang okeylah semua dia buat walaupun masa main komputer tak berganjak setiap malam. Yang itu tak payah ingatkan, memang dia ingat je nak main!

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!