Pages
▼
Wednesday, June 25, 2014
Woot..Woot..
Assalamualaikum..
Bila dah lama-lama tak jenguk blog, tahap lemak tu toksah dok kata punya tebai. Ni nak cerita apa pun tak tau. Tajuk entry pun dah tak tentu arah nak boh apa.hakhak..
Kata cuti berblog kan, bukan cuti terus pun, cuma tak jadikan blog sebahagian aktiviti harian wajib. Rutin kehidupan masih macam biasa. Bila tak hadap blog, dapat juga aku menggiatkan aktiviti homeshooling untuk anak bujang. Report card SPI/KAFA Aiman dah dapat. Resultnya sederhana saja. Untuk sekolah kebangsaan, hari Khamis ni baru meeting dengan cikgu kelas.
Afia sekarang dalam fasa meligat. Dah dua kali jatuh sampai berdarah bibir. Dia dah melaju jalan, tapi kalau bawak ke playground menjadi pulak perangai minta dukung dia tu. Lepas umur setahun, aku banyak kenalkan Afia dengan macam-macam benda makan. Suka tengok bila dia dah pandai makan sendiri, menggigit snek sihat guna 4 batang gigi yang belum full tumbuhnya.
Dalam tak update ni, baik pulak BE dok menari kat blog. Update la jugak untuk test power, mana yang nampak tu jangan plak tak klik, ceh sempat lagi.haha..Tempek juga bagai sekeping gambar anak bujang sama anak dara buat pengubat rindu rakan blogger. Ehh ada ke yang rindu? Baru dua minggu kot tak update.huhu..
Di kesempatan yang ada aku nak wish Selamat Menyambut Ramadhan buat semua. Jaga diri hiasi peribadi. Bye!
Saturday, June 07, 2014
8 Tahun & Cuti Berblog!
Happy 8th Annivesary for us. Satu jangka masa yang cukup buat kami menerima kebaikan dan kekurangan masing-masing. Semoga ikatan ini sentiasa dalam redho Allah. Ameen..
Dengan ini diistiharkan aku akan cuti berblog buat sementara waktu. Walaupun terasa macam separuh dari jiwaku pergi tanpa blog, aku relakan demi kepentingan peribadi. Bak kata Amy Mastura, kenapa mengapa usah ditanya. Macam serius je bunyinya. hakhak
Netbook yang menjadi medan aku berkarya dah buat hal beberapa hari lepas. 4 tahun berbakti tanpa masalah dah sampai masa dia sakit. Mana nak feel berblog pakai hp ye tak. Di opis pun aku tak punya banyak masa untuk kehidupan alam maya. Pun begitu aku akan cuba update dan melawat kawasan kalau diberi kesempatan, cuma aku takkan aktif macam selalu. Keadaan akan berlarutan sehingga aku jumpa jalan penyelesaian.
Nak beli yang baru dalam masa terdekat memang tak boleh difikirkan lagi. Keadaan sekarang ni tengah rumit juga dengan sedikit ujian kehidupan dariNYA. Aku masih berkira-kira mendahulukan yang penting. Tak perlu rasanya aku jadikan blog sebagai bebanan. Doakan dipermudahkan jalan kehidupan kami.
Tuesday, June 03, 2014
Afia Imanina 13 Bulan
Eh macam mana boleh lupa update perkembangan Si bambam. Boleh pulak lupa dah lepas 2 haribulan. Sibuk sangat dengan hal dunia, ditambah lately line internet buat onar memang takde mood nak online. Rasa macam nak merajuk je dengan blog.hiks
Afia 13 bulan dah makin tinggi dan slim. Alhamdulillah Afia dah ligat berjalan sekarang ni. Sebulan dua lagi boleh berlari kot. Gigi pun dah ada 4 batang, 2 batang atas dan dua batang bawah. Katanya lambat tumbuh gigi, sekali keluar drect 4 batang. Yang tak bestnya gigi atas tu pasaipa tumbuhnya jarang? Tak segak la anak ibu.huhu
Mulut dari dulu hingaq,sesekali kuat berleter. Perkataan yang keluar biasanya abah, ok dan ooo selain bahasa Jerman dia tu. Eh ada sekali ibu dengar Afia cakap kedengaran macam sebutan ibu. Sekali tu je la. Ohh sejak dah besar ni Afia makin manja. Kalau nangis kemain nganga mulut macam teruk sangat. Kadang-kadang ibu rasa macam dibuat-buat ada juga.
Sekarang si bambam suka interaksi guna jari telunjuk. Semua benda Afia akan tunjuk guna jari minta ditunaikan permintaan. Afia suka dengan segala jenis binatang. Tempohari masa kat kampung, sakan Afia membuli ibu dan pak sedaranya nak kerumah jiran tengok cat, cock, bird and duck. Horse je tak sempat tengok sebab Afia nangis takut bila Pak Njang bawak naik moto. Dekat rumah pengasuh pulak ada goat mbek mbek, yang ni pun peberet Afia juga.kiki
Godek gambar ni je latest picture yang ada, kat kampung tiga hari lepas. Baru lega demam menyusul selsema dan batuk. Teserlah muka tak sihat, mata berair dan berhingus. Buat pertama kali juga Afia tak selera makan. Agaknya tekak tak sedap sebab batuk. Sebelum ni bak kata anak pengasuh, demam pun takpe, makan lalu! Semalam baru nampak Afia ceria. Semoga terus sihat ye si uncit ibu.
Sunday, June 01, 2014
Demam Mangga
Musim mangga kali ni memang puas sangat makan mangga free. Stok tempohari dah licin, aku ada bawak balik stok baru dari kampung. Jiran semua baik hati bagi rasa mangga pokok memasing. Tengah Mango fever katanya. Selain mango ice blanded, lets check it out apa menu yang dah selamat masuk perut kami anak beranak.
Sagu Mangga : Rendam sagu, masak dan toskan. Masukkan sagu dalam cawan + susu pekat + susu cair + mangga yang dipotong dadu. Sejukkan dalam peti ais sebelum ngap!
Dessert camni memang sedap. Tapi Aiman tak reti sangat makan. Dia hirup susu pastu tinggalkan sagu dan mangga. Aku simpan dalam frezer bahagian beku bagi cepat sikit sejuk. Dah memang spesis gelojoh tak menyabo nak makan katakan.
Simple Kerabu Mangga Sotong : Mangga muda yang dipotong nipis memanjang + hirisan bawang + hirisan cili padi + sotong yang direbus + garam + gula. Gaul sebati, siap!
Kerabu ni versi tak cukup bahan yang biasa aku buat. Hari tersebut aku kombinasikan kerabu pelam dengan masak lemak ikan plus ikan celup tepung. Senala besaq aku potong mangga. Tak senonoh punya kerja. Nasiblah takde sesiapa yang mati tercekik.
Rojak buah : Potong any buah dan gaul dengan kuah rojak kemudian tabur kacang tanah kisar.
Aku buat kuah rojak for 2nd time. Kali ni aku guna buah mangga muda+ epal + kedondong + timun + sengkuang. Untuk resepi kuah rojak klik SINI. Puas makan buat sendiri. Dah lega juga mengidam nak makan sengkuang calit.ngehngeh..
Kek Karamel Mangga Kukus : Blander 2 cawan isi mangga masak + 1/2 cawan gula perang + 1/2 tin susu cair + 3 sudu susu pekat + 1/2 cawan minyak + 2 biji telur + 1st esen vanila. Tuang bahan blander dalam bekas kemudian masukkan sedikit demi sedikit (1 cawan tepung + 1st baking powder + 1 st soda bikarbonat yang dikacau sebati). Lenserkan loyang dengan minyak, tuang dan kukus sampai masak.
Resepi kek mangga aku google pastu macam biasa pepandai adjust. Dah kukus masak pun still lembik. En suami suka la benda lembik camni. Tengok gambar setengah loyang beliau hadap sorang. En suami kata rasa macam tofufa pun ada. Mula-mula aku rasa kek ni macam pelik rasa dia. Bila simpan dalam peti ais dan makan esoknya macam sedap pulak dah.hehe