Pages

Wednesday, June 25, 2014

Woot..Woot..



Assalamualaikum..

Bila dah lama-lama tak jenguk blog, tahap lemak tu toksah dok kata punya tebai. Ni nak cerita apa pun tak tau. Tajuk entry pun dah tak tentu arah nak boh apa.hakhak..

Kata cuti berblog kan, bukan cuti terus pun, cuma tak jadikan blog sebahagian aktiviti harian wajib. Rutin kehidupan masih macam biasa. Bila tak hadap blog, dapat juga aku menggiatkan aktiviti homeshooling untuk anak bujang. Report card SPI/KAFA Aiman dah dapat. Resultnya sederhana saja. Untuk sekolah kebangsaan, hari Khamis ni baru meeting dengan cikgu kelas. 

Afia sekarang dalam fasa meligat. Dah dua kali jatuh sampai berdarah bibir. Dia dah melaju jalan, tapi kalau bawak ke playground menjadi pulak perangai minta dukung dia tu. Lepas umur setahun, aku banyak kenalkan Afia dengan macam-macam benda makan. Suka tengok bila dia dah pandai makan sendiri, menggigit snek sihat guna 4 batang gigi yang belum full tumbuhnya.

Dalam tak update ni, baik pulak BE dok menari kat blog. Update la jugak untuk test power, mana yang nampak tu jangan plak tak klik, ceh sempat lagi.haha..Tempek juga bagai sekeping gambar anak bujang sama anak dara buat pengubat rindu rakan blogger. Ehh ada ke yang rindu? Baru dua minggu kot tak update.huhu..


Di kesempatan yang ada aku nak wish Selamat Menyambut Ramadhan buat semua. Jaga diri hiasi peribadi. Bye!






18 comments:

  1. dah besar nampak anak dara tu...comeynya kasut dia..:)
    saper kata tak rindu..rinduu...:)

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan PK.. semoga kita dapat bersua dengan Ramadan kali ini.. dan mejalani ibadah ini sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  3. Mahu tak rindu, bakal besankan!

    Selamat Menyambut Ramadhan, PK. Moga Ramadhan kali ni lebih diberkati dan lebih banyak amal yang dapat dilakukan.

    Rindu kat bakal menantu. Tengok ada masuk komen dari bakal besan, terkedu jap. Ingat nak rehat lagi lama!

    ReplyDelete
  4. Patutla rasa mcm dah lama tak baca cerita PK... dua minggu bercuti blogging rupanya...
    Dah ada BE tu, kena rajin2 lagi la mengupdate...

    ReplyDelete
  5. alahai comelnya dua beradik ni
    slam ramadhan :)

    ReplyDelete
  6. Akakpn pd mulanya nak pencen gak tp x jadi...

    ReplyDelete
  7. salam kenal puankutu. blogwalk dan terjumpa your blog. hihi tunggu BE la kekdahnya yaaa..

    jemput ke blog saya, ada wat bisnes online kalau2 PK berminat ecewah...


    salam sayang

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa juga buat PK :)
    normal kot anak anak jatuh bibir berdarah.
    seriau pulak kan. hope x da pa pe la kan..

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah dan Salam Ramadhan Al Mubarak dari bunda...

    ReplyDelete
  10. Salam PK. Lemak tebai no.. hehe. Slmt berpuasa

    ReplyDelete
  11. selamat berpuasa buat Puan kutu sekeluarga...

    ReplyDelete
  12. Eloklah jugak tak berhenti terus....rindu kami ni sapa nak jawab....terutama besan jiran sebelah mak...hehe....
    Mana ada budak yg semakin membesar kurang ligatnya PK...kalau pasif nanti kita pulak yg susah hati

    ReplyDelete
  13. Lupa nak ucap....Salam Ramadhan buat PK sefamily....moga dpt menjlani ibadah puasa sesempurna mungkin

    ReplyDelete
  14. afia dah besar..buas jugak budak kecik nih..hahaha..:p

    selamat berpuasa kak..:)

    ReplyDelete
  15. Wah lama juga cuti berblog.... 2 minggu tu... hahaha result adam faris pun sederhana je.. huhu

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!