Pages

Monday, May 05, 2014

Santai Taman Jubli SP



Berangan kononnya nak buat makan-makan ala picnic dekat Taman Jubli untuk birthday girl sampai kesudah jadi angan-angan. Abah spoil, baik punya ketiduran. Next time abah kata kita pergi. Untuk tak menghampakan si chubby dan si bambam, hari Sabtu ibu bawak anak-anak ibu santai kat sini. Datang tanpa abah sebab abah kerja. 

Tengah cari parking terjumpa dengan opismate. Dia bawak anak-anak dia main kat sini juga tapi dah nak balik. Kami datang lepas Asar. Turun dari kereta si chubby tunjuk uncle yang biasanya jual sate ikan dekat kuarters. Senyum je abang tu sebab dah kenal kan. Macam biasa santap sorang sepuluh cucuk sate dulu sebelum mula main.


Nampak tak lidi sate ditangan kiri?


Cik pia asal berjalan je sandal kaki kanan asyik la tercabut. Praktis jalan sekejap terus ibu dukung.


Buai laju-laju sampai pokok sena, Awek kat sebelah tu siapa yang punya.hakhak


Sumbat Afia dalam ni untuk betulkan urat-urat ibu.huhu..


Posing sini bu..

Kata orang tua-tua dilupa jangan. Ibu cari port baik punya jauh sikit dari orang ramai untuk Afia berlatih pijak tanah. Praktis tak sampai dua tiga langkah pun. Penat ibu bagi arahan suruh jalan boleh dia bagi aksi Marilyn Monroe.haha layan!




Melihat Afia yang tak kuasa pun nak parktis berjalan, jom kita pusing satu taman. Dah lama tak tawaf sejak dah pencen jogging. Masa tengah semangat nak kuruskan badan dulu sini la port aku bakar kalori. Sibuk Aiman cari daun nak bagi rusa makan sampai sakit-sakit tangan satu ranting pun dia tak berjaya patahkan. Harap badan je besaq!




Sebelum balik Aiman request aiskrim. Makan dalam kereta sebab Afia pun dah mula nak buat perangai. Mana tak mengantuk, aku paksa-paksa tidur dari pagi dia keluar masuk bilik haram tak lena. Ibu jangan tanya dah dua tiga kali lelap dah.hehe Sogok sekejap dengan aiskrim ibu. Kira halal Afia kan dah besar dah setahun dah kan. Cuma bagi rasa je, ni pun kemain panjang lidah dia keluarkan. Jilat jangan tak jilat.haha



Kami pulang ke pangkal jalan hampir pukul 7. Sampai rumah bukak baju, basuh muka, basuh kaki, bagi nenen tertidur terus si bambam ibu.




18 comments:

  1. comelnya 2 beradik ni
    saya suka tengok si chubby comel ni
    kalau saya jumpa mesti saya nyakat dia..
    nampak frenly :)

    ReplyDelete
  2. bestkan dapat spend masa dengan famili... hihi

    ReplyDelete
  3. best nyer riadah ptg2 dgn anak2. x sabar nk tggu medina besar sket, blh bwak dia riadah ptg2 mcm ni =)

    ReplyDelete
  4. seronoknye dpt outing pi taman.... lieya tesenyum tgk pic afia angkat baju tu...adoi comel gile...heheheehehe.... geram tgk budak yg baru2 nak berjalan ni...tekedek2.... keletah yg mencuit hati .....

    tang cukai sate ikan sebelum main tu syok tu...wajib kudap2 dulu sebelum main heheheeh perut dah kenyang sikit baru hati senangkan cik puan kutu heheehehehe

    ReplyDelete
  5. Afia dah penat berjalan.. seronok makan aiskrim.. tapi abg dia lagi seronok makan aiskrim huhuu :D

    ReplyDelete
  6. Wah, header baru ke itu? Lagi menawan gambar Afia letak situ. Barulah hari-hari nak datang skodeng. Amboi, Afia! Sekali suruh beraksi, ambil hah aksi Marilyn Monroe dia posing. Kelas menantu Mommy!

    ReplyDelete
  7. header baru tu..cantik sangat gambarnya..puas la Afia main kat taman tu...:)

    ReplyDelete
  8. owh! dah besar dah dia..dah pandai berjalan dah, sikit lagi berlari lagilah kalut ibu..

    ReplyDelete
  9. hehehe seronok habiskan wakut2 berkualiti dgn anak2 yer PK

    ReplyDelete
  10. syokla kalo sekali sekala g taman2 mcm ni..ish kat sini mcm xde je, kalo ada pun jauh huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. kih kih kih...tutup mata auntie tgk aksi Marilyn Monroe si mmbam ni..

    o ye..i like the buai laju2 pantun u la sis...rasa mcm nk balas jek pantun u tu..hik hik hik

    cantik lah tempat ni...buat photoshoot family best ni..

    ReplyDelete
  12. Syoknya keje yang boleh ada masa lapang di waktu petang.. boleh bawa anak2 ke taman.. amboi Cik Pia dah mula pandai nak bergaya model tu nampaknya.. makin tambahla saham

    ReplyDelete
  13. apo ni CIk Pia marilyn Monroe hahaha cekci cangat tau.

    ReplyDelete
  14. Oh... dah mula dpt kaki dah Cik Pia kita ye:) Letih main memang senang tidurlah...

    ReplyDelete
  15. wah, kemain lagi anak dara kecik ni berposing ye..

    ReplyDelete
  16. seronoknya beriadah macam ni dgn permata hati. aiman beriadah sambil makan sate ke. ni kira piknik skali la kan. best la piknik kat taman. saya pon suka gak.

    dah tu yg si afia tu comel sgt tu ngape. siap pose mcm miss monroe tu yg tak tahan nak sengih tu.

    ReplyDelete
  17. Oh gambar nilah yg tempek kat header tu yeh PK.....
    Haha...Pia buat aksi ala ala Merlyn Monroe ...seksi weyh.....adik cute sila tutup mata....haramm..hehe

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!