Pages
▼
Saturday, December 14, 2013
Sehari Di Kampung
Semalam kami seharian di kampung. Bertolak tak awal juga, sampai Alor Setar dah tengahari. Abah mak pun dah tutup kedai. Rancangnya nak bertolak awal pagi, gedebuk gedebak basuh baju, masakkan makanan Afia, kemas baju masuk beg terus jadi lambat. Kebetulan jiran selorong buat kenduri menyambut menantu, langkah kanan la kami. Perut aku memang tengah berkeroncong dok kalut buat kerja dari pagi tak makan apa.
Sebelum solat Jumaat kami yang perempuan dah mula makan dekat rumah kenduri. Macam-macam menu ada. Nasi putih dengan lauk pauk masak merah ayam, masak kicap ayam, sambal keli, kari ikan, paru goreng, ikan masin keropok Sabah, Sontam pastu ulam-ulaman. Selain tu ada roti jala kuah durian, laksa siam dan apa lagi ntah semua menu pun aku nak report kat hangpa. Aku makan nasi sikit dengan lauk pauk penuh pinggan terus surrander benda lain. Tup-tup mak balik bawak laksa lagi sorang semangkuk dengan adik ipar. Sebab kuah dengan laksa dah adun sekali haruslah aku melantak sekali lagi.hakhak
Sakan makan sampai nasi lemak dan mihun goreng mak simpan untuk kami Aiman sorang je sentuh. Kat kenduri Aiman dah kenyang, dia cuma main dengan kawan-kawan. Afia jadi tumpuan kat sini, beralih dari satu tangan ke satu tangan. Ibu dapat makan dengan heaven sekali. Selesai makan tengok ada buah aku lenyek la sebiji pisang emas bagi si bambam. Kesian dia ibu makan sedap anak tengok je kan. Afia bagi apa pun nganga walhal sebelum tu dia dah pekena bubur labu+kurma semangkuk.
Malamnya ada siapa ntah hantar mihun goren dua bungkus. Semua tak nak, aku dengan Aiman la makan. Sebelum balik singgah rumah anak sedara en suami hantar hadiah kawen, say sorry jugak sebab tak dapat attend kenduri. En suami ada kenduri juga disini, dekat taman selorong tu ada kenduri juga. Yang ni memang kawan en suami dari kecik. Dua-dua pun tak dapat attend. Biasa la bukan senang nak puaskan hati semua orang. Tu je ayat mengurangkan rasa bersalah.
Kat rumah anak sedara en suami aku makan lagi mihun goreng.haha..Ada pulak keropok goreng cicah sos memang la kegemaran. Dekat 5 kali apa pergi tambah keropok penuh pinggan. Berlumba kami satu famili makan keropok. Abah kata "depa tak boleh la nak kata apa sebab kita kan ramai".haha. Semua dah selesai aku, Aiman dan Irshad dok berebut lagi makan keropok. Buruk sungguh perangai mengalahkan budak-budak.
HP bateri nak mampus, kamera pun tertinggal dalam kereta. Tak dapat ambil gambar pengantin berinai. Kalau tak dapat gak Aiman Afia posing atas pelamin buat tatapan pembaca blog tintong. Gambar lama sebagai pengganti. Nak letak jugak sebagai penyeri walau tangan si bambam goyang tak ingat.hehe
Balik kampung adalah aktiviti yang penuh dengan makan. Aku pernah cipta rekod paling hebat dua minggu balik kampung berat naik 4 kg. Hangpa ada?
salam puan kutu..bestnya dgr kisah kat kg..mmg time ct sekolah ni..kenduri jer
ReplyDeleterupa2nya Aiman chubby sbb ikut gen ibu, ish3x..
ReplyDeleteAyo..sakan makan makan seharian kat alor staq tu... yg 4kg naik berat tu lama ke balik kg? Ceciter sikit..
ReplyDeletebest kan masa balik kg ni.. macam2 ada.. semua geram dgn afia ye..budak comel untungla ibunya leh makan kenyang2...
Aik..semalam saya tak baca dua minggu tu ke..alahai.. malunya bertanya..
DeleteDua minggu 4kg.. ok juga tu PK. Wajar lagi..dihidangkan makanan sedap 14hari mmg boleh naik berat...
setuju...memang bila balik kampung penuh aktiviti makan dan makan..dan makan...
ReplyDeletebest nyer la makan2 kat kampung.... nak makan2 kat kampung jugak....
ReplyDeletekita pun makan2 jugak hari ni... makan nasi kerabu kat rumah kawan... pengubat rindu kampung halaman... sob sob :(
@Aisy Nasiha
ReplyDeletedua minggu la..kan dah cakap tu..:)
@umi alya
ReplyDeleteoh ya, akak teringin sgt nak naikkan berat badan tapi sampai kesudah, xmo naik2..
muakakakakakakka...ni namanya cerita makan je ni....x abis2 makan...tu yg bess... eh sontam tu ape erk??
ReplyDeletebestnya acara makan2...macam2 ada..
ReplyDeleteKeropokkan sedap...tambah pulak kalau makan ramai2..bertambah2 lah sedapnya....akak pun kalau dapat keropok ngan sos, mmng tak ingt dunia...hihi..
gegege.. sy kalau blk kg kurus, heran.. kalau dok rumah sendiri bagai di pam pam...
ReplyDeletekalau kat kg mmg seronoklah, mmg naik berkilo2 KA pun hehehe
ReplyDeletexnak komen apa2..
ReplyDeletenk komen pasal bambam yang makin comel tue..
geram shark tgk.
Samala kitew kalo blk kg memang aktivitinyer mkn jerla kan..kat kg masakannye semuanyer seap2
ReplyDeleteAda! Padahal makanan biasa2 je. Cuma seronok dok berebut!
ReplyDeleteWahhh... labu + kurma ya... pastu pisang lenyek lg. Patut la bam bam. Nasib ibu rajin bg menu sihat!
hehehe..dok rumah memang tak boleh nak elak bab2 makan semua ni..
ReplyDeletehai bambam!! =)
wah, sehari dgn makanan... murah betoi rezeki balik kg kali ni :-)
ReplyDeletememang x disangkal. hihi. blk kg selera makan bertambah tambah kn
ReplyDeleteWah, terror tu. Mana mungkin boleh pecahkan rekod PK. Tapi mmg betul pun kalau balik kampung tu maksudnya haruslah makan dengan penuh khusyuk.
ReplyDelete