Pages

Sunday, December 15, 2013

Nombor Bertuah





Rezeki kenduri rumah orang kuat Adabi. Setengah hari menjadi mentaqa balik sekejap untuk mandi dan solat, elok-elok sampai sana belum tongkat moto nombor dah kena panggil. Melambai-lambai tangan menyebut "ada" sambil menjadi bahan ketawa. Apa pun Alhamdulillah nama en suami naik. Kira bertuah la penuh tiga beg dengan barang-barang Adabi dan survenier orang kawen. Jajan pun penuh beg. Macam-macam ada! 




34 comments:

  1. Mentaqa tu penolong ke?

    Waj..apa ada kat dalam tu PK.. banyak tu.. boleh masak berbulan nampaknya ni... alhamdulillah...murah rezki..

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Alhamdulillah... Rezeki tu :)

    ReplyDelete
  3. Wah ada onglh...mmg ada lucklh pk. Tahniah.

    ReplyDelete
  4. rejeki2.. alhamdulillah... adabi.. menyelerakan.. adabi.. (sambil bukak tingkap) haha

    ReplyDelete
  5. wah rezeki tu PK...mmg bertuah sungguh

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki.. boleh masak lama tu rempah2 adabi..:)

    ReplyDelete
  7. best dpt hadiah cabutan bertuah...penah dpt megi jee...hahahaa

    ReplyDelete
  8. @Aisy Nasiha

    mentara tu org rewang..org utara pggil lagu tu..:)

    idak la berbulan..ada sup bunjut,ayam kurma,perencah mihun goreng,kicap,cekodok nenas, megi n kopi adabi je.adabi skang macam2 produk kan..:)

    ReplyDelete
  9. @tomato oren

    yg ni pun ada megi adabi.2 peket lagi dapat.haha

    ReplyDelete
  10. wahh pk rezeki sudah mai..
    tahniah..:)

    ReplyDelete
  11. byknya brg...sy dulu salu dpt asam jawa je..haha

    ReplyDelete
  12. siap ada cabutan bertuah lagi... rezeki, kan?

    ReplyDelete
  13. bertuah...rezeki masuk..hehe :)

    ReplyDelete
  14. Waahhhh meriahlah kat dapur dgn rencah adabilah ye...

    Tahniah.. tahniah!!

    ReplyDelete
  15. waa bestnyer...bertuah sungguh ni...

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah murah rezeki tu... done nuffnagx2 yer

    ReplyDelete
  17. wowww sampai 3 bag tu PK..memang jimat banyak duit belanja dapur ni..

    ReplyDelete
  18. waaaa..
    mmg bertuah dapat nie..
    shark baru pernah sekali dpt cabutan bertuah dalam idup.
    eheheh.

    ReplyDelete
  19. okler tu bertuah...
    boleh bayangkan masa angkat tangan lambai2tu..

    ReplyDelete
  20. wahh..tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia cik puan kutu je nampak..tahniah kak..=D

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah.rezeki.
    sy pi halfest hari tu pon byk gak dpt brg adabi .hihi

    ReplyDelete
  22. wah, memang betul2 lucky ni... heheh

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, rezeki tu namanya. Makanya lepas ni aktiviti memasak pun ada memperkenalkan barangan Adabilah ya!

    ReplyDelete
  24. Tahniah PK..... dahlah mmg rajin masak dapat pulak ADABI...tambah le rajin terus jadi masterchef hehe

    ReplyDelete
  25. Tahniah. Kisah benar berhubung dengan nombor bertuah ini saya paparkan dalam internet sebagai tatapan bersama, terpulanglah samada anda mahu percaya atau tidak. Bermula dengan sejarah ayah saya yang asalnya seorang polis dan dibuang kerja kerana berkahwin tiga. Mengalami sejarah kesusahan, merempat, bertukar ganti lokasi kerja akhirnya menetap di mampan, negeri9. Bekerja sebagai pekebun dan sesekali memburu ayam hutan bukanlah mudah. Menampung 3 isteri menyebabkan poket seringkali kering, tak berduit. Sehinggalah akhirnya bersama 2 orang sahabat menemui seorang guru di kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Sebenarnya guru tersebut adalah dukun perubatan traditional bukan ‘ustaz nombor ekor’ tetapi jenis orang yang sentiasa suka menolong orang. Sifat suka menolong mereka yang memerlukan menyebabkan dia disayangi penduduk setempat kawasannya tinggal.
    Diringkaskan cerita, setelah mereka bertiga berjumpa ‘guru yang juga pengusaha bakso medan’ di kampong belahan tampok tersebut. Masing-masing berceritalah tentang masaalah dan kerumitan masing-masing. Tentunya masaalah ekonomi menjadi agenda utama. Akhir sekali setelah akhir becerita mereka minta Pak Ustaz tadi beri nombor kerana itulah sahaja jalan mendapatkan rezeki dengan segera. Pak Ustaz tu tersenyum dan cerita lagi berpusing-pusing, sambil sentuh sedikit bab agama kemudian cerita umum lagi...
    Sampai waktu hendak pulang ayah saya dan seorang rakannya berjabat salam sambil selit duit dalam tangan pak Ustaz tu. Seorang kawan lagi tidak memberi kerana pada anggapannya ‘ustaz tu tak berguna langsung, tak beri pun mereka nombor ekor yang diminta’.
    “Alaaa... apa susah2 tadi kata takde duit, ni kan duit ni. Awak ambillah...” kata ustaz bakso tersebut sambil memulangkan wang kertas note merah sepuluh yang ayah bagi.
    Kisah ini mungkin tidak menarik jika ayah tidak meneliti wang yang dikembalikan oleh Pak Ustaz. Ayah hulur RM33 tetapi ustaz tu pulangkan sehelai note 10 sahaja. Tak mungkinlah Ustaz tu ambil duit sebarangan. Tiba-tiba ayah mendapat ilham dari ayat akhir ustaz tersebut. “...ni kan duit ni, awak ambillah...” Maksud ustaz tu adalah ‘ awak ambillah nombor ni!!!’. lalu ditikamnya nombor duit yang ustaz pulangkan. Rezeki ayah saya memang baik. Nombor yang ditikam mengena tepat di tangga pertama.Sekarang ayah saya dapat membayar hutang dan membuka projek lembu feedloat di Jalan Seri Belahan , Kampung akhir dalam daerah batu pahat, bersempadan daerah Pontian. Projek lembu feedloat tersebut dibina berhampiran Dewan Warisan Seri Belahan dengan modal RM300 ribu tanpa meminjam sesen pun duit bank.
    Pergi mencari dukun bertiga tetapi hanya ayah saya seorang yang mendapat rezeki terpijak dari duit loteri nombor ekor. Seorang kawan tidak memperoleh kerana hanya memberi sehelai wang merah RM10, 1 kawan lagi tidak mendapat apa-apa kerana sifat kedekut dan lokeknya dibawa-bawa.
    Moralnya disini, rezeki empat atau enam angka bukan bergantung pada dukun, bomoh, paranormal semata-mata tetapi juga kepada orang-orang yang pemurah dan mahu berfikir.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!