Pages

Tuesday, December 03, 2013

Kek Labuku Begini Rupa



Lepas Kek Kukus Jagung, aku baking kek labu pulak.  Bahana tau tak kalau buat kek aku sorang je dok ulang makan. Layer kat pinggang aku ni pun dah mula tunjuk taring. En suami tegur aku dah babam sikit. After pantang aku makan tak beringat langsung. Takde istilah diet la. Nasib baik kot banyak cover bakar kalori dengan breastfeed. Bersenam dukung si bambam je hari-hari. Tu yang ada sikit untung tu.hoho..

Resepinya tak rajin pulak aku nak salin. Nak cuba buat Klik je KAT SINI. Aku ada derhaka sikit susu tepung aku tukar pakai horlicks. Adunan aku tak sampai 2 1/2 cawan tepung pun. Aku main agak-agak je. Labu lecek aku boh lebih. Yang bestnya resepi ni tak payah susah nak putar mentega dengan gula, just cairkan kasi campur semua. Takde lenguh tangan aku nak kacau. Dah la manual, rumah aku bukan ada mak nenek mixer tu. Kemut nak beli kata kau. 

Tak tipu adunan dia sedap gila. Licin bekas aku jilat lepas tuang dalam loyang pembakar. Aku memang suka makan labu, sama macam Rasulallah kita. Silap, Rasulallah suka labu, sama macam aku. Alahai macam sama je maknanya.haha.. Oven kat rumah ni pun yang oven toaster, bakar cupcake dengan biskut boleh la. Kalau kek loyang besar maunya tak sekata dia masak. Aku bakar atas api guna periuk bengkang je ni. Ni pun aruah mak aku punya aku kidnap. Kalau aku nak beli, kemut lagi kata kau,muahaha..

Pandangan dari bawah. Agak garing sikit. Adunan pun tak banyak, nampak leper sikit la kek aku. 


Pandangan atas banyak pulak lubang jeragat bekas jerawat. Kompius aku pasaipa.haha


Pandangan lepas dipotong. Langsung tak gebu ada hati bagi gambar large. Padat sangat dengan labu agaknya. Dah la lecek tak hancur sangat. Hentam sajalah labu.hehe


Pertama kali buat. Beginilah rupanya kek labu aku. Yang penting sedap. Bukan aku nak puji sangat kek aku yang tak semegah ni, dah aku memang suka labu.





28 comments:

  1. Hoho.. cukup rajin melabu nampaknya.. hentam sahaja pun hasilnya bagus.. alhamdulillah..

    Bahana ? Nak kena cari kamus ni..saya puas pikir apa maknanya..

    Horlick ada...patutla sedap.. haa.. bagi saya yg gemar horlick ni .

    ReplyDelete
  2. Amboi sedapnya...nampak menyelerakan nih pk

    ReplyDelete
  3. rupe xmengambarkan ape2 yg pntg rasanyaaa heheh sedap tuh labu..tb skee gak

    ReplyDelete
  4. kak, lepas musim jagung sekarang tiba musim labu pulak ye..heheh

    ReplyDelete
  5. sedap tu, KA pulak suka dgn kuih koci labu... tp nak kureng manis sikit hehehe

    ReplyDelete
  6. Kira kreatif juga sbb boleh tukar2 bahan juga PK ni..hehe..apapun tetap nampak sedap kek Labu ni...suka! :)

    ReplyDelete
  7. Rupa tiada takpa PK janji rasanya sedap sehingga menjilat loyang katanya... Tapikan, honestly ni nak komen, nampak macam sedap aje kek labu ni. Kita pun minat labu gak macam Rasullullah :)

    ReplyDelete
  8. Nak derhaka jgk x nak guna labu boleh? X mkn labu la...

    ReplyDelete
  9. Yg penting sedap :) untung senang nk berlayer2. Akak ni jenuhnya..

    ReplyDelete
  10. dah lama tak makan kek labu nih.. kt kg dulu mak selalu buat

    ReplyDelete
  11. pandai nya puan buat kek labu nih.. nak tiru la

    ReplyDelete
  12. pernah gak nak try buat kek labu. sebab beli labu bnyk dulu. buat puree kat syukrii.. tp terbantut. abah syukrii xmakan labu. malas terus nak buat. haha

    ReplyDelete
  13. labu lagii....hahaaa..
    nak try la buat kek labu lakk,....

    ReplyDelete
  14. Mcm mana pun bentuk rupanya, yg penting sedapkan..rajin betul adik sorang ni memasak..akak dah lama pencen buat kek..hihi..

    ReplyDelete
  15. cam sedap jer..tapi akak tak berapa suka labu..teringin nak rasa..kalau tekak boleh terima..bolehla buat..hihihi..:)

    ReplyDelete
  16. sedapnya..tak kiralah byk jerawat ke..labu tak hancur ke..tp dee tgk rasa mcm nak jilat skrin..hahaha..

    ReplyDelete
  17. Rupa paras no 2 yg penting rasanya. Ibu Yusuf pun suka labu. Tiba2 teringin pengat labu la pulak. Huhu..

    ReplyDelete
  18. Cecuba cmpak sini seketui...terliur pulak tgk. Rajin betul pk masak...

    ReplyDelete
  19. dah macam bingka labu pun yer, tak kisah la janji sedap. Labu ni kan, buat macam mana pun sentiasa sedap, rasa dia dah lemak manis aroma tersendiri. wahhhh puji minta sikit.

    ReplyDelete
  20. walaupun padat tetap nampak sedap

    ReplyDelete
  21. Rajin nyer nak main bake2 nie.. Nampak gebu jer kek labu nie..
    Tempah boleh :D huhuhuu

    ReplyDelete
  22. walau dah macam bengkang tapi xper...akak pon suka labu..jangan tgk rupa..rasa yg pentung..hihihi

    ReplyDelete
  23. gigihnya.. buat kek labu.. hahaha.. x pernah buat..

    ReplyDelete
  24. tgk kek labu ni, terus teringat kat labu hallowen yg besaq2 hari tu... menyesal pula tak rembat satu, dah la harga murah giler... kena tunggu tahun depan la baru boleh merasa kek labu.. hihihi

    ReplyDelete
  25. Saya pun suyka makn labu.. lebih2 lagi lepat labu

    ReplyDelete
  26. kek labu...hihi.. comel..mesti sedap kan.. sy kurang labu.. tp kalau jagung tu suka..hihi.. :)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!