Pages

Sunday, March 31, 2013

Pengalaman Bersalin : Wajarkah Suami Teman Isteri Bersalin?



Jangan marah, asyik up entry pasal bersalin je. Dah semakin dekat rasa auranya.hiks..

Pada aku sangat wajar. Tapi ni semua terpulang kepada nasib dan rezeki juga. Ada orang dah buat perancangan nak suami temankan tapi tak dapat kerana keadaan tertentu. Ramai juga antara orang yang aku kenal bersalin tanpa suami disisi, selamat dan dipermudahkan juga hendaknya. Alasan tak boleh blah nanti isteri jadi mengada-ngada lebih kalau laki teman kat bilik bersalin memang aku tak boleh terima. Time sakit sempat ke nak manja-manja?


Apesal gambar ni bikin seriau?


Kalau tanya personally, aku memang nak en suami temankan. Ye la masa Aiman dulu ada beliau bagi semangat, harapnya kali ni ada rezeki ditemankan lagi. Tapi aku tengok en suami macam dah fobia je nak masuk LR. Dulu lepas bersalinkan Aiman memang dah keluaq ayat "nanti anak kedua saya dah tak mau masuk dah". Serik katanya.haha..

Pengalaman en suami masuk je ke LR, nurse terus tarik tangan tak tanya dah kamu takut darah ke apa,

"rasa kepala anak kamu ni"

Intro yang sangat drastik aku kira bila dibawa terus meraba kepala dan rambut baby dekat dinding vagina.huahua..

Pengalaman pertama kali bersalin pada aku tak sakit, kontraksi tu je yang sakit. Aku siap boleh gelak-gelak lagi bila en suami dan nurse dok berdrama dalam sesi teran meneran. En suami buat lawak minggu ini mintak kebenaran nurse nak keluar lap peluh. Pas dah siap lap peluh baru beliau datang bagi semangat dengan segala ayat Malaysia Boleh!

Beberapa kali push lahirlah Aiman kedunia. Masa nurse letak baby kat dada seriously aku sangat terkejut, tak sangka gila yang keluar boy. Scan doktor dan semua orang pun budget aku beranak girl. Mungkin doa en suami dimakbulkan, beliau yang nak sangat anak laki.

Paling aku tak boleh lupa berkali-kali nurse tanya anak kamu boy ke girl? Rasa macam nak lempang je muka nurse tu. Aku kata boy, boy la..Lagi mau tanya ka? Dok ulang ayat yang sama je, mungkin memang prosuder. Takut la kan aku ni mamai ke pengsan ke. Tapi Alhamdulillah proses bersalin dan sesi tenun menenun dipermudahkan. Aku cuma fikir positif, aku dah lalui semuanya, setakat jarum ni small matter la. haha riak gila. Semangat tu penting ok!

Sesungguhnya kehadiran suami sangat meredakan debaran dan mengurangkan kesakitan saat kita berjuang bersalin. Pengalaman bersalin setiap anak tak sama. Semoga dipermudahkan dan selamat semua. Harapnya kali ni ada rezeki en suami temankan.Tak mau ngelat ye en suami.hehe..

Jom share pengalaman korang. Waktu bersalin suami temankan tak?




Saturday, March 30, 2013

Kenapa Ibu Mengandung Panas?



Kata orang, time pregnant badan akan panas dua kali ganda. Mula-mula pregnant aku selalu rasa seram sejuk. Dengan aircond pun macam tak suka. Kaki tangan aku selalu cepat sejuk. Sekarang ni dah temister ketiga rasa macam nak pasang aircond je kat rumah. Kalau nak kata aku sorang panas, orang lain pun dok mengomel panas dek cuaca sekarang yang memang membahang tak ingat.

Seriously aku sentiasa rasa panas. Setiap masa tak kira pagi petang siang malam memang panas je yang aku rasa. Kadang-kadang sampai hampir hilang sabar rasanya. Siang malam tidur dalam keadaan berpeluh-peluh. Waktu tidur beberapa kali aku bangun tengah malam bilas badan. Selama ni kalau drive sangat jarang aku pasang aircond, now tidak lagi. Seawal pagi masuk office je aku terus on aircond. Sungguh panas gila-gila tak tau camna nak explain lagi.

Bila dah rasa hilang sabar, cepat-cepat aku istighfar. Aku rasa pelik bin hairan jugaklah dengan keadaan aku yang over panas tak tentu hala. So gigih lagi cari info pasal apa la orang mengandung ni rasa panas.

Let's check it out!
  • Sebenarnya tubuh wanita tengah mengalami banyak perubahan hormon. Kadar metabolisme semakin bertambah sebab tu akan rasa panas.
  • Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh baby dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas. Betullah ramai yang dah tegur perut aku besar, sebelum ni tak nampak sangat depa kata.
  • Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas. Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita mengandung panas.
  • Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Patut la kan..Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan pitam dan pengsan. Nasib baiklah boleh control. Dok rumah memang tak pernah berbaju. Rasa nak bogel pun ada.hiks..
 
 
 
 

 

Friday, March 29, 2013

Rutin Pemeriksaan Ketika Bersalin



Gigih dah up entry pasal bersalin. Ramai jugak blogger mak buyung yang tengah menanti saat melahirkan. Kak Imah, officemate aku kena ceaser 4hb akan datang. Doktor tak nak ambik risiko sebab baby besar. Semoga selamat semua hendaknya.



Bagi yang bakal bersalin, pengetahuan tentang perkataan medik ni semua kena ambil tahu juga supaya kita lebih bersedia menghadapi saat yang mendebarkan ni. Serius aku pun seriau.haha..

Vaginal examination

VE ni yang selalu kita panggil kena seluk tu la. VE paling penting untuk tahu sama ada kita sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, VE dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan. Ramai yang kata kena seluk ni sakit, pada aku kalau kita relex, benda ni tak menyakitkan pun. Kalau dok takut pastu kemut tu yang sakit tu. Tapi kalau dapat nurse atau doktor yang tangan super gagah macam gaban aku tak tau.hiks..

Cardiotopograph

Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi. Alat ni dipasang di perut bagi mengesan kadar degupan jantung baby juga.

Pemeriksaan tekanan darah

Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak dingini sewaktu proses kelahiran. Tapi kan, kalau kita dok tahan sakit dan time tu nurse check BP, kemungkinan besar la darah naik. Situasi ni berlaku kat adik ipar aku. Memang ngeri bila dengar dia bercerita siap kena sumbat tiub air kencing kat bawah. Dah la baru lepas bersalin dan kena jahit. Sila jangan bayangkan macam mana.

Palpation

Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.


Lain-lain rutin pemeriksaaan aku tak tau. Kalau ada sila share.










Thursday, March 28, 2013

Baby Stuff : Tilam dan Bantal





Tilam dan bantal kekabu renew abang Aiman punya. Sarung tilam dan bantal panda ni Maktok yang sponser. Pilihan Acu kata Maktok. Acu juga yang tolong jahitkan. Warna merah aku kira warna selamat untuk baby boy or girl. Untuk tilam dan bantal langsung tak keluar modal. Jimat!

Tapi kan, rasa macam nak beli lagi satu lagi tilam supaya senang nak angkut pergi opis atau balik kampung. Geram je tengok tilam yang comel-comel dan murah dekat Gosh Baby Shop dan Tilam Baby Cute Ariana. Agaknya berbaloi tak kalau beli?







Monday, March 25, 2013

Cuti - Cuti



Ini Cerita PUAN KUTU Tintong berehat seketika. Cuti dua hari saja. Kami cuma ke Lumut, rumah adik ipar. Insyaallah bertolak awal pagi esok dengan mak abah. Cuti yang singkat sekadar berehat menghabiskan masa bersama famili. Adik ipar yang dekat Pahang tu pun ada kat sana. Meriah la bila dah ramai-ramai.

Rabu dah balik SP semula. Khamis aku dan en suami start kerja seperti biasa. Ada tiga minggu lagi sebelum cuti bersalin. Ikutkan nak ambil cuti awal, tapi rasa rugi pulak cuti kalau belum beranak. Lepas habis cuti 90 hari boleh sambung cuti lagi. Kalau cuti terus sampai raya lagi heaven.haha macam la dapat kan..

Dalam dilema sebab doktor pakar bagi due aku lewat dua minggu. Sekarang pun memang dok ikut due pakar. Ada dua EDD tu yang susah nak budget cuti tu. Firasat en suami mengatakan aku mungkin bersalin awal. Doakan ye semoga dipermudahkan semuanya.







Gigi Aiman Sebatang Dah Terbang!



Lebih kurang seminggu dua yang lepas, Aiman mengadu sebatang gigi bawanya longgar. Dah 6 tahun gigi susu Aiman semuanya masih cantik tersusun. Ni kira gigi pertama yang bakal patah. Tak lama lepas tu, Aiman tunjuk pulak anak gigi yang baru nak tumbuh dekat dengan gigi yang longgar tu. Risau jugak la kan nanti bertindih dah tak cantik gigi kekalnya. 

Aku dan en suami dok selalu pesan Aiman main gigi tu dengan tangan selalu supaya gigi yang longgar tu boleh patah sendiri. Tapi dah namanya budak penakut, sebut pasal dentist je belum apa-apa dah mengaliaq ayaq mata. Bila cerita nanti gigi Aiman dah tak cantik, rongak la berterabur macam gigi ibu baru dia kalut. Lawak gila tengok muka dia cuak dok pegang-pegang gigi sampai suruh mandi pun kena bertempik. Sibuk dengan gigi je memanjang.

Sehari selepas birthday Aiman, masa jalan-jalan ke Kipmart dengan pengasuh, gigi Aiman dah berjaya patah dengan sendiri. Alhamdulillah. Susah juga bila gigi terlampau elok, nanti gigi kekal nak tumbuh bercabang sana sini. Bila sebatang gigi takde, rasa macam senyum Aiman pun dah tak menawan. Dia sendiri dok gelak-gelak depan cermin sambil buat gaya bercakap. Kelakar benar bila gigi sebatang dah terbang. Macam mak nenek! 

Gigih ibu suruh Aiman tayang gigi depan netbook untuk kenangan walau picture kabur tak ingat. Motif ighting kurang semata nak bagi nampak gigi. Boleh? haha



Nah ambik senyuman yang menawan sikit dari Aiman!








Sunday, March 24, 2013

Menu Petang Ini : Coq Udang Bodo Vs Nasi Bodo



Today kerja petang. Hari Ahad memang angkut sekali budak chubby. Tengahari tadi malas masak sebab en suami ada kenduri. Berdua dengan Aiman layan nasi kicap dengan telur mata je. Sedap wo.haha..

Pastu siap-siap goreng coq udang untuk tapau pergi tempat kerja. Nama je menu petang, tapi sampai je opis, dibelasah Aiman coq udang bodo ni. Coq udang memang peberet dia. Selalu sangat dok suruh ibu buat, malam tadi abah bawak balik udang, terhasillah coq udang bodo. Cuma tepung dengan udang je. Bodo-bodo pun licin..



Now bila lapar, share berdua dengan Aiman nasi bodo plak, nasik putih + kicap + sosej + telur mata. Layan!







Memudahkan Bersalin : Minyak Selusuh, Air Zam-zam, Kurma



Seronok juga bila ada geng untuk berkongsi cerita pasal pregnancy, checkup, deliver and parenting. Kak Imah (officemate) sama-sama pregnant anak ke 2. Cuti bersalin kami pun lebih kurang sama. Even Kak Imah tua 3 tahun dari aku, anak sulung beliau baru setahun lebih. Hampir tiga tahun berumahtangga baru dikurniakan zuriat. Tup-tup senang pulak lekat lagi sorang. Ni la orang panggil rezeki.




Air zamzam ni Kak Imah bagi. Minyak selusuh ni pun sama. Kurma memang aku dah amalkan makan sepanjang pregnant. Kata Kak Imah bila dah kontraksi, minum minyak selusuh ni di ikuti dengan kurma dan air zam-zam. Lagi satu sebelum ke hospital, bancuh air teh dengan telur ayam untuk beri tenaga. Semua ni hanya usaha kita untuk memudahkan bersalin, selebihnya doa dan tawakal je la agar dipermudahkan dan selamat semuanya nanti. 

Banyaknya benda nak kena telan.hiks..





Saturday, March 23, 2013

Menu Petang Ini : Spageti Sempoi Jer!




Lately tekak ni tak berapa selera sangat makan nasi. Makan pun sekadar mengalas perut. Sesekali layan western best gak. Tapi yang ni versi sempoi jer. Aku guna cili kering, sos tomato dan tomato puri untuk kuah. Ada sikit pedas, kejap lagi budak chubby balik  dari playground mesti asyik menyulam dengan air. Ampun ye Aiman! 

Kalau nak resepi spageti yang super mantap, boleh cuba Resepi Spaghetti Prego. Resepi ni paling top sepanjang masa diblog aku.hiks..




Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 6



Alhamdulillah Aiman dah tamat Bacalah Anakku Buku 6. Rasanya buku 6 makin takde masalah sebab Aiman dah boleh tangkap semuanya dengan cepat. Mula-mula je untuk sebutan tiga huruf Aiman agak keliru. Dua tiga kali sebut Aiman dah boleh teruskan gabungan lain tanpa masalah.





Setiap hari aku cuma peruntukkan masa selama lebih kurang setengah jam untuk Bacalah Anakku. Dalam masa dua bulan lebih Aiman baru tamat buku 6. Satu hari satu sesi saja untuk membaca tidak termasuk cuti peristiwa dan lain-lain cuti ye.hiks. Ini pun dah kira ok pada aku, tak mau la nak menekan Aiman sangat kan.

Biasanya kami akan mulakan sesi bacaan selepas solat maghrib kemudian di ikuti dengan bacaan iqra. Lepas solat Isyak terus masuk bilik untuk bedtime story dan tidur. Ini memang dah jadi rutin pada setiap hari persekolahan. Kalau hari cuti ibu bagi kelonggaran tidur lambat. Lepas belajar boleh sambung tengok TV.

Tak sabar rasanya nak habiskan buku 7 dan 8. Sekarang ni perkataan yang empat huruf kebanyakkan Aiman dah boleh terus sebut tanpa mengeja sebutan satu-satu. Happy rasa sebab usaha ibu berbaloi. 

Tahniah Aiman Mukhlis. Ibu bangga dengan anak ibu!







Friday, March 22, 2013

Pengalaman Bersalin : Cara Meneran Ketika Bersalin



Wah dah up entry pasal meneran. Tak sabaq sangat nak beranak kot.haha. Pengalaman pertama melahirkan memang cukup zero. Tapi Alhamdulillah beberapa kali teran je keluar la Aiman ke dunia.

Mari imbas kisah di labour room 6 tahun dulu. 19hb Mac 2007 kontraksi mula menyerang sejak maghrib berlarutan hingga tiba ke hospital kira-kira 1200 tengah malam. Kena seluk berapa kali tak payah cakap. Bayangkanlah aku dekat wad hampir 6 jam. Around pukul 6 pagi bila bukaan dah 6cm baru masuk LR. Tunggu lama jugak kat LR sambil menahan sakit dan mulut tak putus-putus sebut Allah dan zikir. Nurse buat tak tau, keluar masuk LR bikin aku hangin. Depa cuma suruh tahan sampai rasa nak terberak baru panggil.

Ok bila dah tak boleh tahan sangat, cepat-cepat panggil nurse dengan dialog tak boleh blah, 

"Misi! saya dah nak berak dah ni.."

Buat yang bakal melahirkan, simpan ni semua dalam kepala otak korang :
  1. First of all, jangan lupa baca bismilah, selawat.
  2. Angkat kepala dagu cecah dada.
  3. Mata pandang perut.
  4. Tangan pegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali.
  5. Jangan keluarkan suara atau menangis waktu teran kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat.
  6. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung. Semua tau kot benda ni akan sebabkan luka dan koyak besar di bahagian vagina.
  7. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak berak taik keras persis dah 3 hari tak berak tanpa blow nafas. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh, curi nafas then sambung teran lagi. Waktu sakit je push sebab time tu baby pun gerak sama. Jangan buang masa, ada kontraksi terus push. Bila takde kontraksi,relax.
Alhamdulillah tepat jam 8.07 pagi, 20 hb Mac 2007 Aiman lahir kedunia dengan selamat. Seingat aku time teran aku memang dah tak rasa sakit apa. Nak Aiman cepat keluar je. Untungnya nurse memang bagi arahan setiap kali bila suruh tarik nafas dan teran. Nurse kata kalau muka merah maknanya kita salah teran.

Aku dulu nurse siap-siap ikat kedua belah kaki keatas pakai yang besi tu jadi aku tak tau camna pengalaman kena pegang buku lali ni semua. Tak pasti sebab apa depa buat lagu tu, lama kot kaki terangkat macam tu, nak jait lagi lenguh kaki tak payah habaq.hiks..


* Nanti cerita pengalaman en suami di LR plak.


Thursday, March 21, 2013

Aiman dan Lagu



Aiman : Ibu..ibu tau tak lagu  ni? Cap hero..cap hero..cap hero..cap hero!( sambil nyanyi dengan bersemangat sekali)

Ibu termenung sejenak..pastu terus gelak hahaha

Ibu : Wo..lagu chow kit road tu Aiman..

Ibu pun nyanyi chow kit road..






Aiman : Cap hero..cap hero..tu style Aiman, chow kit road mana style!


Mana pulak belajaq style dengan tak style ni?





Aktiviti Pagi Ini





Tulisannya kecik mungkin korang tak dapat baca kalau tak zoom. Salah satu atucara majlis ialah pertandingan mewarnaKebetulan aku kerja petang, jadi dapat la turut serta walaupun tak sempat nak tunggu hingga majlis tamat. Sekadar bagi moral support sambil berpompom untuk si chubby.hiks.. 





Wednesday, March 20, 2013

20 Mac : Aiman 6th Birthday!


 
 
Happy Birthday Aiman! Doa ibu semoga Aiman menjadi anak soleh, diterangkan hati dan cemerlang dunia akhirat. Rajin-rajin tolong ibu jaga baby nanti tau.
 
Malam tadi Maktok call nak cakap dengan Aiman tapi awal-awal lagi dia dah tidur. Agaknya penat sangat. Petangnya asyik mengadap PS sampai tak ingat makan. Time nak makan je kawan dah ketuk pintu ajak pergi taman. Selesai makan terus pergi main. Balik dari taman tiba-tiba je Aiman muntah. Sejak kecik memang macam ni. Lepas makan kalau lompat-lompat mesti muntah punya. Makanya malam tadi ibu bagi cuti baca buku dan iqra. Tapi yang tak boleh blah dalam dok ngantuk pun mintak bedtime story.
 
Hai..seksi kan birthday boy?
 
Dah lama tak tangkap gambar budak chubby. Sejak kamera ibu rosak sampai sekarang dok kemut nak beli baru. Tunggu Acu balik kidnap kamera acu sajalah..:)

Masih terbayang diruang mata jemari comel Aiman dengan kuku yang panjang meraba-raba mulut mencari susu pada hari pertama Aiman ke dunia. Kini 6 tahun sudah berlalu. Baby ibu sudah hampir tiga tahun tak pernah diservis kukunya. Tabiat gigit kuku mewarisi siapalah tu kan. Tetiba je cerita pasal kuku hampeh punya ibu.haha..
 
Belum merancang apa-apa untuk birthday Aiman. Biasanya setiap tahun belikan Aiman kek je. Nanti tunggu ibu dan abah cuti baru beli kek. Hadiah pun Aiman tak pernah request, dalam kepala tak terfikir lagi nak bagi apa dekat budak chubby. Any suggestion?







Tuesday, March 19, 2013

Checkup 33weeks



Alhamdulillah syukur dah melalui 33 minggu fasa kehamilan yang cukup indah.hiks..Aku ni tak rajin nak update selalu pasal checkup, sesekali boleh la abadikan walau sedikit cerita pasal check perut.

Seawal pukul 8 pagi dah tercanguk dekat RSAT. Hari ni kena buat semua, ambil darah untuk HB, buat BSP dan jumpa doktor untuk check jantung dan paru-paru.  Berat naik 0.2kg je dalam masa dua minggu. Sebulan tak sampai sekilo naik. Sepatutnya kena naik 2kg kan. Perut dah makin besar ni aku memang dah kurang selera makan. Ok la kot sebab masa awal mengandung dah banyak gila berat naik. Sekarang pun dah tak larat kot nak bawak badan sendiri. 

HB masih maintain ok, 12.5. Selamat doktor takde, jadi tak perlu jumpa. Kalau tak lagi lama la dok kat RSAT, dah la belum makan. BP macam biasa ok, tapi buat pertama kalinya kecing aku problem, glucose ok tapi tang protein tak pass plak. Esok kena repeat urine test. Rasanya sebab lately aku memang dah kurang minum air. Padan muka la kan!

Bacaan BSP pukul 8 normal, 4.5. Balik dari Rsat masuk kerja terus melantak koteaw goreng dan 4 bijik popia goreng. Lapaq gila sebab kali terakhir aku makan petang semalam je. Patutnya kena puasa start 10 malam tapi malam semalam aku langsung tak makan. Tengahari pukul 12 ambik kau BSP terus merah. Bacaan naik sampai 6.9. uwaa..

Petang pukul 5 bacaan normal semula 5.5. Malam ni harapnya ok gak la macam selalu. Yang tak sedap didengar nurse kata kalau dalam sehari ada marking merah kena repeat semula BSP satu hari. Pengsan nak kena ulang alik 4kali sehari pergi RSAT lagi minggu ni. Begini dugaan ibu mengandung, bak kata mak Fiza, kalau tak nak susah jangan beranak.


*Letih betul hari ni kerja office hour, pastu asyik ulang alik RSAT, nanti saja aku BW..:)





Monday, March 18, 2013

Donut Ala Big Apple


 


Jom bantai gelak bila tajuk tak seindah rupa, muahaha. Petang semalam perut berkeroncong penat fikir apa nak makan. Fikir punya fikir lagi teringat mauripan lebihan buat apam hari tu, dapat la idea buat donut. Donut tangkap muat untuk makan sendiri je pun. 

Blander kering plak rosak, nak blend gula tak boleh, gula kastor pun takde so dapat idea brilliant buat topping susu guna susu tepung Dutch Lady Aiman. Budak chubby tu dah tak nak minum susu. Dari membazir baik aku bikin kuih.

Donut semua orang tau buat kot. Untuk topping aku guna satu sudu marjerin, satu cawan susu tepung dan setengah cawan susu pekat. Masak macam buat coklat ganache. Aku tak rajin pun nak double bowling segala terus belasah masak atas api je.






Sunday, March 17, 2013

Komunikasi Dengan Baby Dalam Kandungan



Komunikasi dengan baby telah terbukti boleh dimulakan sejak dari dalam kandungan. Bacaan ni mungkin mendetik keterujaan buat ibu mengandung saja, macam aku kan. Pada yang takde kena mengena sila abaikan entry ni.hehe..

Deria Sentuhan


Deria ini berkembang sebelum minggu ke 8. Ketika janin bergerak dan telapak tangan atau kakinya nampak pada perut ibu, sentuhlah dia, berikan perasaan lembut dan kasih sayang kepadanya hingga ia merasakan kelembutan, rasa cinta dan kasih sayang. Rasa cinta dan kasih sayang dari ibu bapa yang dia rasakan akan memberikan ketenangan.

Deria Pendengaran


Deria pendengaran mula berkembang pada minggu ke 8 dan selesai pembentukan pada minggu ke 24. Deria pendengaran ini juga dibantu oleh air ketuban yang merupakan penghantar suara yang baik. Baby akan mula mendengar suara aliran darah melalui plasenta, suara denyut jantung dan suara udara dalam usus. Selain itu ia akan bertindak balas terhadap suara-suara keras, bahkan boleh membuatkannya terkejut melompat.

Pada minggu ke 25, baby sudah dapat mendengar dan mengenali suara orang-orang terdekat seperti ibu dan bapanya. Lakukanlah komunikasi dengannya walaupun hanya satu arah, bacalah Al-Quran, bacakan cerita atau berbicaralah dengan baby untuk lebih mendekatkan diri dengan baby supaya dia lebih mengenal suara dari kedua ibu bapanya. Ibu bapa yang sedang marah akan memberikan reaksi marah pada baby, sebaliknya alunan tilawah Al-Quran yang lembut dapat menenteramkan baby.

Deria Rasa


Deria rasa akan terbentuk pada minggu ke 13-15. Pada usia ini baby dapat merasakan rasa pahit dan manis. Jika air ketuban yang dia rasakan manis, maka dia akan meminumnya dan menelannya. Namun jika air ketuban yang dirasakan pahit, baby akan meronta dan mengeluarkannya.

Deria Bau


Deria bau akan terbentuk pada usia kehamilan 11 - 15 minggu. Ketika deria bau ini terbentuk, janin dapat mencium dari bau air ketuban yang baunya mirip seperti ibunya. Maka ketika bayi lahir, dalam masa beberapa jam ia akan mengenali siapa ibunya.

Deria Penglihatan


Dari awal kehamilan hingga usia ke 26 mata baby akan selalu tertutup untuk menghasilkan retina, walaupun demikian retina baby pada usia kehamilan 16 minggu dapat mengesan adanya pancaran sinar.

Pada usia kehamilan di minggu 27, baby mula membuka matanya dan melihat ke sekelilingnya untuk pertama kali. Mata baby dapat menangkap cahaya yang masuk ke dalam rahim ibunya, baik dari sinar matahari atau sinaran lampu. Selain itu otak baby akan bertindak balas terhadap kerlipan cahaya.
 

Oleh itu baby dapat bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan yang datang dari luar bahkan dalam tubuh ibu. Oleh kerana itu sudah seharusnya persekitaran tempat tinggal, tingkah laku dan tutur kata ibu yang tengah mengandung harus selalu dijaga. Segala sesuatu yang dilihat dan didengar serta segala perasaan suka, marah, sedih dan senang, sudah pasti memberi pengaruh bagi perkembangan baby.
 

Selamat berkomunikasi bersama baby masing-masing!



Saturday, March 16, 2013

Agar-Agar Milo Permintaan Aiman



" Dah lama tak makan agar-agar, ibu tolong buatkan boleh?"

"Ok esok ibu suruh abah beli agar-agar"

"Aiman nak agar-agar milo'


Tunaikan permintaan si chubby aku pun gigih carik resepi agar-agar milo. Bukan tak pernah buat agar-agar tapi konon nak buat kelainan, cuba dulu google mana tau ada resepi yang berkenan di tekak. Jumpa resepi agar-agar milo Mat Gebu yang dua lapis terus rasa nak cuba. Mudah dan nampak sedap. 

Aku tak ikut sangat sukatan resepi original, siap tambah susu pekat dan belasah jer buat. Kata Aiman ibu kan masterchef!hoho




Resepi Agar-Agar Milo

Bahan-bahan

Untuk Lapisan Milo
  • 10 gm agar-agar tali
  • 1/3 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 3/4 cawan milo
  • 3 sudu susu pekat
Kasi campur semua bahan-bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih pastu tapis.

* Untuk Lapisan Susu
  • 10 gm agar-agar tali
  • 1/3 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
Bahan-bahan ni pun kasi campur semuanya. Masak atas api sampai mendidih pastu tapis.

Cara-cara

Tuang adunan agar-agar milo dalam bekas kemudian tunggu hingga sejuk. Bila dah keras baru masak agar-agar untuk lapisan susu. Keruk-keruk sikit agar-agar milo guna garpu. Ni supaya lapisan agar-agar susu melekat cantik dengan agar-agar milo. Lepas dah keruk baru tuang adunan lapisan susu. Bila sejuk masuk dalam peti ais. Time nak makan sila potong. Yummy!




Friday, March 15, 2013

Tips En Suami Ketika Isteri Mengandung





Nak share jugak sebab tiba-tiba rasa macam en suami sangat sweet plak la kan coz semua ni beliau selalu buat. Even tak pernah terima hadiah mewah macam orang lain, Alhamdulillah karipap pun hadiah juga. Jangan muntah darah plak..hoho








Beg Persediaan Bersalin Siap!




Macam tak sabar nak berkampung dekat hospital jer kekdahnya. Uwaa takut pun ada. Aiman dulu tak dapat buat semua ni. Now dah siap sedia awal-awal supaya tak kelam kabut nanti. Ingatkan nak guna sebuah beg saja, alih-alih tak muat. Dua beg juga aku guna satu besar dan satu kecik. Lepas tu dengan sebuah raga lagi jenuh la en suami nak angkut nanti.hehe..



Siapa vote for purple hari tu angkat tangan!


Mari lihat apa yang ada dalam beg bersalin aku. Kalau ada lebih dan kurangnya tunjuk ajar ye kawan-kawan!

Keperluan baby

Baju - 2 helai lengan panjang dan 1 helai lengan pendek
Sarung tangan dan kaki - 3 pasang
Tuala mandi - 1 helai
Selimut topi - 1 helai
Kain lampin - 3 helai
Kain Bedung - 2 helai
Barut - 2 helai
Sapu tangan - 2 helai
Lampin pakai buang newborn - angkut terus sepeket 28 keping
Tisu basah - Sepeket besar
Toiletaries - sabun dan shampo (Stater pack punya)
Baby grooming - Bedak, losyen dan minyak rambut
Minyak yu yee
Drapholene 

Ada yang kata baby baru lahir tak perlukan sabun dan shampo bila mandi. Aku bawak gak mana tau nurse mintak. Baju dua pasang pun dah cukup. Aku memang spare sehelai lebih. Macam la ada masa sangat nak grooming baby bagai. 

Keperluan Ibu

Tuala mandi - 1 helai
Baju - 1 helai
Kian batik - 2 helai
Maternity pad - sepeket 10 keping
Stokin - 2 pasang
Disposable breast pad - 3 pasang
Pakaian dalam - 2 helai nursing bra dan 3 helai seluar dalam
Toiletaries - sabun,ubat gigi, berus gigi,shampo
Sikat

Dekat hospital ibu pakai pakaian hospital. Baju dan kain batik sehelai pun dah cukup untuk pakai balik. Kain batik tu saja bawak lebih. Tudung dan selipar memang akan sarung dah sebelum pergi hospital. IC, Kad merah, GL semua sentiasa siap sedia dalam handbag, pergi mana pun mesti bawa. Jadi tak perlu listing.

Keperluan Tambahan (isi dalam raga)

Termos
Cawan
Sudu dan garpu
Pinggan plastik
Tisu sekotak

Biskut ke apa semua minta en suami belikan je nanti. Tak perlu nak siap sedia awal-awal buat menyemak je. Lagipun lepas bersalin mana ada selera nak makan. Tempohari masa warded, air panas untuk minum pagi dan petang hantar pakai jag je, so cawan sangatlah penting. Tisu pun bawa senang nak lap apa-apa. Lepas bersalin kan susah nak gerak banyak-banyak.

Untuk bersalin aku asingkan sepasang baju lengan panjang baby, sepasang sarung tangan dan sarung kaki, sehelai napkin, sehelai kain bedung, selimut topi dan sekeping drypers newborn. Ni semua isi dalam beg plastik sebelum masuk beg supaya senang nak bawa masuk labour room nanti. Tuala perlu ke tak ekk?

Rasanya ni pun dah lebih dari cukup. Kalau ada apa-apa lagi en suami boleh tolong bawakan. Macam la hospital dengan rumah jauh sangat kan!





Thursday, March 14, 2013

Bengkung Bersalin



Lately rasa sungguh tak larat badan, tambah lagi dengan cuaca panas. Kan heaven kalau dapat relex je, celik mata makanan semua dah tersedia. Tambah masyuk ada orang tolong suapkan makan. Beradu je sampai beranak nanti. Mengandung setiap tahun pun boleh. Berangan jer la kan, dalam mimpi pun tak dapat. Kalau aku tak masak, tak buat semua kerja rumah siapa lagi nak buat. Kali ni rasa macam tak larat sangat dah nak bawak perut. Dulu masa pregnantkan Aiman tak macam ni pun. Agaknya dah makin tua. Fikirkan pahala je malas nak berleter lagi panjang, walhal intro membebel dah lebih 5 perenggan.haha..

Tempohari aku ada cerita pasal old school bengkung belit-belit yang aku guna dulukala. Mak kata suruh beli bengkung bertali yang labuh. Bila google aku ingat nak beli Ammy Corset yang sendayu tinggi tu. Last week waktu aku pergi Tesco tanya bengkung ni takde. Dah malas nak fikir pasal bengkung so tangkap muat je beli bengkung serai wangi. Dapat free botol kecik losyen serai wangi. Dua tiga kali sapu habis kot, kecik benar botolnya.

Malas nak snap gambar, curik gambar google sajalah.







Bengkung Serai Wangi Puteri Mas - RM 45.00
Size : Free Size




Bila cuba test kat badan panjang dia kira bolehlah. Lepas dari badan ke bawah punggung tu kira panjang jugak la. Harga bengkung ni RM 45, adik yang jual tu bagi kurang RM 43, last-last harga en suami dapat la RM 40. Bab tawar menawar serah kat beliau. Kalau aku fesyen bayar je tak pandai nak mitak kurang. Dah tak payah fikir pasal bengkung. 

Batu tungku mak abah dah belikan. Ubat bersalin rasa nak beli Shaklee set percubaan yang 40 hari tu je la kot. Ramai review kata ok. Beli set bersalin yang segala benda caca merba ada ni dah la mahal, takut nanti tak terguna je semua barangnya. Nak beli kat siap ekk? Penjual Shaklee sekelian mai promote kat aku barang hangpa.hiks..







Tuesday, March 12, 2013

Baby Stuff Listing : Done, Not, Not Necessary



Now dah 32 weeks. Cepatnya masa berlalu. Ni listing baby stuff yang aku senaraikan ikut keperluan aku. Boleh juga dijadikan panduan buat ibu-ibu bapak-bapak diluar sana. Yang bold done, hijau  not, akan beli nanti kalau perlu, merah tu pulak not necessary, maknanya tak payah beli sebab tak penting sangat pun. So far untuk baby stuff semua aku belum habiskan pun RM 1K, tak termasuk barang ibu. Nampak tak bagaimana aku berjimat? Yang penting kena bijak berbelanja!hiks..

Baby Clothes
  1. Baju Lengan Pendek Done
  2. Baju Lengan PanjangDone
  3. Rompers - Done 
  4. Seluar Pendek - Done
  5. Seluar Panjang - Done
  6. Sarung Tangan + Sarung Kaki - Done  
  7. Baby Socks - Done
  8. Baby Bip - Done 
  9. Sapu Tangan - Done ( beli Gerber set 8 helai)
  10. Barut  - Done ( beli baru 5 helai saja plus renew Aiman punya)
  11. Topi  - Done 
So far untuk baju aku hanya beli 4 pasang baju baru, sarung tangan dan sarung kaki 3 pasang. Yang lain semua renew Aiman punya pun ada lebih daripada 30 pasang. Jimat!

Diapering 

  1. Napkin - Done (Beli Pureen 1 pek 10 helai + beberapa helai renew Aiman punya) 
  2. Lampin pakai buang - Done (Beli dryers newborn)
  3. Cloth diapers - Done (beli 4 dari Gifts From Heaven, nanti akan tambah at least 10pcs lagi)
  4. Changing Mat - Done (renew Aiman punya)
  5. Wetbag - Done (beli Adora saiz XL untuk isi CD)
  6. Sabun Basuh Baju Baby - Done (pureen HAD)

Baby Care & Grooming 
  1. Bedak dan losyen - Done (johnson baby starter pack)
  2. Minyak Bayi - Done (yu yee)
  3. Tisu - Done (guna yang dah  sedia ada)
  4. Sikat - (Baby lepas cukur lambat je rambut nak tumbuh, tak perlu.hiks..) 
  5. Cotton Bud Done (dah ada banyak gila)
  6. Baby Nail Clipper Done (aku beli tommee tippee)
  7. Gripe Water - Done
  8. Termometer - Not necessary
  9. Vicks - Done
  10. Minyak Johnson baby - Done (untuk urut dan sapu rambut) 
Nursering 
  1. Selimut / Bedung - Done ( Beli 3 helai je cukup kot)
  2. Selimut Topi - Done (renew Aiman punya)
  3. Tilam dan bantal - Done ( Aiman punya set kekabu) 
  4. Katil Baby - Not necessary
  5. Kelambu - Done (pakai Aiman punya masih elok)
  6. Bakul Baju Kotor - Done (beli kat kedai 2 ringgit.hiks..)
  7. Storage Baju Baby - Done (beli dekat Tesco)
Feeding 
  1. Botol susu Free BPA - Done (beli anakku seketul je buat permulaan)
  2. Berus Pembersih Botol - Done (beli brand anakku jugak)
  3. Sabun basuh Botol - Done (aku beli pureen takde perisa)
  4. Nipple Cream - Not necessary (takde experience sakit jadi rasa tak perlu beli.hiks)
  5. Breast Pad Washable -  Done (Adora punya 4 pairs) 
  6. Breast Pad Disposal - Done (Autumnz punya sekotak 30 pcs)
  7. Breast Pump - Not ( beli lepas bersalin ikut keperluan, guna mermet je dulu)
  8. Cooler Bag Done ( beli autumnz)
  9. Breast Milk Storage Bottle - Done (beli autumnz set yg 10 pcs)
  10. Breast Milk Storage Bags - Done ( beli autumnz gak 25 bags + free 5 bags dari beli storage bottle)
  11. Nursing Pillow - Not necessary (pakai bantal biasa sudah!)
  12. Nursing Bra - Done ( aku beli dua pasang je)
  13. Nursing Cover - Not (akan beli lepas bersalin kalau perlu)
  14. Nursing Clothes / Wear - Not ( Nanti baru beli)
  15. Termos - Done ( Beli dekat PB hari tu)

Travelling 

  1. Diapers bag - Done (carters 5 in 1)
  2. Bottle warmer - Not ( beli lepas bersalin kalau perlu) 
  3. Baby seater - Not (kena beli lepas bersalin, perlu untuk hantar pengasuh dan angkut baby pergi kerja)
  4. Sleeping Mat with Mosquito net - (senang nak bawak balik kampung dan angkut kerja, beli nanti kalau perlu)
Bathing 
  1. Tuala Bayi - Done (Aku beli Fiffy dua pasang je).
  2. Besen Mandi - Not necessary (guna besen sedia ada)
  3. Sabun dan Syampu - Done (johnson baby starter pack)

Extra 

  1. Penyangkut Baju Berklip - Done (beli dekat Tesco)
  2. Mummy Diaper bag - (akan rembat nanti)
  3. Mainan Baby - beli lepas bersalin
  4. Bumbo Seat - Not necessary
  5. Baby Gym / Playmat -  Not necessary (main dengan abang Aiman sudah!)
  6. Stroller - Not necessary (mahal kot baby pakai kejap je.dukung la baru old school.hiks)
  7. Baby Sling - Not necessary (beli nanti kalau perlu)
  8. Bouncer - Not necessary
  9. Buaian - (akan beli lepas pantang tu pun kalau baby nak tido buai)