Pages

Sunday, August 26, 2012

Seminggu Berhari Raya


Dear Diary, (dah lama tak menaip mula la tintong.kehkeh)

Sehari sebelum raya mak bekalkan dengan ketupat, rendang ayam, rendang ayam kampung, rendang daging dan rendang kambing. Puasa terakhir berbuka ditempat kerja bersama en suami dan Aiman. Hanya mendengar suara takbir dari tempat kerja. Sadis tak berapa nak sadis la!

Raya Pertama
Pagi raya balik kerja terus bertolak balik kampung (rumah en suami). Raya pertama mak buat lontong dengan kuah lodeh serta kuah kacang. Tahun ni tak masak banyak menu. Lagipun keluarga en suami kecik je. Adik bongsu beliau ikut suami beraya di Langkawi. Sorang lagi adik beliau pun balik tanpa suami sebab suaminya kerja juga time raya. Tengahari sikit baru beraya rumah sedara mara. Petang duduk rumah je melayan tetamu yang datang.

Raya Kedua
Seawal 5 pagi celik mata bertolak balik SP sebab pagi ni aku kerja lagi. Balik kerja lepas Zohor betolak balik Nibong Tebal (kampung aku). Alhamdulillah walaupun berjalanan tak berapa lancar coz kenderaan terlalu banyak dekat highway, tidak pula ada jem yang teruk. Kami sampai kampung dah petang, sempat beraya sebuah rumah mak saudara aku saja. Malamnya lepak-lepak depan rumah jiran makan laksa.hehe

Raya Ketiga
Masih di penang. Syukur hari ni off. Sambung lagi beraya rumah pak sedara dan jiran tetangga. Hari ni je sempat snap gambar. Ni pun pakai kamera adik aku. Tepek dua pic sudah!



Raya Kempat
Lepas Zohor singgah rumah tok guru yang ajar aku mengaji dulu. Pastu kami beraya rumah kawan baik aku dan akhir sekali rumah abang aku sebelum balik SP. Singgah rumah sekejap ambik baju kemudian masuk kerja malam. Rumah sendiri memang tunggang langgang.

Raya Kelima
Plan balik kerja pagi ni nak terus balik Alor Setar. Tapi cancel sebab abah call kata nak datang rumah. Seharian dirumah dengan projek memutar baju dalam mesin basuh pastu pasang langsir, pasang cadar, pasang sarung bantal dan sapu-sapu rumah. Selepas Asar kawan en suami jemput jamuan raya. Lepas pergi rumah kawan en suami, singgah sekejap beraya dirumah majikan en suami.

Raya Ke Enam
Pagi aku pergi pasar beli barang mentah nak jamu pak mak mertua. Ini contoh menantu misali.haha..Tengahari aku kerja, hujan lebat gila sampai nak drive tak nampak apa (dasar tak reti). Last2 en suami hantar aku pergi balik. Nak dekat maghrib baru la abah, mak dan adik-adik ipar aku sampai rumah. Malam ni abah baik hati belanja makan KFC. Memang kena kaw2 dengan anak menantu dan cucu. Aku masak mi goreng je untuk dinner.

Raya Ketujuh
Bangun seawal 4 pagi bersilat dekat dapur. Masak simple tapi kelam kabut jugak sebab nak masuk kerja pukul 7. Menu nasi putih, daging dendeng, ayam masak lemak cili api, telur dadar dan kankung goreng. Balik kerja pergi beraya lagi ramai-ramai. Kebetulan ada officemate cuti kecemasan. Petang tu pukul 7 aku masuk kerja semula. OT dan sambung kerja biasa sampai tengahari ni. 24jam berkampung dekat opis. Kau ada?hoho..

Esok kawan sepejabat masa di Johor dulu kata nak datang beraya. Aku jemput sekali jiran depan datang rumah. Menu esok mihun goreng dengan kuih raya saja. Jemputlah datang kalau tak malu.haha..




16 comments:

  1. cun le gmbo yg berbaju purple tuh ;)

    ReplyDelete
  2. dah bosan beraya jd org bujang ni...cmnerr ek??haha

    ReplyDelete
  3. lawa baju raya..hehe raya ke tujuh..saya lepak dengan hubby pi ong tai kim beli pampers anak..hehe

    ReplyDelete

  4. Kalau dekat, dgn muka tak malu akak terpacak depan pintu umah PK..
    Nak jumpa si buah hati Aiman...tapi jauhhhh nak pergi...huhuhu...


    Comel sangat si baju purple tu...

    ReplyDelete
  5. Rajinnya kerja ;) dulu masa kerja time raya mmg cuti panjang.. ada juga cuti 3 hari je. Masa tu suami takde. Tak kisah sgt lah. Kerja pun mcm tak kerja, sebab ramai yg cuti :)

    Sama warna baju.. purple ;)

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya ... maaf zahir batin.. ciannya kerja masa raya ...
    tema purple ker??? comey...

    ReplyDelete
  7. tintong betul ko kutu..pukul habis seminggu dairi raya..haha..ko mcam dah slim banyak je dalam gambar tu..diet berjaya ek..hehe..

    ReplyDelete
  8. ala ciannya mlm raya kena keje..muni ni nurse ke hehehe

    ReplyDelete
  9. wah, catatan diary genap 1 minggu....

    ReplyDelete
  10. laaa raya ke2 dh keje ke.. xleh nk beraya lama2.. hihii

    ReplyDelete
  11. rangkumkan je dari raya pertama sampai ketujuh ek...

    ReplyDelete
  12. Cantik baju purple...Jeles tengok PK dah kurus huhuhu

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!