Pages
▼
Friday, August 31, 2012
Peristiwa Merdeka Raya Aiman
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua blogger warganegara Malaysia!hiks..
Hari ini ada sambutan merdeka raya di sekolah Aiman. Masa jamuan ada macam-macam menu terhidang. Nasi, sayur campur, kari, sambal ikan bilis, ikan goreng, ketupat, pulut kuning, rendang daging, nasi himpit kuah kacang, mihun sup, laksa dan kuih raya semuanya buat aku lupa daratan.haha. Disebabkan kuih raya dah tinggal serdak, malam tadi aku buat kek batik untuk bawa ke tadika. Alhamdulillah tak sempat nak tengok dah licin kek aku dikerjakan.
Alkisah habis jamuan, aku ajak en suami pergi cari pendrive. Pendrive aku yang lama dah rosak, susah aku nak buat kerja, nak print OT bagai. Masa nak turun dari kereta entah macam mana silapnya jari telunjuk Aiman terkepit pintu kereta. Masa mula kena dia tahan je sakit. Memang kesian gila kalau tengok. Jari tak luka tapi merah dah, apa orang kata darah beku ekk.
Keluar dari kereta muka Aiman dah nak nangis, paling lawak tangan dia tu mendepa waktu jalan, menadah je macam orang mintak duit raya.haha. Bila sakit macam-macam hal yang tak berkaitan pun jadikan alasan. Dalam kereta air cond dah tak boleh kena. Perjalanan balik dia masih lagi berlagak hero sampailah en suami usik,
"jom p klinik, satgi doktor kerat jari Aiman.."
Terus melalak nangis hingga bercucuran air mata. Berapa kali en suami ulang ayat yang sama, berapa kali tu jugaklah dia melalak. Aiman oh Aiman!
Alahai kesiannya Aiman..
ReplyDeletela...sian aiman....
ReplyDeletesalam merdeka :)
sakit tu...cian aiman....
ReplyDeleteAduhai....kesian AIman.... kena pulak sakat....kesiannya dia...nanti aunty mama babap abah ye
ReplyDeletesakit tu tersepit jari.
ReplyDeletehahahahaha.. kanak2 kalau kena acah memang comel.. hehehe.. aiman aiman
ReplyDeletetak baik tol en suami puan kutu ni tau,, cian kt aiman sayang tu,,
ReplyDeletelaa..mcm mana boleh jdik mcm tu aiman..
ReplyDeletenasib aiman boleh kontrol macho lg kan..hik3..
kesiannya Aiman....harap2 dah ok...
ReplyDeleteSalam merdeka jugak utk PK...
keisan aiman, lama juga nk hilangkn bisa.....
ReplyDeleteAs salam Murni,
ReplyDeleteMmg sakit woo tersepit pintu... poor Aiman... Ayah Aiman nak kena babab ni! :)
suka mengusik ye si ayahnya.
ReplyDeletekikiki kelakar.dia igt betul2 kena potong kot 2 yg melalak sakan hehehe
ReplyDeleteKENE KAT JARI KE .. KAT TGN AIMAN TERSEPIT PINTU TU .. SY PERNAH JARI ... TAK PASAL KUKU TERTANGGAL TAU .. LEPAS BERSALIN ELOK TUMBUH KUKU BALIK SEBAB MASA DLM PANTANG MINUM AIR GAMAT KOT HUHUHUHUHUHU
ReplyDeleteKesian Aiman...Selamat Merdeka..
ReplyDelete