Pages

Saturday, August 25, 2012

Cerita Shopping Baju Raya


Salam bahagia

Seminggu syawal telah berlalu. Lamanya tak update. Sebelum raya sibuk dengan kuih raya, selepas raya sibuk beraya pula. Yang paling utama tahun ini aku terpaksa akur dengan komitmen kerja. Alhamdulillah walaupun tak cuti raya langsung, aku en suami dan Aiman masih berkesempatan balik kedua-dua belah kampung dan bermaafan bersama famili, sanak saudara dan jiran tetangga. Inilah untungnya bila tinggal dekat dengan kampung.

Entri ni bukan nak cerita pasal raya tapi pasal shopping baju raya. Sebelum raya tak sempat nak update kelam kabut mana nak buat kuih, mana nak kerja lagi dan mana nak kemas rumah. Pastu asyik ulang alik balik Alor Setar. Nak feeling-feeling update blog memang tak sempatlah. Hal raya next entry ok. Ok sebelum tu nak ucapkan Salam Lebaran dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua kenalan blogger yang jauh dimata tapi dekat dihati. Maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa, jika ada tulisan yang mengguris hati atau komen aku yang buat korang menyampah.

Setiap tahun pun kami sekeluarga memang beli baju raya last minute. Dua minggu sebelum raya kami shopping dekat Parkson je. Yang paling penting beli baju anak dulu( eceh walhal baju ibu dah beli online). Dekat Parkson rembat  3 helai t-shirt, 2 helai seluar, sepasang kasut raya dan sepasang selipar raya untuk Aiman. Malangnya masa scan dekat kaunter, adik cashier tu lupa pulak nak kirakan sekali sehelai seluar Aiman. Patutlah rasa macam murah sikit, rupanya sehelai seluar Aiman tertinggal. Balik rumah baru sedar. Sudahnya rezeki Aiman sehelai seluar je la.hehe..

En suami pula susah sikit bab nak beli baju untuk diri sendiri. Ada ke patut baju beliau yang nak pakai semua suruh aku pilih. Naik pening aku. Dah la susah nak carik saiz.hehe..Aku dah cakap suruh beli t-shirt raya dan seluar tapi beliau yang tak mau. En suami aku memang bagus bab baju ni beliau memang tak kisah, biar anak bini bergaya sudah.hahaha..Tapi dek kerana Parkson bagi voucher RM10 dengan pembelian RM150 keatas, guna voucher tu en suami ambil gak la sehelai t-shirt. Tu jer la baju raya beliau.haha. Dekat Parkson aku tak beli apa. Beli seluar track buat jogging lepas raya.kehkeh.. Oh lupa, aku beli gak kasut raya dekat Bata.hehe. En suami pun rembat dua pasang sandle juga.

Mulanya ingat tak nak belikan Aiman baju melayu, pakai yang lama tapi terlanjur balik Alor Setar bawak adik ipar pergi Pasific shopping baju raya anak beliau, aku belikan juga sepasang baju melayu untuk Aiman. En suami memang tak beli baju melayu. Tahun ni seperti biasa pakai baju lama, jubah baju melayu yang tahun lepas punya. Aku sempat menyelit beli sehelai shawl.hehe..Baju raya aku beli online sehelai kurung moden. Jubah yang aku beli online bulan Mac dulu pun tak sempat pakai lagi. Jadilah baju raya aku dua pasang. Niat hati nak menjala sepasang baju raya lagi, tapi en suami dah bagi hint baik punya! Terpaksa aku tunda nafsu untuk raya haji.haha..

Bab baju raya dah setel.haha macam ada je orang nak baca ko membebel!Nah amik sekeping pic Aiman beriang ria main bunga api.





16 comments:

  1. ada encik somi shopping pun kena jeling2 kan..hehe...aiman raya ka?bukan x posa?? kihkih

    ReplyDelete
  2. betul, baju anak2 kena siapkan dulu. saya pun sopping kat pacific alor star ja, senang semua ada

    ReplyDelete
  3. selamat hariraya...maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  4. selamat hariraya...maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  5. aiman main bunga apa sorg2 tu....nnti ckp kt ibu bagi kwn ye.....

    ReplyDelete
  6. tak shopping raya pun hari tu,,, kasut pun beli sendiri abah bagi duit,, hehe

    ReplyDelete
  7. sempat lagi tu posing sambil main bunga api

    ReplyDelete

  8. selamat eidulfitri buat muni sekeluarga..

    hari ni saja2 nak jln2 blog kwn2.. pasni x tau bila lagi ada masa..

    ReplyDelete
  9. Amboiiii seronoknya Aiman main bunga..

    Salam Aidilfitri utk Pk dan kluarga...akak mohon maaf andai ada terkasar bahasa spnjng kita kenal...

    ReplyDelete
  10. Sama je suami kita.. memang susah nak beli baju sendiri.. kalau tak kita yang belikan memang takde baju baru..

    ReplyDelete
  11. urusan baju raya husben serahkan kat akak. dah setel baru la cari baju dia sehelai dua. t-shirt la. kalau cari sendiri tak jumpa baru ajak dia cari. ngeee... thn ni siapkan awal. tak ada kelam kabutnya. semua terkawal.

    ReplyDelete
  12. Baju Melayu suami saya pilih. Tp bab tshirt dan seluar dia pilih sendiri. Bab ni masih tak arif lagi tentang citarasa dia. Iman mmg saya yg pilih. Budak2 senang.

    Mmg sibuk bila time nak raya dan raya.. blog pun byk yg menyepi. Tak sempat.. lg2 bila line slow.

    Baguslah Aiman main bunga api duduk je mcm tu ;) bahaya juga kalau main pelik2 ni..

    ReplyDelete
  13. xsempat nak jumpa masa blik sg setar ari tu.
    selamat hari raya, maaf zahir batin ;)

    ReplyDelete
  14. biaserlah org lelaki selalunya jenis x kesah pun bab baju / pakaian baru ni ... kt yg pempuan ni yg beria² hihihihihi .. sy jrg belikan suami t-shirt pening nak pilih .. sdhnya dia beli sendiri ...

    bertambah bam bam aiman.. mata pun xmoo pandang kamera .. yer... layan bunga api..

    ReplyDelete
  15. hubby sy pun ada sehelai baju ry... n sehelai seluar ry.. baju mlayu pakai yg 7 thn sudah... hahahaaa

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!