Pages

Saturday, October 01, 2011

Aiman dan Zoo



Khamis lepas aku, en suami, Aiman, mak dan abah pergi Lumut. Tujuan utama untuk ziarah adik ipar aku yang baru keluar wad. Dalam perjalanan, tiba-tiba tanpa dirancang kami singgah Zoo Taiping. Ini entah keberapa kali kami pergi zoo, tapi kali nie berbeza sedikit sebab Aiman dah besar. Mulutnya yang becok tu memang buat kami ketawa.



Semua situasi dibawah mungkin tak kedengaran agak lawak bila diceritakan. Tapi serius masa kejadian berlaku, lawak gila wey!


Situasi 1 : En suami dan abah pergi beli tiket, aku, Aiman dan mak pergi melihat-lihat souvenier. Aiman bersuara, "uii banyak genih!" ayat sebenar adalah banyak jenis!


Jalan masuk utama sedang renovate. Kelihatan beberapa kumpulan budak sekolah dan cikgu tengah buat rombongan barangkali. Pengunjung memang tak ramai sebab bukan musim cuti sekolah. Kami ambil keputusan naik train saja memandangkan ini cuma penyinggahan sambil menyelam minum air. Tidak sesekali nak jalan dengan panas terik dan keluasan zoo yang boleh bikin pecah tumit.


Situasi 2 : Waktu dalam train suara Aiman bergema mengejutkan semua orang, "Hai singa, mai la kawan dengan kami!". Orang depan dah memandang..


Situasi 3 : Masa tengok binatang apa ntah, aku lupa. Tapi binatangnya hanya aktif waktu malam saja. Sedang enak haiwan tu tidur, "bangun! ini dah siang. Hari dah cerah!". 


Aku sudah banyak kali naik train, cuma sekali saja pernah berjalan kaki. Nak pusing semua tempat ambil masa sejam jugak. Walaupun agak adventure, jalan kaki lagi memberi kepuasan sebab dapat lihat semua jenis binatang dari jarak dekat. Naik train dalam 15 minit dah sampai. Pronya cuma kita dapat relex dan tak penat.


Situasi 4 : Dekat kandang orang utan, berderai lagi ketawa aku dengan telatah Aiman. "ini bapak monyet!". Expert gila dengan nama spesis binatang.


Lepas naik train kami terus keluar dan sempat beli FM gugusan anggur. Cantik juga!







12 comments:

  1. wahhh bestnyer..... jeles... sy da beso panjang ni pong x penah g zoo.... hahha bijak aiman tu.....

    ReplyDelete
  2. Biasalah budak2 .. semua benda dia nk tegur.. tapi aiman ni mesti peramah kan..

    ReplyDelete
  3. hahahahaha..bapak monyet tuh! pndai aiman bagi nama binatang...heeee...

    ReplyDelete
  4. pandainya si Aiman ni. smua binatang dia kenal ka?


    My Latest Entry: Penderma Sperma punya kira-kira 70 orang anak..

    ReplyDelete
  5. heheh..chii bleh bayangkan keadaan puan kutu ngan aiman time tu..mmg tergelak..sebab chii pun pernah alami yg sama dengan anak sedara...lgik2 dgr suara dorang yg comel..apa2 pun..semua nampak comel je kan..heheh

    ReplyDelete
  6. hahaha. aiman sengal.. zoo memang tempat terbaik ^^

    ReplyDelete
  7. Seronkkan bila dgr ank petah bila cakap n boleh kenal binantang...pandai Aiman yea,peramah...

    ReplyDelete
  8. mmg seronok kalau bawa anak2 sebaya aiman ke zoo..mrk suka sgt2 n over excited......kelakarkan.

    ReplyDelete
  9. Petah nyer Aiman.mesti dia x kisah org gelakkan dia sbb dh terover xcited kat zoo

    ReplyDelete
  10. Bagus aiman ni sentiasa menceriakan suasana. Tentu seronok tengok keletah dia kat zoo tu kan. Baru lah tak penat berjalan.

    ReplyDelete
  11. Maryam tak pernah lg sampai ke zoo taiping.. seronok ye aiman? nanti bolehla maryam ajak ayah g sana jln2.. :D

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!