Pages

Thursday, September 29, 2011

Tangan adik terkapai-kapai

"Saya hanya nampak dia tenggelam timbul sambil tangannya terkapai-kapai. Saya cuba untuk membantu, tetapi tak berani kerana tali air itu dalam,” kata Muhammad Farhan Zamri, 10, abang kepada Muhammad Fardinie, 5, yang lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Sungai Lintang, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Muhammad Fardinie tergelincir ke dalam tali air sedalam hampir dua meter itu ketika melihat Muhammad Farhan bersama dua rakannya memancing di tali air terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.


Berita dari Metro semalam. Baca seterusnya kat SINI


Terkejut juga mendengar berita tentang ni. Kebetulan Isnin lepas aku yang bertugas petang. Aku ada terima panggilan kebajikan minta sambungan anak anggota meninggal. Tapi tak tahu pulak siapa sehinggalah mendengar berita nie time jamuan raya semalam. Rupanya yang meninggal adalah anak kepada salah seorang anggota tentera tempat aku bekerja yang sangat aku kenali. 


Pada korang yang dah lama mengikuti perkembangan aku mesti tahu yang sewaktu aku mula-mula pindah ke Sungai Petani dulu aku ada masalah tentang rumah. Koperal Zamri merupakan anggota yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai penempatan kuarters. Beliau yang sering membantu sehingga aku dapat masuk rumah. Kiranya orang pertama yang aku kenal kat sini. Secara kebetulan lagi bapa saudara kepada Kpl Zam berkawan baik juga jiran bapa mertua aku. Entah, kata Kpl Zam kami ada bau-bau bacang juga.


Selepas aku cerita kat en suami, en suami telefon Kpl Zam dan ucapkan takziah. Harapan aku seluruh ahli keluarga Kpl Zam tabah. Semoga aruah adik Muhammad Fardinie tenang disana. Al fatihah.


* Aku nak jalan-jalan ke Lumut!







                                               

13 comments:

  1. bila nk p lumut tuh..hehe~~ ayung next week akan ke lumut, boleh la jumpa kot....

    ReplyDelete
  2. aduhai..sy tumpang simpati kpdnya..dah takdir..tp kalau kena pd diri sendiri x tahu apa nk katalah..


    al-fatihah utk arwah dam takziah kpd keluarganya..


    sedih :(

    ReplyDelete
  3. komen sy td mcm bermasalah..dia kt conflict tah kemenda..sy komen lg sekaliklah ya..


    al-fatihah kpd arwah dan takziah kpd keluarganya..


    sy tumpang sedih atas kejadian yg x diduga ni..semuapun dah takdir..:(

    ReplyDelete
  4. menyayat hati nya...

    al-fatihah...

    nak ikot gi lumut jugak!!

    ReplyDelete
  5. insya Allah..semoga roh arwah adik fardinie di tempatkan di kalangan insan2 yg terpilih...al-fatihah

    ReplyDelete
  6. Alfatehah.. moga2 keluarganya tabah..

    ReplyDelete
  7. takiah ke takziah?... al-fatihah...

    ReplyDelete
  8. Takziah untuk Kpl Zam.
    Makan angin ngan family ke. Selamat berjalan ke lumut.

    ReplyDelete
  9. Adik Muhammad Fardinie tunggu ibu dah abahnya di pintu syurga..Alfatihah

    ReplyDelete
  10. salam takziah kepada mereka..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!