Pages

Sunday, October 02, 2011

Fakta Tentang Nyamuk


Nyamuk adalah makhluk parasit yang sering mengganggu tidur. Manusia dengan nyamuk merupakan musuh ketat. Pada waktu dahulu, ubat nyamuk lingkaran adalah yang paling popular digunakan untuk membunuh nyamuk. Tapi asapnya mak oi menusuk ke lubang hidungmu menjadi pujaan hatiku. Pada masa moden kini, sudah pelbagai jenis ubat nyamuk elektrik dan semburan dicipta.

Nyamuk dilabel sebagai makhluk pembunuh’ kerana penyakit demam malaria sudah pun hampir membunuh setengah daripada populasi manusia sejak zaman Paleolitik. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.



Jom kita berkenalan dengan nyamuk dan kelebihannya:

  • Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu.
  • Ada lebih dari 2500 spesies nyamuk yang berbeza di seluruh dunia.
  • Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui ia banyak hidup di kawasan tropika dan juga Artik.
  • Dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu.
  • Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja.
  • Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya.
  • Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat.
  • Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina dengan hanya bunyi kibasan sayapnya.
  • Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap.
  • Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung.
  • Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer.
  • Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Manusia membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Mudahlah nyamuk nak target kita sebagai mangsa.
  • Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam.
  • Nyamuk betina saja yang suka menggigit. Darah sumber protein itulah untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan.


SUMBER : http://miszsheyla.blogspot.com/2011/04/fakta-tentang-nyamuk.html







             
                  

14 comments:

  1. Wow! Menarik fakta ni.

    Ada satu lagi fakta pasal nyamuk ni.

    Makhluk berkepak dua ni gemar menggigit orang yang banyak makan pisang.

    Wallallahu'alam~

    ReplyDelete
  2. tima kasih atas faktanya ya bu...heee...benci nyamuk betina! huhuhu...sy x suka nyamuk..menyakitkan kulit dan menyakitkan hati...huhuhu..

    ReplyDelete
  3. pergh..ada 2500 jenis eh..yg chii tau..berapa je..x sampai 10 pun..

    scarynya nyamuk kat artik..semint 9000 gigitn..sape yg xtau nak derma darah kat sape..bleh ar..

    pastu..chii pernah dgr..nyamuk akan gigit pd mereka2 yang berdarah manis..

    ReplyDelete
  4. ehh ingat nyamuk dpt hidup 2 3 hari je..huhu..dasyat tu nyamuk kat kawasan artik, jangan la p kanada..hehe

    ReplyDelete
  5. walaupun kecik, tp cukup jahat.heheh

    ReplyDelete
  6. nyamuk dan lipas mmg anti gila...benci!


    hehe!

    ReplyDelete
  7. sesungguhnya saya nyampah dengan nyamuk ni.....

    ReplyDelete
  8. w.pn kecik ttp punya kuasa yg luar biasa.

    ReplyDelete
  9. kalau balik kg, masih lagi guna lingkaran ubat nyamuk bila waktu malam.

    ReplyDelete
  10. itulah binatang kecil tapi leh bawak maut

    ReplyDelete
  11. nice info...
    share la jugak macam mana nak elak nyamuk gigit kite~ he

    ReplyDelete
  12. sy ckup alergik dgn nyamuk.. bila kene gigit nyamuk mesti jd merah2 n bgkak2.. tak tahan bila tinggal parut.. aduss...

    sensitif kulit saya nih

    ReplyDelete
  13. perghh darah kering dlm masa 2 jam je .. memang ganas tu kutu

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!