Pixajoy

Saturday, January 03, 2015

Siakap Masam Manis Mudah



Menu balik kampung tempohari. Resepi dari adik aku, Ain. Disebabkan aku jarang masak benda masakan dinamakan sweet and sour ni haruslah tempek resepi supaya senang nak refer. Almaklum semakin meningkat umuq ni jangan ingat masak simple gini boleh ingat selamanya. Tiba masa nak masak kang tak pasal-pasal je lupa. Gambar macam hapa lagi harap maaf nak cepat.hehe


Untuk Ikan : Bersihkan ikan, lumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung kemudian goreng dalam minyak yang banyak sampai masak kekuningan. Angkat!



Resepi Kuah Masam Manis : Tumis bahan rempah (bawang merah+bawang putih+halia+cili padi, semua dadukan kecik-kecik). Kemudian masukkan serai yang diketuk, sos cili+ sos ikan or sos tiram. Pastu masukkan nenas + tomato yang dipotong dadu. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kalau tak cukup masam boleh masukkan air jus limau. Dah masak boleh curah dekat ikan. Setel!


Tepung jagung fungsinya untuk bagi ikan crunchy tapi pada hari tersebut Ain lupa bagitau aku soh masukkan tepung. Siakap pun dah terlebih garing aku gorengkan.huhu..Kata Ain lagi sedap guna nenas yang dalam tin tu pasal air nenas dalam tin membuatkan siakap sweet and sour makin sedap. Hari tersebut kami guna nenas fresh. 







Friday, January 02, 2015

Afia Imanina 20 Bulan



Belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Semoga tahun ini banyak yang baik-baik akan menyusul buat kita semua. 


Si bambam ibu semakin membesar sihat, kuat makan dan mencuit hati dengan keletahnya yang pelbagai. Sekarang dah tukar pakai drypers XL tau! Usia 20 bulan Afia semakin kuat dan ligat berlari, dah pandai tanggalkan baju dengan sendiri, dah kenal anggota badan dan semakin banyak mulut.

Lately banyak perkembangan bahasa Afia yang membuatkan ibu teruja. Sebelum ni perkataan paling famous yang kerapkali dia sebut cuma abah. Mintak apa-apa waima panggil ibu pun akan keluar perkataan abah. Afia lebih selesa menggunakan bahasa isyarat dengan bunyi tanpa perkataan. Jarang sekali nak dengar dia sebut perkataan rutin selain ball, goal, nenen, amm. Sampai sekarang pun sesekali saja dengar perkataan ibu, bu..tu pun bila dia nangis.  

Perkataan complete pertama yang Afia pandai sebut adalah diti (dirty). Dirty memang antara perkataan yang ibu selalu sebut. Sekarang bila kita sebut dirty, dia akan ikut sebut diti sambil menunjukkan deretan gigi dengan comelnya. Kemudian bila tengok iklan Oishi yang ada Farid Kamil tu kemain lagi dia sebut shi..Kiranya dia dah mula mahu sebutkan apa perkataan yang kita minta sebut. Semalam dalam kereta bila ibu membebel sebut perkataan apa cita! tiba-tiba dengar Afia sebut ta..Oh dia dah pandai mengajuk apa kita cakap ok!

Sebelum usia setahun Afia cuma pandai tunjuk hidung bila kita sebut noseSebetulnya ibu tak pernah betul-betul ajar Afia mengenal anggota badan. Setakat nyanyi lagu head and shoulder knees and toes tu adalah. Baru-baru ni abah kata Afia dah pandai so ibu cuba minta Afia tunjukkan hidung, mulut, gigi, mata, tangan,kaki, kepala, rambut, perut, ketiak tak sangka cubaan pertama dia dah kenal semua dan tunjuk dengan betul. 

Cepat sangat Afia besar. Dah dapat adik baru pun. Hari ni kami balik kampung tengok baby Damia. Nanti update ya!











Friday, December 26, 2014

Domino, Fruit King, Food Court Amanjaya Mall



Sambung lagi entry makan-makan. Ni entry balik kampung terakhir. Musim hujan balik kampung pun tak dapat jalan mana, so kita habiskan cuti dengan makan, makan dan makan.huhu..

Domino's Pizza Kerian Mall

Malam perlawanan bola Malaysia lawan Thailand kami layan bola sekejap dekat Food Court Mydin pastu break separuh masa pertama soru dekat Domino's Pizza. Domino dekat Kerian Mall ni baru buka beberapa hari so tak banyak menu yang ada. Abang aku nak makan spageti takde, aku order lasagna takde, adik aku demand meatball pun habis. So makan pizza, sup, ayam dengan banana dessert je la.

So sweet abang dukung adik tengok orang buat Pizza.
Ini budak notty suddenly overactive atas meja

Gaya mau lebih, makannya tidak!

Aiman dan PakWa makan jangan tak makan!

Cik Pia buat perangai sakan. Lepak atas meja sekejap pastu tak bagi kita pegang nak turun bawah sesaja dengan selipar tak pakai. Ibu nak makan pun tak senang. Lepas makan yang abang-abang sado sambung tengok bola. Adik-adik manis kita window shopping dululah ye.


Fruit King Parit Buntar

Ingat tak burger besar untuk birthday boy awal tahun dulu. Kat sini la kami repeat makan lagi. Berhajat nak makan burger besaq, boleh pulak hari tu burger habis. Makin maju dah Fruit King ni. Adik aku kata kalau pergi masa hari lahir kita boleh tunjuk ic dan depa bagi burger besar free dengan syarat like fb depa. Hari kami pi menu pun tak banyak yang tinggal. Burger yang bertingkat-tingkat pun habis. Frust menonggeng jugak la. Bukan senang nak balik kampung selalu walaupun dekat. 

Order je apa yang ada. Abang sorang je ikut, adik aku kenyang k. Order tiga burger lebih kurang yang sama dalam gambar, nama lain-lain burgernya tu pun ada kelainan sikit pada daging dan ayam. Nama burger aku pun dah lupa. Makan kongsi-kongsi takut tak habis pulak kalau order sorang satu. Lagipun sebelum datang sini dah pekena sorang semangkuk koteaw sup dekat rumah cousin aku. 


Afia buat perangai sebelum burger sampai. Tengok muka notty plus mengantuk tu. Mujur masa makan dia diam.

Wajah abang-abang sado

Air Chocolate Banana sedap. 

Dah habis makan punya pulun nak snap juga air yang kami order pasal sedap.hehe..Mula-mula order yang sebelah kiri tu RM 13 punya tinggi bekas dengan straw double nak hirup pun susah. En suami minta cawan tuang sorang segelas, dah jadi tak cukup. Air batu je lebih. Pastu order lagi satu yang large, sudahnya tak larat habis, tapau bawak balik.


Food Court Amanjaya Mall

Bertolak balik ke SP dah lewat tak sempat breakfast pun. Hari hujan malas dah nak stop dekat hentian. Sampai SP terus masuk kem nak beli nasi bungkus untuk lunch. Sampai kolam kedai tak bukak. En suami tanya nak makan dekat mana terus aku suggest food court C-Mart.

Aku makan sizzling mee sambil suapkan Afia. Banyak juga si bambam makan. En suami makan nasi ayam plus Lamb Grilled. Aiman pun tak cukup dengan nasi goreng pataya pekena Chicken Grilled pulak. Like father like son! Mana tak bulat. 

Sempat snap Aiman je dengan nasi pataya bukti makan sini. Nak snap lebih-lebih malu kot.

Singgah sini kejap sebelum balik.

Afia ligat pusing sana sini jenuh nak kejar. Food Court sebelah kedai cenderamata ada banyak Teddy bear pulak. Dari luar kaca dia dok tunjuk-tunjuk. Satu kedai dia tawaf. Orang lalu lalang semua dok say hai dekat dia. Ramai yang geram tengok telatah si bambam ni. 

Bila suruh buat mata camni la gaya garang cik pia bagi.


Selamat balik kepangkal jalan akhirnya. MD, at last kita pakai shawl awak bagi tapi malu nak enterframe.muahaha..







Thursday, December 25, 2014

Makan-Makan Balik Kampung



Antara makanan yang sempat aku snap masa balik kampung tempohari. Dah namanya blogger.hakhak


Dari rumah lagi nak buat nasi lemak tapi terpaksa cancel sebab mak abah dan adik ipar datang rumah hari tu. Depa dah siap-siap masak bawak makan lunch sama-sama kat rumah. Bahan semua dah ada so malam sebelum bertolak balik kampung aku siap-siap goreng ikan bilis, kacang, masak sambal dan rebus telur. Pagi esok dekat kampung tinggal masak nasi terus ngap!



Kek jumpa dekat Mydin. Offer 4 slices RM 10. Nampak sedap tema keju peberet bedal 8 slices terus. Ada cheesecake, blueberry cheese cake, chocolate cheesecake pastu kek nescafe dan pandan. Rupaya keju secoet, kek span ja tebal. Sedih! Patut pun murah.


Ni Aiman punya demand. Berkenan dengan Goku tu je la.


Balik dari Lost World singgah lunch dekat Hentian Sungai Perak terjumpa kek nampak sedap. Tak salah pernah terbaca dekat Blog ina Intan Berlian pasal kek ni. Aku beli Red Valvet dengan Tiramisu. Sebekas RM5 saja. Betul kata ina, memang sedap!


Kari kepala ikan lunch aku masak kat kampung. Macam biasa kari tanpa santan. Kalau bersantan aku tak berapa suka.


Yang ni Siakap Sweet Sour adik aku masak. Harap maaf rumah bujang takdak pinggan besaq sampai kepala ekor keluar pinggan.hehe..Dua ekor besar gedabak ikan Ain beli dekat kilang. Adik aku kerja dekat kilang ikan frozen, so dapat murah la. Siakap sekilo RM10 mana mau dapat! Isi manis tau Afia pun suka ratah.