Pixajoy

Friday, April 04, 2014

Muzium Tentera Darat



Sambungan kisah PD. Ni last entry la kot. Lepas makan dan lepak sekejap dekat Teluk Kemang secara tiba-tiba en suami ajak singgah muzium dulu sebelum bertolak balik. Ikutkan saja kata en driver, lagipun ni pertama kali juga kami kesana. Waktu lawatan adalah setiap Rabu hingga Ahad, 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Muzium tutup pada hari Isnin dan Selasa. Masuk percuma ye!

Muzium Tentera Darat PD merupakan salah satu muzium yang termoden di Malaysia. Menarik juga bila ke gedung sejarah macam ni. Terasa dekat dengan perjuangan dan keringat pejuang-pejuang dulu. Selain pameran peralatan dan senjata, terdapat pelbagai koleksi khazanah dan artifak menarik. Semuanya menjadi saksi bagaimana pejuang-pejuang negara kita mempertahankan negara tercinta. Wah kemain skema buku teks aku bagi informasi.haha

Projek wajib, bergambar depan Muzium. Gambar ibu dan Afia disebelah kiri terpaksa dicrop kerana tak menepati piawaian.hehe



Aiman tentulah yang paling teruja, sebab cita-cita dia kan nak jadi askar. Yang sebetulnya dia fanatik dengan senapang. Sejak baby dah duduk dalam kem, setiap hari tengok uncle-uncle askar pegang senapang depan gate, mungkin dari situ timbul minat. Kalau betul nak jadi askar teruk nanti kena masuk keluar gym untuk kuruskan badan.kehkeh. 

Banyak sangat gambar dekat Muzium. Aku malas nak upload. Layan je la aksi model muzium.








Gambar model kecik tak banyak. Tak mesra kamera katanya.hehe













Thursday, April 03, 2014

Resepi Kentang Frozen



Serius teruja nak share dengan korang. Selama ni dok beli kentang frozen tak sangka buat sendiri rupanya senang. Rasanya sama sedap malah lebih fresh dari yang beli atau dari KFC tu. Yang paling best kentang frozen homemade adalah lebih sihat tanpa bahan penstabil dan kimia mak nenek. Rangup dimakan selepas digoreng.



Resepi French Fries Frozen : Buang kulit kentang, potong panjang-panjang pastu basuh dan sejat. Panaskan kuali, api jangan kuat ye. Agak minyak dah panas, masukkan kentang, goreng sekejap sekadar bagi dia empuk. Jangan goreng lama, agak dalam 3 4 minit macam tu dah emuk terus angkat dan sejat. Agak leceh sikit disini sebab kentang menyerap minyak. Biar dia menyejat lama sikit atas kertas tisu. Dah sejuk boleh masuk dalam freezer bahagian beku. Bila dah keras boleh keluarkan dah leraikan mana yang melekat. Siap sedia digoreng pada bila-bila masa. 

Better guna kentang yang besar supaya hasil potongan kentang panjang dan menarik. Aku guna kentang sederhana saja buat makan sendiri. Lagipun ni cubaan pertama. Aku tak letak garam pun. Makan begitu saja dengan sos pun dah sedap sangat. Aiman suka sangat sampai tak sempat habis goreng dah licin sepiring dia makan. Kalau ibu tak pantau, memang ibu pun tak sempat nak rasa. Next time kita goreng lagi.

Tengok muka si chubby tak tipu punya sedap tau.



Biarpun selekeh dengan rupa bentuk yang pelbagai, tetap menawan dimata dan tekakku..


Mari berubah kearah snek yang lebih sihat untuk anak-anak. Kemain jakun hang ni PK.hehe..





Afia Imanina 11 Bulan



Semalam Afia genap 11 bulan. Ibu tak sempat nak taip tentang perkembangan Afia, so publish entry demam cheese yang dah didraft dulu. Pulak tu Maktok,Wan, Acu dan abang Afi nak datang mana ibu kalut rumah macam tongkang pecah. Tukang kemasnya sorang, tukang kecahnya tu ramai. Dah macam aksi kartun ibu sapu dan mop lantai. Afia menjerit mintak perhatian pun ibu tak peduli.huhu

Afia Imanina 11 bulan makin aktif. Dia punya semangat nak explore sesuatu makin meninggi. Kena sentiasa alert sebab sekarang dia dah mula nak explore pelbagai rasa. Pantang lepa sampah sarap menjadi santapan.kehkeh. Macam ibu mention sebelum ni, Afia kat rumah dah tak pernah tidur buai. Dah macam orang besar golek-golek je tertidur sendiri.   

Peribadi masih cool, cuma semakin teserlah sifat garang. Kita marah dia, dia marah kita balik. Dia punya melawan bila kita melarang tu boleh tahan. Pendek kata Afia nampak lebih dominan dari abang Aiman yang lebih lemah lembut sifatnya. Nama pun girl, wajiblah garang ye tak. 

Afia dah pandai melambai bila dengar perkataan bye, flying kiss, give me five, main wa wa bulan dan cak cekak udang gamit juga ikut mood. Dia dah tak berapa friendly dan mahal senyuman dengan kebanyakan orang. Memilih orang juga, ada setengah dia tak kisah bila dukung dia. Kalau tak mau kat orang tu siap la aksi berpaling muka sambil bunyi huh dia bagi.  

Afia sudah boleh berdiri dengan baik cuma tak konfiden nak melangkah sendiri. Masih meniti bila berpaut pada sesuatu. Yang penting Afia ni jenis berani. Semua benda dia nak pegang untuk berdiri, lasaknya macam boy. Afia belum merangkak. Boleh merangkak tapi malas atau sayang lutut agaknya. Kalau tak, takkan dia boleh duduk dengan sendiri. Gigi sebatang pun masih belum menunjukkan rupa. Lawak bila Afia sengih tanpa gigi. Dah besar tapi gigi takde, macam nenek tua!

Nanti ibu masuk pic Afia 11 bulan, tak sempat nak transfer gambar. Hari ni baru boleh rilex sikit, Insyaallah akan mula BW sampai lebam bila tugas maid dah selesai...:)





Wednesday, April 02, 2014

Cheeskut & Oreo Cheese Cake



Kembali lagi dengan aktiviti menambah kalori. Tekak tengah dilanda demam keju.ngehngeh. Cubaan pertama buat kek keju dan cubaan kedua buat cheeskut. Kali pertama dulu buat cheeskut lebih dari derhaka. Ini baru cheeskut sebenar. Boleh je guna apa jenis biskut pun. Aku guna cream cracker. Next time nak cuba buat pakai marie plak. En suami dah request benda ni untuk raya nanti.hehe



Resepi Cheeskut Sedap : Putar 200 gm whipping cream dan ketepikan. Putar 250gm cream cheese sampai kembang pastu masukkan 1/3 tin susu pekat + 5 sudu gula, putar lagi. Agak dah sebati masukkan whipping cream tadi. Aku tambah juga sedikit fresh milk. Mula susun biskut cream cracker yang direndam fresh milk pastu tuang cream, ulang step ni sampai habis. 

Untuk topping ikut suka nak letak nestum ke susu ke oreo kisar ke. Aku buta dekorasi jadi terus tampal oreo sebijik-sebijik camtu. Simpan dalam freezer bagi keras, potong dan boleh terus ngap. Takde rupa cheeskut yang dah dipotong ye sebab memang tak sempat nak potong dah licin dikerjakan pakai sudu.

Cheese cake aku versi tak payah kukus or baking bagai. Aku buat tak guna whipping cream dan gelatin juga. Nak buat crumbs pun malas nak panaskan butter, so yang ni simple tak ingat punya.


Resepi Kek Keju Oreo Paling Mudah : Putar 250 gm cream cheese hingga kembang. Masukkan 3/4 tin susu pekat, kacau rata. Pecahkan biskut oreo kepada 4, susun sebagai base pastu tuang cream. Atasnya pun sama pecahkan je biskut oreo. Tak payah asingkan krim oreo tu. Masuk dalam freezer bahagian beku semalaman tau. Kalau agak tak sabar sangat ngap je terus. Macam askrim sedap gila!

Sebenarnya ikut resepi asal letak 1 tin susu pekat. Aku letak 3/4 tin pun dah terlebih manis. Dah la aku guna oreo yang double stuff. Aku rasa better kurangkan sikit lagi susu pekat tu melainkan korang suka manis, pandai-pandai la adjust sendiri.


Yang ni special untuk aku sorang.hehe..Aku dah brilliant asingkan sedikit cream cheeskut masuk dalam bekas nipis ni. Aku pecahkan oreo untuk base, letak keju slices yang dipotong dan tabur susu tepung untuk topping. End of the story, rasa tak puas sangat makan, macam nak ulang buat banyak kali lagi sampai tekak tak boleh terima. Padan je kedai berdekatan takde jual cream cheese, kalau tak gemuk la kau PK.hakhak..