Kisah shopping raya kena tempek gak baru meriah. Tahun ni bersederhana sangat apa pun tak beli. Belikan kasut raya anak-anak dan tudung raya ibu je. Nasib baju aku, baju melayu en suami dan Aryan dah hantar tailor awal, kalau tak recycle je la apa baju yang ada. Ekonomi teruk plus roadtax insurance nak renew, sebelum raya kereta buat hal lagi, so bertabahlah ibu baju raya sepasang je, tudung raya 3 helai, tu pun RM 10. Hahaha
Afia ikut Kak Na shopping raya Penang
Dua hari sebelum raya Kak Na ajak lukis inai, kemain melaram la dia.
Selagi tak raya sambung shopping uptown pulak. Sempat la dia paw Kak Na beg raya pastu Kak Na bagi lipstik pulak mulut merah melaram sakan beraya.
Wefie sebelum shopping
Mulanya kami ke Amanjaya Mall tapi takda apa menarik terus ke Parkson beli kasut raya. Pastu beli baju raya Afia dan tudung ibu dekat Tesco.
Layan budak-budak ni main game, janji tak mintak ibu tukar token sudah. Haha
Ehh tudung raya ibu 4 helai la. Lupa plak ada beli online sedondon HK dengan Kak Pia. Hahaha
Untuk Aiman dan abah tak beli pun baju raya casual, kain pelikat pun tak sempat nak beli dah abah depa busy sangat kerja, pakai je yang lama.kiki
3 comments:
Amboiii Afia, comelnya..
Lama tak tengok, besar dah dia
Kita pun tak buat persiapan apa untuk raya, cuma sempat lari ke Jakel tengah malam mencari baju...hahaha
comel sangat afia tu,
saya pun takde yang baru sangat, tudung semua yang lama2 juga cuma baju la beli. ada tragedi juga sebelum raya tu yg buatkan kena cut bajet
Post a Comment