Pixajoy

Saturday, June 15, 2019

Home » 1 Syawal 2019

1 Syawal 2019



Duty pagi raya pertama. Hampir 13 tahun perkhidmatan, dah biasa raya sendiri tanpa keluarga, raya menghadap jam, tak dapat balik raya, raya diperantauan, setakat duty pagi raya kampung dekat apalah sangat. Lepas keja pecut balik kampung.

Pagi raya kita pose kat pejabat.  Kak Pia lipstik merah menyala tenggelam ibu.. Yang Aryan sibuk nak menempek dimana-mana ja tapi bila suruh pose buat derk. Aiman pulak tak suka bergambar jenuh paksa. Ibu depa ja pulun selfie wefie. hahaha















Orang habis solat raya baru dapat bergambar satu famili tu pun takda orang yang boleh tolong snapkan, sedih tak. Huhu



Habis duty petangnya terus bertolak balik Alor Setar. Dapat pusing dua buah rumah bapa saudara En suami ja. Raya pertama mak tok dengan acik depa masak rendang ayam, daging balckpepper dengan mee kuah. Sampai sana balun dulu ketupat dan mee kuah pastu baru keluar beraya.

Cousin = Damia

Geng Hello Kitty

Kat rumah Pak Ngah ada nasi beriani dan tosei.  Aku makan tosei ja dah kenyang makan kat rumah mak tadi. Dok sekejap anak-anak Pak Ngah pakat balik, meriah beraya penuh rumah. 


Destinasi kedua rumah Pak Tam. Kat sini depa jamu nasi daging tapi aku tak makan dah full tank. Afia dia suka kerepek pedas tu la dia tekun habiskan sebalang. 

 


Raya kedua duty petang. Raya ketiga duty malam, Balik kerja raya ke 4 tu kami balik Penang. Nanti sambung kisah raya Penang.