Cuti kali ni berpeluang ke Langkawi sekali lagi. Nanti cerita detail percutian Langkawi. Entry kali ni nak story pasal dua tempat shopping yang best kat Langkawi. Aku kira kalau mai Langkawi ni antara tempat wajib buat peminat gamat dan herba.
Nusantara Maju Enterprise dikenali sebagai kilang gamat terbesar di Langkawi. Dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, kecuali hari minggu tutup pukul 7 petang. Kat sini boleh shopping macam - macam produk berasaskan gamat. Jom tengok antara picture yang sempat aku snap.
Aryan tu baca doa apa dik oii
Minyak gamat, balm, air gamat, minyak panas, sabun, bedak segala mak nenek gamat ada kat sini.
En suami beli air gamat sebotol, minyak gamat sedozen dan 3 botol balm. Total lost RM 30 sahaja.
Melalui apa yang aku baca kat sini ada taman mini yang pamerkan pelbagai tumbuhan herba yang digunakan dalam proses produk gamat.
Herba herba yang dipamerkan. Sebelah ni disediakan air gamat asli buat pengunjung rasa dengan percuma. Tak ingat pulak aku snap dok kalut kejar Aryan.
Sebelah cafe pun ada pameran herba-herba.
Sampai kat cafe dok ligan Aryan ni aktif kemain.
Katanya pengunjung dapat juga merasa celup jari dekat rumah kawah waktu proses gamat yang tengah mendidih. Majisnya jari tak melecur cuma rasa sedikit panas, bukti keajaiban semulajadi gamat yang boleh sembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah. Kami cuma tinjau kawasan depan pastu shopping sikit. Kalau tau ada rumah kawah ni dari awal nak juga rasa pengalaman celup jari.
Sampai kat Rambo Care aku tak turun pun, tunggu dalam van je. Kat sini tempat popular borong terapi resdung herbanika. Selain bagus untuk resdung, terapi bau ni mujarab juga untuk sakit kepala, selsema dan melapangkan pernafasan.
Even dalam van sempat ok snap papan tandanya.hihi
Tu yang depan sekali tu penutup botol hijau paling sedap bau.
Aryan cukup suka bau herba dia sampai bergenang air mata dok sedut. Sorang-sorang dia pass botol kehidung kita suruh sedut bau. Bila ambil ja botol ni melalak sakan.haha
Nak borong by post pun boleh tau. Boleh klik SINI
0 comments:
Post a Comment