Pixajoy

Thursday, April 28, 2016

Home » Resepi Murtabak Biskut Yummy!

Resepi Murtabak Biskut Yummy!



Ni bila ntah berapa minggu dah kot hehe Aiman dan abah pergi stadium tengok bola, tinggallah ibu berdua dengan Afia. Dok fikir la kan apa benda nak makan. Berbekalkan apa bahan yang ada kat dapur terhasillah menu ringkas murtabak biskut. Ingat lagi tak pizza roti menu kegemaran Aiman yang selalu menjadi menu terdesak bila tahap malas berada dipuncak, murtabak ni kira modified dari menu asal pizza roti tu la.

Sedikit ilham yang Allah bagi ni aku share kat sini. Kalau tetiba teringin nak makan murtabak, boleh la cuba resepi ni tau. Tak menahan tu ilham bagai.hahaha..


Resepi Murtabak Biskut

Tumis bawang kemudian masukkan kentang yang didadu + udang/ayam/daging ikut selera kemudian boleh tambah hirisan bawang besar or cili padi kalau suka pedas. Masukkan serbuk kari, perasakan dengan garam, ketepikan. Biskut 4 segi pecahkan dalam telur + bahan tadi pastu goreng macam murtabak aka telur dadar. Siap sedia dimakan dengan sos atau kuah murtabak.

Kentang tu ikut suka kalau rajin rebus dulu. Aku masuk terus je dalam kuali pastu masukkan air, masak sampai air kering atau kentang lembut baru masukkan sumber protein. Yang aku buat kat atas tu guna udang kecik sahaja. Nak tambah sosej ke apa benda suka hati la kan. Kita yang buat dia. Sukatan macam biasa main campak baling ikut suka. Yang penting telur tu kena lebih la. 

Please try this, Insyaallah tak menyesal, tak perlu uli tepung pun boleh makan murtabak kan.












16 comments:

lieyalatif said... Best Blogger Tips

ehh serius menarik...lieya dah snap cara2 die...nak try le...bahan2 plak mmg yg ade jek dlm esbok tuh..... dpt bygkan lemak2 rase die sebab guna biskut cream creaker tuh....

Kak Vit said... Best Blogger Tips

simple sajer ni.. memang nak try.. tq for the recipes

Dilah said... Best Blogger Tips

wahh.. nampak sedap la murtabak biskut ni.. senang pulak tu.. nak try la nanti .. thanks sis share resepi ni..sy follow sis ye...

jemput singgah http://ceriteraibu.blogspot.sg/

Raihanah Ahmad said... Best Blogger Tips

menariknya, boleh cuba nanti

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Betul jugakan... dah tak payah buang masa uli tepung sebab dah guna biskut.
Cepat, padat, sedap:)

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Ada idea juga ni... kalu biskut gantikan ngn roti boleh?

PetakBunga said... Best Blogger Tips

bnyak kali dah save resipi pk.
buatnya idop...

Qhaifa Nur said... Best Blogger Tips

nampk senang..sesekali ubah citarasa sedapnya
suka idea nihh

babYpose said... Best Blogger Tips

Mudah sebab bahan sedia ada, selera kedai dapat buat kat umah tu tip top PK.

eima said... Best Blogger Tips

AWATLA CHEK NI KREATIF SGT ..MCM2 IDEA NO ...
MCM BESH JE .... TAK YANG NK ULI DOH ROTI CANAI KLU TERINI NK MKN MUTRTABAK KAN

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Bagus idea orang mengandung ni. Memang senang betul. Part-part uli menguli tu macam lecehlah sebab itulah kita jarang buat. Ni dah bagi resepi paling mudah dalam dunia, insyaAllah kalau takda makanan, takdalah sampai kebulur perut hingga tertidur!

OKje said... Best Blogger Tips

Wahhhh.....mmg tak menahan bila ilham Mak Buyung datang tau hihi....
Confirm anak dlm perut tu pompuan sebab mak dia rajin melampau ni hihi...

Kayu Manis said... Best Blogger Tips

Yg penting rajin..air tgn mak2 ni semua pun sdpppp

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

biskut?
hmmm aida x pernah buat.
hmmm mcm menarik.
selalu nyer kat umah aida buat cicah air milo :)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

leh try buat kt rania lah nti
stok sekut kering tu ade kot. jap nk tgk. tenkiu pk share

LYAfrina said... Best Blogger Tips

nmpk sedapppp