Pixajoy

Wednesday, April 13, 2016

Home » Listing Kelengkapan Beg Ke Hospital, Ibu dan Baby!

Listing Kelengkapan Beg Ke Hospital, Ibu dan Baby!



Gabra dak wey..dah masuk 30 week ni. Sepatutnya beg bersalin ibu dan baby kena prepare seawal 28 week, masukkan dalam kereta siap-siap, sebab kita mana nak tau kot-kot baby dah tak sabaq sangat nak lihat dunia. Saat kecemasan tak la kalut baru nak siap sedia semua benda. Tapi mintak-mintak jangan la keluar awal sangat baby kan.

Aku siapkan dua beg, 1 untuk baby dan 1 lagi untuk ibu. Dua-dua beg pun aku tak masukkan dalam kereta. Siap sedia je kat rumah sebab aku tak pernah lagi menjauh dari rumah. Setakat rumah dengan office yang sekangkang kera tu sempat kot balik ambil barang. Hospital pun dekat. Kalau nak terberanak pun takkan la macam dalam drama melayu tu, tetiba je kau boleh jerit sakit macam dah jalan bukak 10cm nak terus teran. Kontraksi dan tanda awal mesti ada. Lagipun macam tak secure je beg berpanas dalam bonet kereta. Baik punya alasan.hehe


Ok listing yang aku buat ni ikut cara aku la. Ini untuk yang bersalin hospital kerajaan. Kalau swasta tu aku tak pasti, tapi basically setiap orang lebih kurang sama je kot benda yang perlu bawa dalam beg hospital. 

Barang yang perlu bawa ke bilik bersalin - yang ni aku isi dalam plastik asingkan.
  • Baju newborn baby lengan panjang (seluar tak perlu)
  • sekeping newborn diapers baby
  • sehelai lampin baby 
  • sehelai bedung / blanket baby
  • maternity pad yang jenis bertali

Listing Kelengkapan Ibu
  • Buku merah dan IC (yang ni pergi mana pun kena bawa kan. Paling penting kena bagi masa lapor diri di bilik bersalin). 
  • Maternity pad ( yang bertali tu pakai lepas bersalin je pastu dah masuk wad aku selesa pakai yang jenis peleket. Aku bawa yang 20 pcs tu terus sebab kerap salin. Biasanya kalau 2 hari kat hospital 10 pcs takut tak cukup.hehe)
  • Disposable panties ( nak pakai pad pelekat mesti ada ni. Senang kan lepas pakai terus buang tak gaduh nak bawak balik basuh)
  • Stokin tebal 2-3 pasang ( wajib pakai sepanjang dok wad supaya angin tak masuk, buka masa nak ke toilet je tau) 
  • Tuala mandi dan toiletaries ( sabun, ubat gigi, berus gigi, shampoo pastu pencuci muka kena la ada untuk bersihkan diri)
  • Sehelai kain batik, baju sesuai untuk keluar wad, tudung instant dan baju sejuk ( kalau nak blouse ke dress lawa-lawa terpulang, aku selesa dengan kain batik dan t-shirt je untuk keluar wad, barulah kampung haha. Baju sejuk bawak in case tak tahan sejuk air cond kuat bolehlah pakai)
  • Nursing bra 2 helai dan Disposable breast pad ( Kat hospital biasanya aku tak pakai bra, senang nak menyusu.hehe kasi tutup je dada dengan tudung.Tapi bawa je la dua pasang bra kot perlu pakai. Nak keluar wad pastikan pakai bra tau. Jangan dok buat nyanyuk.hahaha. Breast pad wajib bagi aku, biasanya susu memang banyak, Alhamdulillah)
  • Selipar ( pakai dalam wad, nak pergi toilet ke apa takkan nak pakai sandel lawa2 tu kan)
  • Minyak herbanika NR ( ni untuk sapu kat kepala, badan dan kaki supaya selesa dan tak mudah masuk angin. Kalau rajin tu boleh je letak kat luka jahit or pada pad untuk keselesaan. Tapi aku tak rajin kot nak buat kat hospital. Balik rumah nanti la..)
  • Termos, pinggan, cawan, sudu, tisu kelengkapan di wad pastu biskut kering, milo ke susu wajib bawak. Lepas bersalin lapaq gila ok.hehe)

Listing Kelengkapan Baby
  • Diapers ( aku bawa 20 keping lebih dari cukup kot. Tak mau la berlama kat hospital)
  • Wet tissue 1 plastik besar ( senang nak basuh kencing berak baby la apa lagi, untuk lap benda tumpah ke apa berguna jugak)
  • Baju baby 3 helai, mitten dan booties 3 pasang ( cukup la untuk sehari dua kat hospital, kalau tak cukup nanti minta en suami bawakan)
  • Tuala mandi sehelai
  • Tuala kecik 2 helai ( untuk lap mulut baby lepas menyusu)
  • Selimut bertopi ( guna kalau sejuk kat hospital dan masa nak keluar wad)
  • Lampin 2 helai 
  • Bedung 2 helai 
  • Barut 3 helai ( pengalaman sebelum ni tak pernah pakaikan masa baby kat hospital, seriau dengan tali pusat belum tanggal..tapi bawa je untuk kecemasan)
  • Toiletaries, minyak telon, bedak untuk grooming semua tu ( Beli yg tryer pack je. Biasanya toiletaries tu tak guna pun. Newborn baby mandi dengan air tanpa bahan kimia tu yang sebaiknya, tapi aku bawa je.huhu)

Tu je la kot. Kalau perlu tambah apa-apa minta je en suami bawakan. Hospital dengan rumah tak la jauh mana.





13 comments:

monalea said... Best Blogger Tips

harap dipermudahkan semuanya....

Kamsiah yusoff said... Best Blogger Tips

semoga dipermudahkan..ya Allah akak pulak yg takut...

eima said... Best Blogger Tips

semoga dipermudahkan .. aku yg baca ni plak seriau hehehe
org dah lama tak beranak kecik .. lain mcm sikit perasaan aku ni ...
inshaaAllah semua akan selamat nanti ... tak sabar nk tgu baby kecik

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Waah... banyaknya nak dibawa ke hospital!
Kakak dulu tak ada pun ini semua
Kalau dulu hospital swasta bawa kain batik dgn baju aje (tak kiralah mak ke baby). Semua nanti dia bagi tapi masuk dlm bill biasalah.

Unknown said... Best Blogger Tips

wahhh..bestnya dah masuk 3 yer... semoga dipermudahkan bersalin nanti ye...

Raihanah Ahmad said... Best Blogger Tips

bagus list ni. setiap kali nak beranak mesti cari list ni

Hsna Rahman said... Best Blogger Tips

huthut....da nampak brg baby yg comel2...moga dipermudahkan segala urusan akak PK..Insyaallah!

♥ aiNa yaZiD ♥ said... Best Blogger Tips

comel nya brg brg baby.. hehe semoga di permudahkan urusan kak.. =D

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

ee.. tak sabarya nk tgk adik baby..
x kama dh tu..pk bersalin spital mana ? sultan abdul halim atau yg dlm pekan tu.. ??

Unknown said... Best Blogger Tips

Semoga semua urusan dipermudahkan.. insyaAllah.. mcm bby boy je bkal lahir.. hehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kira dah bersiap sedia jugalah walaupun beg tinggal kat rumah aje. Jenis tak panik macam PK okeylah. Kalau jenis panik macam saya lagi haru-biru.

Tapikan kita lagi best, dua-dua anak tak prepare pun beg. Kali pertama sebab sebulan awal, tak tahu menda pun. Pergi hospital lenggang kangkung walaupun tau air ketuban dah pecah. Lagi pun 10 tahun dulu bukan macam sekarang semua ilmu ada dalam internet. My sister balik rumah ambil barang semua masuk beg.

Kali kedua pun sama juga. Bawa juga beg tapi ada aje terlupa itu, ini. Biasalah dah namanya kalut. Organize macamana pun tetap tak terorganize bila last minute!

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

wow da dekat ekk nak bersalin?
ok ok bertenang....
moga dipermudahkan ekk.
wow best nyer time prepare brg utk baby. i like :)
semangat nyer lain. happy...

Nik farhana izni said... Best Blogger Tips

Dah anak ketiga..nota sendiri hilang mana tah. Bagus lah blog ni sebagai rujukan semula anak no 3..malas nk pk and perah otak nk senaraikan balik brg ke hospital (esp hospital kerajaan). Terima kasih.