Pages

Sunday, September 11, 2016

Checkup Aryan Nufael 2 Bulan



Entry tertunggak ni. Lemau betul la nak update blog. Dah tak berapa berahi dengan menulis. Ada banyak juga benda nak story, tapi kuota internet mencemburui.hahaha..

Berbalik pada kisah check up Aryan 2 bulan pada 26 Ogos tempohari, kali ni nangis meraung juga kena cucuk. Berat Aryan naik banyak wo..dari 4.81kg now dah 6.33kg.



Umur 2 bulan dah pandai berbalas senyum, pandai sembang pandai berleter. Hobi hisap jari diteruskan.hihi..


Sekarang kami kat kampung Nibong Tebal. Dua minggu berturut balik sini. Minggu lepas nikahnya pak ndak bebudak ni. Minggu ni Acu Ain pulak. Terus raya haji kat sini la. 

Dikesempatan yang ada aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban buat semua. Makan daging lembu berpada ok, jangan sampai kolestrol naik, bp tinggi sudah.




5 comments:

  1. Comelnya dia..Selamat Hari Raya Korban, PK

    ReplyDelete
  2. Semoga Aryan sentiasa sihat dan ceria.

    Salam Aidiladha.

    ReplyDelete
  3. Comeinya baby Aryan... kemain cepat berat badan dia naik yea... memang susu terbaik dari ladanglah ni.. hehehhe

    Salam Aidiladha PK...

    ReplyDelete
  4. Tak sempat lagi makan daging korban PK....yelah balik Raya hari tu terus sambung berjalan....

    Alolo bulatnya muka dak comel ni...geram nengoknya PK

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!