Pages

Friday, August 19, 2016

Resepi Kek Marble Susu Gebu Sedap



Lepas habis pantang dengan pantas dah mula projek membaking. Walaupun risau badan tak susut, makan tetap makan.haha..Dua kali dah buat kek coklat, kejap je habis, anak-anak suka. Ni buat kek marble pertama kali jadi gebu sedap elok nak jugak la masuk blog. Sebelum ni buat tak berapa nak menjadi. Silap resepi kot.hihi.. 


Resepi Kek Marble Susu

Putar 1 cawan marjerin/butter + 1 cawan gula kastor ( kurangkan sedikit kalau tak suka manis) hingga kembang. Masukkan satu persatu 3 biji telur, putar lagi sampai kembang pastu masuk 1 sudu kecil esen vanila + 2 senduk susu pekat. Dah sebati boleh masuk 2 cawan tepung gandum + 1 sudu besar baking powder yang di ayak, kaup balikkan, boh warna tuang secara berselang seli dan bakar sampai masak.

Dulu masa kecik tiap kali raya aruah mak mesti buat kek marble. Lagi sebijik adunan sama versi tak marble buat yang kosong tak letak kaler. Zaman tu bakaq kek api atas bawah pakai sabut kelapa. Kenangan itu indah.





19 comments:

  1. pebret kek gini
    mak saya pon suke kek gni berbanding yang ade aising tu

    ReplyDelete
  2. Sedap! Siqah suka makan tapi x suka buat. Hee. Takde pemutar pun kat rumah.. Hee

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat penuh barokah.. semoga Allah memberkati setiap usahamu.. tq for the nice sharing recipe here.. :)

    ReplyDelete
  4. hui dap nya kak PK. Tq share resepi.. boleh aina cuba nnti (^^,)
    Prefer cake gini dr yang ber cream.. beregu dgn teh panas pun sodap. kan kak. =)

    ReplyDelete
  5. Nampak gebunya...ank2 pasti suka tu yg bersemangat nk membaking lepas pantang

    ReplyDelete
  6. Lepas ni boleh try kek marble ni pulak PK
    Dulu2 mmg famous amos kek ni
    Skrg dah famous semula besttt lembut dan gebus

    ReplyDelete
  7. Memang rajinla Muni ni. Habis pantang boleh pulak bersilat di dapur membaking. Terliur pulak tengok. Hehe...

    ReplyDelete
  8. Salam PK ^_^

    Lama tak mai sini becoz I is sibuk 'shooting' ^_^ Shooting the star gitu. Hahaha!

    La, dah habis pantang ke? Baru nak wish selamat berpantang tau. Dah ketinggalan keretapilah saya ni yerk!

    Arwah abang saya suka kek marble ni tau. Kalau raya, emak mesti buat kek ni. Kalau tak raya sekali pun dan abang balik kampung, mak akan buat juga sebab anak kesayangannya nak balik kampung!

    ReplyDelete
  9. teringin pulak nak buat untuk anak2

    ReplyDelete
  10. Macam teringin pulak nak buat kek marble ni PK. Kegebuan tu buat mak teruja weyh. Yelah ...walaupun tak tentu sapa yang makan hihi...

    I buku butter tu agaknya sama dgn 1 cawan tak?

    ReplyDelete
  11. Adehhh...terliur tau menengoknya..yummy :p

    ReplyDelete
  12. Cantek jer ... menjadi lah tu...pasti rasanyer pun sedap..

    ReplyDelete
  13. Singgah tengahari sini. Senyap je....bizi ek

    ReplyDelete
  14. Salam singgah bila ada kelapangan hari ini.Moga sihat2 selalu yer. KA pun suka kek marble ni. tapi suka buat banyakkkkkkkkk kaler he3

    ReplyDelete
  15. baca macam senang je resepinya ....tapi kalau buat ni belum tentu jadi..hihihi

    ReplyDelete
  16. kakkkkkkkkkk.. nie kek feveret e'in nie.. hihi.. suke buat hangus2 sikit.. lg sedap.. :p

    ReplyDelete
  17. Sedapnya nampak.... nanti boleh try la... oven kami lama dah tak nyala... hahahah

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!