Pages
▼
Friday, April 29, 2016
Suntikan Heparin Lepas Bersalin
Selagi tak bersalin hadap je la kisah ilmiah mengandung bersalin dari aku. Dah beranak nanti hadap pulak cerita dan gambar baby tak sudah.hahaha...
Ok pernah dengar tak lepas bersalin kena cucuk? Cucuknya ni dua kali sehari selama 10 hari pulak tu. Inilah yang dinamakan suntikan heparin. Uish masa mula-mula dengaq terkejut juga...sedangkan kena buat bsp pun dah terasa semacam satu bencana. Yang heparin dah tentu lebih sakit, sahih lebam la bahu. huhu
Dalam istilah perubatan susah pulak aku nak menerangkan pasal heparin, cukup kot kita faham yang heparin ni ubat untuk cair darah, untuk mencegah dan mengatasi pembekuan darah. Menurut kata kawan aku (jururawat) heparin lepas bersalin diwajibkan bagi yang melahirkan secara pembedahan, tapi ada juga kes tertentu bersalin normal, contohnya ibu obesiti dan high blood pressure juga diberikan heparin oleh doktor.
Bila aku google rupanya kes yang bersalin anak ketiga dan keatas serta umur yang lanjut pun kena heparin. Pendek kata apa saja golongan yang berisiko mengalami darah beku lepas bersalin kena la kan. Jangan buat main-main boleh bawa maut wo kes pembekuan darah ni.
Katanya heparin ada dua jenis, 1 yang ada unsur khinzir dan 1 lagi bebas khinzir. Yang ada unsur khinzir ni dos yang diperlukan sekali sahaja sehari. Unsur khinzir diharuskan dalam perubatan, so pilihan kat tangan kita. Ambik yang takda unsur khinzir la ye..takda beza sangat kena cucuk jugak bukan boleh lari.
Doa la moga aku tak kena. Kalau ikutkan faktor yang aku nyatakan ka atas, Insyaallah aku bebas heparin. Tapi kalau kena pun redha je la. Macam aku selalu cakap, dah keluaq seketui (baby) lega dah la..pastu apa nak kena pun lantak.haha..
betul tu..darah beku boleh bawa maut
ReplyDeleteSalam Jumaat, info menarik ni tq share walau KA dh pencen beranak skang ni he3
ReplyDeleteOh, yang bersalin secara pembedahan pun kena suntikan ni ke, PK? Tapi tak ingat pun saya kena ambil suntikan ni masa bersalinkan Adik Cute.
ReplyDeleteHarap-harap PK tak perlulah menatap suntikan ni. Lama pulak tu 10 hari. Dari pilih ada unsur khinzir, lebih baik pilih yang bebas unsur khinzirkan. Sakit kena inject sama aje rasanya.
Baru jugak kot kuatkuasa..masa adik cute belum kena lg agaknya MD
Deleteaida pun ada baca pasal ni tau.
ReplyDeletesib baik aida x kena la. lgpun, ni baru kot.
dedulu tak pernah dgr kena enjet ni.
pe pun. harap PK selamat melahirkan ekk..
ni nak ckp :) yg forest city tu aida gi jalan2 aje.
bukan keje situ or company buat forest city tu hi hi hi...
aida org gomen aje.
ye ke bru tahu ni
ReplyDeletenice sharing pk
xlist kalau nti nti nurse sebut babb ni blh la minta pilihan, kan ? dripada nurse tnya terus angguk je apa pon tak tau.. huhuhu
tula dgr biras ckp ..kena cucuk sendri seriaunye...
ReplyDeleteyg pure white tu xyah ade kad pun xpe...klu ade kad diorg tranfer point klu x die bg trial cc cream atau day night cream
kite memang tak pernah tau..sebab tak pernah lalui lagi pengalaman mengandung ni
ReplyDeleteOhhh baru tau pasal heparin ni PK.....mak dulu tiga tiga ceaser kotnya dah kena suntik kot dgn heparin ni. Lantaklah weyh dah 13tahun lepas hihi...
ReplyDeletebaru tahu pasal ni..maklumlah dah lama bersara dlm bidang pregnen ni..he3x...
ReplyDeletersanya time lya dulu pnh gna ubat ni.utk cair drh beku..tptime tu lya xleh elak dr y ada unsur khinzir..sbb msa tu tu j pilihan y ada utk selamatkn keadaan lya,.. tp ubt tu dr jerman x silap.. sebotol sehari selama 2 mgu x silap.. tp dia buat penuh prosedur la.. n siap jab agama dtg bg pnerangan bkaitan ubt ni dgn perubatan islam..utk myakinkan kt..harus kalau utk slamatkan nyawa..
ReplyDeletetak pernah tahu pula pasal ni, tq info
ReplyDelete