Mula dibuka pada 11.9.2015, aku baru je tahu beberapa hari ni. Ni pun opismate yang bagi info. Bas je dah bertahun tak naik kan..Takat ETS tu tahulah, yang komuter ni tobat tak tau.
Aku punya teruja tahu yang SP pun ada perkhidmatan komuter, dan dan google cari maklumat terus wasap jadual perjalanan ke en suami. Bukan apa, dah berhasrat nak bawa anaknda berdua rasai pengalaman naik komuter. Nak tunggu abah depa bawak pi KL tu taktau bila la kan.hehe..
Aiman kira bertuah juga masa dok Johor dulu dia dah pernah rasai pengalaman naik bas, keretapi, komuter dan lrt. Tu pun mungkin dia dah lupa sebab masa tu kecik lagi. Yang Afia ni je kalau tak bawa memang tak merasa kot. Naik bas je tak pernah.huhu..
Perkhidmatan ni aku rasa antara pilihan yang sangat efisyen buat yang berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Harga pun berganda murah dari bas. Yang penting no traffic jam. Boleh relex lagi dalam train baca buku bukak facebook update blog sapa takmau.
Harga tiket Sungai Petani ke Butterworth baru RM 3.60. Warga emas dan kanak-kanak bawah 4 tahun less 50%. Murah sangat kan..Nanti ibu abah bawa Aiman Afia naik komuter ya! Lagi best sebenarnya kalau plan terus jalan-jalan naik feri naik bas ke Penang mengimbau kenangan zaman ibu abah bercinta.hehe
Jom kita pakat naik!