Malam tersebut ibu tengah masak kat dapur, abang Aiman tengah mandi, rupanya Afia bersensory play kat ruang tamu. Dia pi godeh bubur asyura pakai tangan habis kotor karpet. Pastu bila ibu pi tengok, dengan muka tak bersalah datang tunjuk tangan. Tak jadi nak marah bila fikir yang Afia lagi brilliant buat aktiviti merangsang deria sentuhan tanpa disuruh.haha..
Ok iklan je tu. Mari cerita pasal eksperimen yang ibu buat bersama anaknda berdua. Ni bahan yang digunakan.
Untuk deria rasa ibu guna gula, garam, serbuk koko dan limau kasturi. Aksi Afia bila bereskperimen dengan 4 rasa ni.
Gula - Suka la kan manis..sebelum ni dia memang dah biasa dengan rasa manis. Siap minta lagi dan lagi.
Garam - Menggelupur masin ok, dia ingat yang garam ni gula.haha Pertama kali bagi Afia rasa the real salt. Baru dia tau masin tu apa kan.
Limau - Afia tahu macam mana rasa masam of course sebab selalu minta rasa air detox ibu. Ni pun punya mengada buat aksi guling-guling konon masam sangat.
Serbuk koko - Afia rasa dan buat aksi nak muntah. Cepat-cepat ibu bagi air. Pastu kena explain ni rasanya pahit. Dia ingat sedap macam serbuk milo ke ambik rasa punya banyak.
Untuk deria bau boleh je guna apa benda berbau macam bunga, rempah ratus, makanan, buah-buahan dan sebagainya. Kali ni ibu pakai barang yang ada kat dapur, daun limau purut, cinnamon dan daun kari.
Afia punya kerja dia ambik titi pastu bagi titi sekali buat aktiviti merangsang deria. Daun limau purut letak kat hidung lion pastu limau pun dia perah air letak kat tangan titi, masuk dalam mulut titi sama macam ibu buat. Clever sangat kan. Abang pun rajin melayan. Lagi parah masa ibu dengan abang dok baca kisah nabi dia sambung buat aktiviti sensory play. Dua kali dah anak oii salin baju.huhu..
Apa pun kami happy dan enjoy buat aktiviti ni. Korang pun try la buat eksperimen camni dengan anak-anak. It must be so much fun more than you expect.
bagus nya eksperimen PK buat utk Afia ni.. hehehe..nak buat utk Pae jugak.. haha..
ReplyDeletetang tunjuk tangan penuh bubur tu mmg comell muka..tak jadi nk marah.. :)
ape yang afia buat ni silibus utk budak darjah 1...subjek DST ....
ReplyDeletebig clap utk ibu !!
hehehhe..
ReplyDeletexleh imagine time dia rasa serbuk koko tu.
nasib baik x masuk bnyak.
Satu aktiviti yg menarik kalau utk anak-anak seusia begini
ReplyDeleteBuat kakak dah berlalu sebab semuanya dah besar-panjang:)
Dulu masa budak budak baye Cik Pea, tak sempat mak nak bereksperimen cenggini PK...Darjah satu baru terangsang deria depa kot haha...
ReplyDeleteAktiviti menarik bersama anak2...pasti mereka enjoy belajar sambil bermain...
ReplyDeletecomelnya ikat rambut tu..
ReplyDeleteamboi abg aimann kemain dia hidu. hilhiks
ni yg x sabar ni pk..
ciksue untuk rania pun dh boleh buat aktiviti ni..
Deletextvt y sgt bgus utk ransangan...
ReplyDeletenanti darjah 1 belajar jugak ni.. subjek Dunia Sains & Teknologi
Aktiviti yg cukup menarik ni pk.. kalau kat rumah kami sesekali bg peluang, bukan kata 2 kali kena tukar baju, satu ruang kena mop kena sental.. jadi bagi budak2 pakai spender je..
ReplyDeleteBagus juga ya eskperimen macam ni. Tak terfikirlah pulak nak buat untuk kedua-dua anakanda tersayang katanya. Baguslah Afia ada ibu yang cukup prihatin dalam hal mendidik anak-anak sejak kecil lagi ni.
ReplyDelete