Deria sentuhan melibatkan organ badan kita yang terbesar iaitu kulit. Pernah dengar tak sensory play? Hari ni biar aku cerita pasal deria sentuhan dulu ok. Sejak dari baby kita dah boleh mula letakkan beras, oat atau cereals dalam bekas pastu campak anak kita bagi main dalam tu. Benda makan kalau anak nak telan ke masuk mulut takda hal la kan. Banyak lagi aktiviti boleh google ye.
Sensory play macam ni bagus untuk merangsang deria anak dan kenalkan depa kepada macam-macam tekstur yang ada kat muka bumi ni. Dulu-dulu ibu macam tak berapa cukup kesedaran tentang sensory play ni semua. Tapi bila dikaji antara sedar dan tidak, ibu memang ada dedahkan Aiman Afia dengan rangsangan deria sentuhan melalui alam sekitar.
Bukan tak pernah ibu bawa Afia pijak rumput tanpa selipar bila ke taman, kita pernah kan ke playground main kejar dan tangkap bubbles, golek-golek atas pasir pantai..Ni semua antara aktiviti yang bagus rupanya untuk merangsang deria sentuhan anak.
Penting kita dedahkan anak dengan pelbagai tekstur dan permukaan seperti keras dan lembut, panas dan sejuk, licin dan kesat, kering dan basah, tajam dan tumpul sejak anak baby. Ala masa sekolah dulu pun kita ada belajar yang deria, saraf dan otak saling berhubungkait. Deria yang menentukan penyampaian mesej ke otak. So kalau nak anak bijak kenalah gigih buat aktiviti rangsangan macam kat bawah ni. Ini contoh..hakhak..
Aktiviti yang biasa orang buat ialah mencari fur ball or beads. Ibu ni kan ke kreatif tak ingat, pulun campak segala mak nenek dalam beras lalu menamakan aktiviti ini sebagai mencari harta karun dalam beras. Haha sukahati ja aku bagi nama.
Ibu letak manik pelbagai bentuk, saiz dan warna, sharpener, penutup botol dan sudu.
Cari dan keluarkan semua Cik Pia ye
Kejap dia korek guna sudu kejap dia korek pakai tangan.
Awat la cantik sangat gaya duduk tu anak dara oii.
Nah seluk lagi tangan cari barang.
Dah habis cari Afia sibuk pula dok angkut beras pakai sudu masuk bekas apam. Mulanya dia guna sudu kecik..bila dah sedar yang kecik tu sikit kuantiti beras boleh masuk, terus dia tukar guna sudu besar. Yey bijak pulak anak ibu bezakan antara banyak dan sikit..cepat dan lambat.
Dah main masak-masak pulak
Abang Aiman pun cik pia serve.hehe
Sambil bermain anak boleh belajar banyak benda. Afia punya suka sampai tak nak stop main beras. Ibu kemas dia melalak nak main lagi. Malam tu tidur dengar dia mengigau sebut..ibu..nak men..ibu nak men.hahaha..
Pagi esoknya bangun je mintak nak main beras lagi. Benda ni lebih fun and excited daripada mainan beli. Benar kata orang yang kita tak perlu pun mainan mahal untuk buatkan anak happy, yang penting kualiti time bila kita bersama.
Perlahan-perlahan ibu akan plan aktiviti merangsang deria-deria lain bersama anaknda berdua. Will update and sharing here soon.
Baik utk anak yg sedang membesar ni PK..
ReplyDeleteTengok Afia pun boleh fikir guna yg .mana utk dpt lebih byk kan..
kan..
ReplyDeletesetakat ni dah ajar rania dgn rumput, sejuk panas. pasir belum la..
beras rania ambil sendiri dlm tong beras hikhikhik
tenkiu pk
sama dgn cucu kaknoor ni suka main benda kecik2 mcm ni sudu kecik pendekata apa2 yg kecik semua dia punya PK
ReplyDeletebyk cara boleh kita buat...hubby yg kedepan bab gini..
ReplyDeleteMasa tgk di ig hari tu dah rasa teringin nk buat utk nazif.. tp dh besar orangnya tu.. haha.. takpe.. nati saya try buat dulu tgk cemana respons dia ni.. kalau ok apa salahnya kan.. macam rasa aktiviti ni baik sangat utk busak kecik
ReplyDeleteSeronok tgk dorang ni main..enjoyyyjee
ReplyDeletebagus sgt....
ReplyDeleteLagi banyak saya baca tentang aktiviti yang PK buat ni, lagi menyesal saya tau tak pernah buat dengan anak-anak. Kami kalau kata bonding time, main ajelah. Takdanya berilmiah sangat macam ni.
ReplyDeleteNi nak tanya, beras tu lepas tu masak ke? Hahaha!
boleh je kalau nak masak..takda salahnya basuh bersih2..boleh jugak kalerkan beras ni..klu nk simpan utk aktiiti sensory play seterusnya..
Delete