Dah selesai dengan Tiger Valley kami bergerak ke Tin Valley pula. Tempat ni membawa kita kembali meneroka bijih timah dah sejarahnya yang suatu masa dulu merupakan industri terpenting di Malaysia khususnya Ipoh.
Anak-anak sila bersedia posing buat masuk blog ye. Model sado ibu baik punya bagi kerjasama.
Cik pia tetiba good mood mau join Abang Aiman jadi model ibu.
Pintu masuk Tin Valley.
Tunggu apa lagi moh kite masuk!
Kat dalam ni kita akan jumpa sebuah kafe yang gila punya cool dibina dekat bukit ke gua ni ye. Confuse pulak, aku geografi memang fail.haha..Kalau sesiapa nak pekena secawan kopi sambil masuk galeri dia memang dialu-alukan. Kami yang kemut ni tak pasai la nak singgah. Ambik gambar sambil lalu sudah.hehe..
Banyak boleh belajar tentang sejarah bijih timah. Baca jangan tak baca. Ibu dah puas baca zaman sekolah dulu. Sebab tu Sejarah A1.haha...
Eh nampak berminat sungguh anak bujang dengan bijih timah. Good boy!
Ada banyak patung gajah yang menghiasi Tin Valley. Gajah-gajah ni semua menjadi simbol sistem pengangkutan terpenting dalam industri biji timah suatu masa dahulu.
Ibu dengan Aiman pulun panjat tangga naik atas gajah untuk bergambar. Sedihnya abah awak tak pro la Aiman, gambar serupa ni je mampu beliau snap.haha
Dah tu ada pulak gambar poyo beliau selfie. Tenggelam Aiman dengan ibu kat belakang.hakhak
Kita boleh juga rasai sendiri pengalaman mendulang bijih timah. Kalau dah siap pakai baju mandi mau gak la randuk dalam ayaq untuk bergambar. Ni pakai baju lawa kot. Aku snap gambar curi je la satu famili India tengah mendulang.hehe
Adventures Park terletak bersebelahan Tin Valley. Tempat ni sesuai untuk orang yang jiwanya lasak. Nak buat team building memang port paling sesuai. Kat hujung park siap ada tasik untuk berkayak.
Kami masuk kejap je tu pun sekerat jalan tengok mat saleh dok hiking tak jauh dari main entrance. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti kat bawah. Zoom pun belum tentu nampak.kiki
Masa pusing dengan train baru driver train bawak sampai ke hujung Adventure's Park. Sempat la aku snap bagai sekeping dua lagi gambar.
Lepas ni entry aktiviti berkubang di Waterpark. Yuhuu..Hadap je la update kisah di Lost World selagi tak habis.hehe..
jenuh juga kalau tawaf ni ye. nasib ada sediakan train. x la lenguh kaki ye dok.. hihijientry mandi manda yg dinantikan..
ReplyDeletepk, cntik la pic selfie abah aiman tu walaupon ibu dgn aiman tenggelam di blkg sana. tp nmpak cun dgn view bukit di blkg nun haaa.cuma nmpak jauh j pic ibu dgn aiman. so, kurang jelas di situ
Dah habis pusing smp lenguh kaki baru ronda 2nd round nek train ciksue.hahaha...
ReplyDeletewahh sonoknyer uoolss., hehe2
ReplyDeleteAla.. jeles tau korang dah pergi restoren dalam gua ni.. saya pernah ajk papa n ke sini dua tahun dulu tapi dia buat dek je.. kataya apa yg best sgt.. makan kat tempat lain sama jer.. alahai.. kang xleh pegi dah skrg sb xbalik tapah sudah skrg..
ReplyDeleteHahahahha gambar abah aiman selfie, tu memang kelakar... mmg tenggelam trs ibu dgn aiman... ahhahaha tapi ok la ada gak gambar buat gelak2...
ReplyDeleteAbahnya ni memang potong stim orang nak bergambar atas gajah tau! Dia pulak yang teruja nak berselfie! Kita nak tengok abang sado kecil, bukan bapa sado kepada abang sado!
ReplyDeleteWah, hebatlah PK gigih panjat tangga nak bergambar atas gajah! Saya ni bab-bab panjat memanjat (kih3x) memanglah tidak terdaya nak buat sekarang. Dah penat memanjat bukit bukau dan menuruni lurah berliku masa zaman muda dulu!