Serba salah nak story pasal Swan Lake ni sebab aku memang tak ada info tentang waktu operasi dan harga. Nak google pun malas, boleh camtu.haha..Sini macam aktiviti berkayak boleh naik benda bentuk swan comel. Kalau zoom gambar bawah ni boleh nampak swannya. Kami pandang dari jauh je masa lalu kawasan ni. Agaknya Swan Lake belum operasi.
Antara tarikan terpenting juga di Lost World, Tiger Valley.
Pukul 3 hingga pukul 4 petang kita boleh tengok tiger makan. Mulanya memang tak nak lepaskan peluang tengok show, tapi dah dok kalut, mai dengan penat hilang terus teruja. Masa feeding show kami dah baik punya berkubang dekat Waterpark.
Ni haa harimaunya. Ada dua ekor je kalau tak salah. Masa ni yang sekor lagi tengah lepak kat belakang so memang tak kelihatan dalam gambar. Jarak kita dengan tiger pun jauh.
Ada banyak gambar tiger yang di snap dalam gadget memasing tapi senua lebih kurang sama je kot. Aku main tempek apa adanya dah malas nak pilih, zoom dan edit.
Anak dara teruja tengok tiger. Wan memang kuat melayan dukung si bambam. Kawasan Lost World ni memang agak luas, nak terjah semua dalam masa yang singkat serius penat.
Dalam sangkar ada cat besar, kucing hutan ke namanya. Kucing kira macam spesis harimau gak kan.Auwwmmm...
Anak beranak khusyuk tengok cat.
Dekat kawasan sekitar ada lagi haiwan-haiwan comel yang suka ligan kita kat kampung masa kecik-kecik dulu. Aiman melaju nak tengok apa benda.
Afia pun teruja pi dekat. Jangan dekat sangat anak oii. Sekali dia patuk baru tau. Maktok dah warning dah suruh jauh dari sangkar.hihi
Jeng jeng ni ha cuba teka haiwan apakah ini.haha..
Sebenarnya tak daya dah nak explore habis pun kawasan. Ada banyak lagi haiwan baru perasan bila kami naik train pusing area sini. Ada tempat boleh naik kuda dan sebagainya. Kalau tak naik train sumpah tak tau.
Entry pasal Lost World of Tambun memang ada banyak part. Rugi kalau tak abadikan gambar yang ada, sekaligus guidlines pada yang belum pernah sampai sini. Sejujurnya aku memang dah cukup puas sekali pergi. Dalam masa terdekat mungkin tak jejak dah kot Lost World. Setakat nak bawak Aiman Afia mandi manda sampai kecut The Carnival Sungai Petani kan ada.hehe..
Sambung lagi. Lepas ni entry Tin Valley dan Adventure's Park pulak.
Ohhh....kalau mak dan family yg pegi mesti boringkan PK. Setakat nak tgk itik, angsa ni....hihi.....
ReplyDeleteDak besar Afia mmg suka tu.....
Tak boring ehh mak..tu baru kisah ngsa yg tak seberapa.mak tak baca entry sebelum n akan datang..macam2 ada dalam ni mak jilap oii.hehehe
Deleteblh tahan juga la besarnya ye..
ReplyDeleteangsa :)
hahahah.mmg suka kjar n patuk org..
day well spent with family kan ^^
ReplyDeleteWah.. ini memang baik punya plan. Sehari pergi boleh jelajah mcm2 tempat.. sesuai dan puas hati semua yang pergi.. terbaikla PK.. yang macam ni nazif pastila suka sangat. Dia memang pencinta nature setakat ni..
ReplyDeleteLuas jugalah kawasan Lost World of Tambun nikan, PK. Tapi yang lagi hebat, a day trip yang PK buat ni pun boleh cover banyak tempat. Kalau anak-anak saya masuk, memang mereka jadi badak berendam aje kat waterpark tak mahu keluar-keluar. Kira berbaloilah PK bayar (berapa ek harganya hari tu, ada tunjuk resitkan) untuk semua kejadian jalan-jalan nikan!
ReplyDelete