Pages

Wednesday, June 03, 2015

Santai Taman Jubli Emas



Kisah kat kampung tempohari. Hajat asal nak ke Muzium Padi, kami sampai lagi setengah jam muzium nak tutup, kecewa nak masuk pun kejap sangat tak berbaloi. Dalam kereta Afia yang paling frust, merengek "nak nek tas (nak naik atas), nak fish...nak nek tas..nak fish.." dok mengaruk ulang benda yang sama. Bising sungguh dengan suara dia dalam kereta. Bagi nenen pun tak dapat pujuk dah. Buruk perangai baby tua.hehe.

Nak tengok fish sangat jom kita ke Taman Jubli Emas. Kat sini setiap Jumaat Sabtu ada jualan. Banyak gerai dibuka dah macam pasar malam. Daripada gerai makanan, sewa bubbles, jualan pakaian, tudung. mainan dan sebagainya. Pendek kata macam-macam ada. Sediakan duit je la kalau anak jenis demand tinggi. Nasib baik anak aku baik.huhu



Selain tu ada banyak orang yang jual makanan ikan. Boleh la bagi anak kita rasai pengalaman bagi fish makan. Aiman kemain excited sebungkus demi sebungkus dia pi beli makanan ikan sampai duit maktok pun dia pau. Memang banyak gila la ikan. Mana tempat kita bagi makan, dekat situ depa kerumun. Jenis kebulur harapkan orang bagi makan, kesian tengok tau.hehe..



Video Aiman Afia bagi fish makan







12 comments:

  1. Seronok tengok ikan mkn tu muni. Berkerumun di satu tempat bila ditaburkan mknan. Kat kuching pun ada 1 tempat nama taman sahabat. Kitorang selalu jugak lepak situ bagi ikan makan.

    ReplyDelete
  2. byk hah ikan timbul.... lapo2 semuanyer tu kan cikpuan kutu heheheeheh.... kemain anak dare mencampak ...sekuat hati tuuu ekekekeekek....

    seronok gak tgk kawasan riadah camtu....

    ReplyDelete
  3. kalau macam itulah gayanya jgn kata Aiman dan Afia, kakak pun sukalah tengok. Bila Aiman tabur tengoklah ikan bukan main banyak yg dtg.

    ReplyDelete
  4. Muzium padi tu makchaq dah pernah pi.. seronok..

    Banyaknya.. ikan... mesti depa tak cukup makan.. tu yang berkerumun sampai macam tu..

    ReplyDelete
  5. Fish tu semua takda ibu yang serajin ibu Aiman dan Afia. Kalau tidak, takdalah gaya kebulur gitu. Hahaha....

    Saya ni macam nak buat sambungan melawat muzium tapi tak tahu muzium mana kita nak terjah sekarang ni. Ada satulah dalam kepala tapi macam malas pulak nak pergi. Macamana nih...

    ReplyDelete
  6. asssalammualaikum... lamanya liya tak komen kat sini... sehat ker?

    ReplyDelete
  7. seronok dorng adik beradik
    muzium pd sh dkt dgn kg tok belh ayh saya.
    aloq gunchaq.. mask ikut skolah sri gunung
    tp dh xda sapa situ
    tok dh ddk bukit tinggi sjak arwah wan meinggal
    just tinggal pksu j kt kaki gunung kriang tu

    ReplyDelete
  8. haha.. sukalah orang yang jual makanan ikan tu ya.. ramai yang beli untyk beri ikan kat situ makan.. haha, samalah kalau dua Ahmad ni jumpa tempat macam ni, selagi tak abis bendanya selagi itulah dia tunggu nak bagi ikan makan..

    cik pia ni banyakla teknik memujuk.. ibu kalah ya..

    ReplyDelete
  9. boleh buat scene bawang merah bawang putih ni..

    ReplyDelete
  10. hungry fish..seronok bawa anak-anak tempat macam ni..

    ReplyDelete
  11. waaa..penuh ikan tu...pasti afia teruja tgk ikan2 berebut tu

    ReplyDelete
  12. Tok wan mana? Tak ikut ka?
    Ohhh......dapat kat budak bagi makan ikan, mau sepuluh hinggit habis tu. Syok apa tengok ikan berebut kerumun makanan.
    Dapat tengok ikan tak delah lagi mengamuk ye cik Pea

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!