Kami baru bertolak balik SP pagi tadi. Aku up dulu entry yang dah lama bertapa dalam draft. Memang berhajat nak kurangkan aktiviti first attempt ni, tapi tiba-tiba teringin nak belajar buat menu orang pantai timur pulak, dah tu bilanya nak diet?haha..
Tak ada la susah mana nak buat laksam, cuma bab menggulung tu la aku ni takda skill sangat. Katanya pertama kali, kira halal kot rupa tak semegah sangat. Bila bancuh adunan ikut resepi aku rasa macam cair, pastu faham-faham je la mesti aku adjust derhaka sama resepi.
Cara nak buat kuah sama je macam laksa utara cuma letak santan dan lada hitam tanpa cili kering. Aku guna asam jawa dan asam keping plus susu cair sikit. Kuah sambal tu pun aku buat ikut aku punya style.
Ni pertama kali Aiman makan laksam. Aiman kata sedap. Afia pun makan dengan berselera, nak mee..nak mee kata cik pia! Mungkin sebab kuah laksam ni tak pedas tu yang budak berdua ni suka. En suami pun puji sedap, kira cubaan pertama kali lulus. Nanti boleh repeat buat lagi dan lagi dan lagi.
sedap tu laksam=)) kat teganu dulu selalu la makan..pernah buat sendiri sekali je hehe
ReplyDeletesedapnya lah laksam
ReplyDeletemakan je pandai
ReplyDeleteSama la kita. Makan je pandai!
Deletesaya pernah sekali masak laksam... lepas tu terus insaf... mmg tak kuasa part nak mengukus dan menggulung...
ReplyDeletearghhh sedap ni... tapi kalau ikutkan terengganu punya, kuah kene pekat lagi... tp ni pun dah terliur dah ni... hehhe
ReplyDeletearghhh sedap ni... tapi kalau ikutkan terengganu punya, kuah kene pekat lagi... tp ni pun dah terliur dah ni... hehhe
ReplyDeleteSedapnyaaa Aiman.. kenapalah ibu Aiman/Afia tayang laksam ni? Auntie memang suka laksam tau. Kalau dpt sepinggan kan bestnya.
ReplyDeleteAlahai, tak payahlah nak low profile sangat. Nak berhenti blog out tentang first attempt. Buat je entri. Boleh juga buat terliur membacanya. Nak suruh buat tu, tengok mood bulan mengambanglah.
ReplyDeleteSerius tau, saya tak pernah makan laksam. Saya lagi suka laksa utara. Laksa Johor pun saya jarang-jarang makan. Buat laksa, lagilah tak pernah *_*
peberet sy.sy suka laksam
ReplyDeleteingt lg msa mla bljr buat laksam dgn mak siap berangn nk buat juai.kikiki
tp kalau mk sy x buat kuah putih.mak buah kuah lemak laksa hihihihi..
lg derhaka resepi org pantai timur.sbb mk x brpa dgn kuah putih.
haha, kalau orang buat kali pertama dah sedap, memang jenis ada bakat masaklah jawabnya ibu afia ni.. menjadi saja apa yang dimasak, syoknya PK. Saya ni orang kelantan pun kalau laksa, ni saya tak gemar sangat, jadi taklah jeles PK masak ni.. huhu
ReplyDeletemasakan tradisi teranung ni,..
ReplyDeletewalaupon org ganu, lya sdri x reti buat & x brapa suka mkn loaksam.. lg suka makan laksa gandum teranung..sedap!
Sedapnya laksam... Eija pandai gulung ja...btak pndai cuba buat lagi hihi... Mkn suka jugak :)
ReplyDeleteSenang jer rupa buatnya yeh PK.....ni faveret okje jugak ni cuma tak pernah je. Bolehlah try nanti bila bila rajin hihi...
ReplyDeleteKalau suami anak dah memuji tu, maksudnya mmg mabeleslah tu