Pagi tadi tak jaga sahur wey. Sedar dah jam bunyi pukul 4 pastu tertidur balik. Sempat minum air kosong je. Dah cakap dekat Aiman, Insyaallah Allah tolong Aiman tak rasa lapar. Yang penting semangat!Tak tau la Boleh tahan ke tak anak bujang aku tu balik sekolah nanti. Ni nak cerita menu sahur semalam, boleh lawan Along Charkoteaw dah ni.hakhak.
Walaupun masa di Johor dulu en suami pernah berniaga Charkoteaw, ni pertama kali aku buat Charkoteaw tau. Kalau dulu aku la yang akan siapkan segala bahan berniaga. Dari siang udang, kopek kerang, blander cili kering dan sebagainya. Laki berniaga tapi bini yang teruk, bukan ada gaji pun.hehe
Sos Charkoteaw pun aku yang buatkan. Resepi dari kawan en suami yang sama-sama berniaga. Tapi sebab aku tak pernah tulis, tahun demi tahun berlalu, lupa dah berapa sukatan semua. Namanya chef campak baling ni tak susah hati pun, pepandailah la aku adjust ikut sukatan sendiri. Kebetulan pulak ternampak resepi Charkoteaw di Facebook, aku pun baca sekali lalu pastu tiba-tiba resepi bergabung!!!
Aku buat resepi ikut cara aku. Walaupun tak cukup bahan dan Charkoteaw ni boleh dikatakan menu sahur yang aku tak plan pun. Hasilnya terbaiklah. En suami puji melambung. Clear sebungkus koteaw kami tiga beranak. Tak cukup lagi ada. En suami kata pada Aiman, pasni tak payah dah makan Charkoteaw kat luaq, ibu dah pandai buat Charkoteaw.haha..
Resepi Charkoteaw Simple dan Sedap : Tumis cili kering kisar bersama bawang putih hingga pecah minyak, kemudian masukkan Sos Charkoteaw. Bila kuah mendidih masukkan koteaw, pecahkan telur, masuk udang + taugeh pastu Boleh adjust rasa dengan garam, gula dan serbuk perasa. Siap!
* Resepi Sos Charkoteaw : Stok udang + Sos tiram + kicap + Sos cili + belacan + garam + gula, masak atas api hingga mendidih. Bleh buat banyak dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama.
Seperti biasa aku akan tanya nak makan apa untuk buka esok? Charkoteaw..nak makan apa untuk soq esok? Balik-balik jawapan en suami Charkoteaw. Stok udang dah habis la sayang oi. Bila tanya lagi Charkoteaw juga jawapannya. Sudah! tak pasal je laki aku kena sawan Charkoteaw oi. Dah terbuktilah yang charkoteaw aku ni memang sedap kan.hahaha
Ada rasa macam koay teow sani tak PK?....uih sedap tu..lalu sungai dua wajib singgah makan.
ReplyDeletetime ni tengok makanan memang terliur sangat aihh..
ReplyDeletebleh amek resipi ni..nak try jugok..
pasti sedap sangat ni..sampai en somi nak berkali-kali..
ReplyDeletenampak pon sedap..telan air liur akak tengok..hihi:)
Kakak baru nak tanya ada jual ke sos charkweteow tu? Alkisahnya buat sendiri. Memang rajinlah Ibu AIman-Pia ni. Itu yg selera aje makan:)
ReplyDeleteWhoa! Sahur makan charkueyteow! Hebatlah PK ni. Kami anak beranak bangun sahur memang tak lupa tapi setakat minum air je. Nyamahlah apa yang patut, kuis sana sini sikit. Makan berat memang tak pernah. Teringin juga nak buat nasi goreng tapi takut takda siapa yang nak makan!
ReplyDeletehahaha. sedap la tu.leh buka gerai di bazar next year :)
ReplyDeletetenkiu pk berkongsi.
bukan sng org nk bg resepi charkoteow kan
mmber suami dlu pon ada nega di jb.kja normal, mlm meniaga. dia org penang.dia ckp minta dgn mk sedara dia, tu pon dpt kias kias ja.
saya ada simpan juga keratan akhbar resepi charkoteow tp entah ke mana pergi.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteakak,stok udang tu buat cmne.rebus udang n ambil airnya ke.teringin nak buat ni,terliur tgk tgk.
ReplyDeleteAkk biasa tak rebus udang..nti udang hilang manisnya..akk guna kulit udang rebus dan tapis buat stok..kulit udang ni yg biasa akk buat ccur udan utk anak n masak yg huang kulit
DeleteAkk biasa tak rebus udang..nti udang hilang manisnya..akk guna kulit udang rebus dan tapis buat stok..kulit udang ni yg biasa akk buat ccur udan utk anak n masak yg huang kulit
Deletengancam ah..suka gak makan tau..last year ada beli sebotol kicap char keuw tiaw ni.. aad lagi dalam peti ais..huhu
ReplyDeleteHai…Kak Gojes nak ajak korang join GA ni…manalah tau menang duit raya…
ReplyDeleteMENANGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM3100 SEKARANG!!!
tak pernah try..biasa kuey tiow goreng-goreng bodoh je..hehe.ni nampak sedap!
ReplyDeleteMemang betul-betul sedap la tu, hari-hari request charkoteow... Memang nampak sedap pun !
ReplyDeleteAi.. rahsianya pasti sebab sos yang sedap tu kan. Menarik nampaknya ni.. ai.. memang asyik minta char kuey teow jelah nampaknya ya.. sukses
ReplyDeletesedapnya.....
ReplyDelete