Pages

Saturday, May 09, 2015

Ke Dapur Bersama Aiman Afia



Semalam ibu ajak Aiman Afia ikut membantu di dapur. Sebetulnya Aiman sorang tolong, Afia tukang penyibuk.hehe. Nampak macam simple, tapi aktiviti macam ni sebenarnya seronok, satu proses pembelajaran untuk anak-anak. Dalam dok seronok tu, jangan lupa aspek keselamatan ok!

Banyak aktiviti sederhana didapur yang boleh kita libatkan anak-anak. Contohnya mencuci buah dan sayur, menghias makanan, menimbang dan sebagainya. Kali ni ibu cuma minta Aiman tolong potongkan sayur buncis. Pastu Aiman bantu ibu asingkan taugeh juga.



Adik fia pun tak mau ketinggalan. Ibu bagi batang kankung pastu potong la guna pisau mainan masak dia. Tengok tu pisau pun terbalik.hehe..



Apa yang boleh dipelajari waktu beraktiviti di dapur? Aiman Afia belajar pegang alat potong dan mengendalikan tangan. Aktiviti yang bagus untuk motor halus. Di dapur Aiman Afia belajar kosakata juga. Contohnya perkataaan cut, vegetables, ibu ajar la Afia sebut. Tak sangka Aiman pun tak tahu yang vegetables tu sayur in english. Dia tau perkataan cut je. Percuma dapat tambah English word kan Aiman.

Untuk Afia, kita praktis belajar kira. Hasil potong tu sama-sama kita kira one two three, memang have fun sangat! Aiman kata bila cuti Jumaat Sabtu dia nak tolong ibu potong kat dapur lagi. Secara tak langsung aktiviti macam ni mendidik anak buat kerja rumah. Besar nanti ringan la tangan tolong menantu ibu. Bakal besan pun suka kan kalau menantu pandai masak.haha..








10 comments:

  1. Seronok kan muni ajak anak kat dapur. Secara tak lansung mereka belajar untuk membantu.

    ReplyDelete
  2. bagus PK ajar dari kecik tolong kita di dapur...dah besar senang la PK :)

    ReplyDelete
  3. belajar sambil bermain..ye dak..

    ReplyDelete
  4. wah.. kecik-kecik dah ada bakat..di dapur...

    ReplyDelete
  5. Rajinnya tolong mama dorang

    ReplyDelete
  6. Bagus aiman...nnt bleh msk master chef ek...heee

    ReplyDelete
  7. seronoknya anak belajar kat dapur..dah besar boleh tlg ibu pula:)

    ReplyDelete
  8. Untunglah siapa jadi mertua Aiman. Menantu lelaki cekap di dapur. Kecik-kecik ibunya dah ajar memasak. Apa lagi agaknya yang awak tak buat dengan anak-anak ya, PK... Sambil masak sempat lagi menambah kosa kata gitu!

    ReplyDelete
  9. Baguih baguih
    x sbr nk ajQ rania nnti

    ReplyDelete
  10. Bagusnya Aiman..rajin tulang nak tolong ibu kat dapur.. Haha.. ni pun salah satu cita2 saya..kononnya nak didik anak2 jantan saya ni ringan tulang menolong kat dapur..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!