Pages

Saturday, April 04, 2015

Lasagna Roti, Musibah, Hadiah Aiman



Khamis yang suka duka ulang berulang.

Dah lama tengok resepi lasagna roti. Sekali baca terus hadam masuk kepala. Resepi simple pertama kali buat menghabiskan saki baki keju yang ada. Niat nak puasa terpaksa batal sebab tak sempat sahur menunggu lasagna masak. Begitu besar penangan lasagna roti. Rugi dah pahala puasa sunat sehari. 


Sedikit ujian aku terima waktu pulang dari tempat kerja membuatkan hati resah gelisah sepanjang hari. Dalam keadaan jiwa masih kacau, pagi esoknya jari pula cedera terkena pisau darah keluar tanpa henti. Lepas satu..satu.. Perjalanan hidup kadangkala diduga musibah tanda peringatan kasih sayang supaya semakin dekat denganNYA. Sekarang aku mula mencari kembali rentak ketenangan yang hilang.


Mengubat sedikit gundah bila anak bujang balik sekolah dengan fail dan buku ABC. Katanya jawab betul semua soalan teka silangkata dari cikgu DST. 5 orang sahaja termasuk Aiman dapat hadiah dari cikgu. Walaupun hadiah serupa tak sesuai dengan umur, pencapaian yang sekecil ini cukup membuatkan hati ibu berbunga. 





8 comments:

  1. sedapnya lasagna roti, teringin nak buat :)

    ReplyDelete
  2. La..siannya gitu.. dalam masa terdekat ya kena dua kejadian ni. Betul kata PK..dugaan untuk kita lebih ingat kepada-Nya. Nanti pasti lebih tenang.. insyaAllah..

    Haha. Cikgunya pun.. tangkap muat je ye.. dilema juga kalau nk bg hadiah pada murid.. kalai kes saya, budak usj ni tahu jelah.. jenis rumah harga juta2, melancong tak kira cuti ni kalau kita nk bagi benda pun fikir 100 kali.. kena gelak je..

    Ai.. sampai tak puasa ya.. sedap sangat tu..

    ReplyDelete
  3. dapnya.

    alahai ngilu pulak rasa..

    tahniah aiman. terubat kesdihan dihti ibu

    ReplyDelete
  4. nampak sedapnya lasagna tu... mls nak buat sebab hubby mcm tak suka sangat mknan ada keju2.. kalu eija mmg hantu keju.. hihi...

    Tahniah aiman,, teruskan usaha moga sentiasa cemerlang :)

    ReplyDelete
  5. Sabar yer....nama pun manusia, mana lah tak diuji.
    Sekurang kurangnya pencapaian Aiman menceriakan gundah gulana ibu...Tahniah Aiman

    ReplyDelete
  6. Laaa... ni mesti kes jiwa kacau bilau sampai terkena pisau. Time memasak kat dapur kena hati-hati PK, jangan fikir banyak sangat. Inilah jadinya. Harap tak serius.

    Nasib baik Aiman pulang membawa sedikit berita gembira. Hilang sekejap resah di hati, ya tak?

    ReplyDelete
  7. oh! lasagna roti (trus nak gugel resepi hehe)

    tahniah aiman, aunty mntak sikit bunga2 dari hati ibu (tumpang sejambak hehehe)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!