Ewah..dia joget! Waktu berlalu cepatnya Afia membesar depan mata. Kadangkala berulangkali tengok video masa dia baby. Alhamdulillah mudah membesarkan kekuatan iman kami ni, berperibadi cool dan tak banyak ragam masa baby. Apa lagi sekarang ni makin becok bercakap, terlajak cerdik akalnya dan terlalu comel dengan kerenah yang melucukan. Sungguh cik pia selebriti nombor satu kat rumah kami tau!
Perkembangan bercakap menginjak usia dua tahun fokus utama ibu nak story. Sekarang kalau bercakap kebanyakan menggunakan perkataan yang belakang saja. Contoh cantik, jadi tik..kenyang jadi nyang..habis jadi bis..banana jadi nana..Benda ringkas satu sebutan je Afia sebut tanpa pelat macam fish, goat, egg, take and so on.
Haritu kan ibu cerita Afia tak pandai sebut ibu. Kata abah saja dia je tu tak nak sebut. Sejak bulan lepas baru dengar Afia sebut bu dengan kerap. Yang tak tahan tu kenapa kalau sebut bu kena muncung mulut sedepa.haha..Abang Aiman dia panggil Man saja! Bila tanya tok nama apa dah pandai jawab Tok Dah..Wan..Mat..Nama sendiri ja susah nak sebut.
Kalau dengan mak pengasuh kemain lagi. Jeles ibu kalau kat rumah pun asyik sebut nama mak. Tiba-tiba pulak tu tau..Contoh kalau tengah salinkan dia drypers tak semena sebut mak. Asal naik car sebut mak. Asal lalu jalan laluan kerumah pengasuh sebut mak. Nak ikut ibu ke pejabat pun sebut mak. Banyak hari tak hantar rumah mak lagi kerap dia menyebut.
Sayang sangat kat mak dia ibu hantar dok dengan mak terus mau?Dia jawab "mau.." haha. Entah mau ke tak mau sama je sebutan. Lagipun apa yang kita cakap dia kira nak mengajuk sesaja. Tapi setiap kali ambik dari rumah pengasuh tak menyabar tunggu balik rumah kat situ jugak terus tunjuk dada ibu sambil sebut "nak nen..nenen.." kes gian!hahaha
Afia dah mula kenal huruf juga. Paling expert huruf O! Boleh sebut dengan baik A to Z, Alif hingga Ya. One to Ten tu ja banyak sebutan sebut yang belakang je la. Cuma ada beberapa huruf saja agak kelakar susah kot dia nak menyebutnya. Bila tanya cow bunyi macam mana? cat?goat?duck?bird..semuanya dia pandai bunyikan dengan comel sama macam dia selalu dengar dekat tab. Main tab satu hari tu dia sebut "yey..nang! (menang)" tak tau belajar kat mana.
Next month dah boleh beli kek birthday kot sebab Afia dah pandai makan kek. Tahun lepas boleh tengok ja!
23 bulan? Maknanya Aniq dah 22 bulan..aduhai.. teruk Sgt bz Sya Skrg sampai lupa tarikh Skrg..Aniq masih belum boleh sbut mummy..tp dia sbut mama..
ReplyDeleteSalam. Hee chomey anak ibu. Siapalah tak sayang anak, tapi ada kann mak , kannns ;p
ReplyDeleteseronokkan bila anak dah leh cakap.klu dah pandai bercakap nak bercakap je jenuh pulak nak melayannya...
ReplyDeleteafia semakin bijak..cepat dia belajar..semakin comel dan cantik
ReplyDeleteAfia comel dan bijak..tu yang buat ibu sentiasa rasa rindu kan
ReplyDeletetu lah cptnya masa berlalu dah besar afia.. boleh dah ade adk lg tu hahahaha .....
ReplyDeletealhamdulillah..makin besar makin cerdik afia..
ReplyDeletelya pon sama..rindu sgt kt asya msa kecik..slalu baca n3 lama time asya baby2 dlu.. nak ngis pon ada.. mmg rindu sgt
yeayy tahun ni afia dah bole makan kek insyaAllah..mesti ibu bersemangat nak buat kek DIY kann kann?
ReplyDeleteaunty tgh membygkan muncung afia yg sedepa tu hehe comels!
Sat ja dah besaq afia... memang seronok layan budak2 bercakap..
ReplyDeleteAnak2 makchaq jenis cepat bercakap memang seeonok bersembang ngan depa
Kalau afia suka nak pi rumah pengasuh tu maknanya pengasuh tu jaga elok la... klu pengasuh x ok nak hantaq pun depa teriak
hampir sama umur dgn cucu kaknoor ni 18 bulan, tapi kalau ckp dia je yg faham, maktok tak faham lagi..
ReplyDeletecomelnya afia,
ReplyDeletemoga membesar dengan sihat dan jadi anak solehah yea :)
yeay afia dah nk msk dua tahun
ReplyDeleteboleh la ibu buatkan kek birthday lagi
byk perkembangan afia..
semoga dipermudahkan hendakNya
aamiin
afia rajin rajin belajar tau
sekejap je kan rasa nak membesar huhu ..semiga jadi anak solehah buat ibu...
ReplyDeleteMesti pengasuhnya baik tu..itu yang fia asyik sebut nama mak mak mak je tu. Legalah kita kalau anak serasi dengan orang yang jaga.. patutla bam bam di fia ni ya.
ReplyDeleteDah nak dua tahun ya.. ai.. saya rasa macam baru lagi.. si nazif pun saya rasa kecil lagi. Hihi..padahal bln 8 ni dah 3 tahun dia..
da besar afia.. beza 5 bulan dgn anak eija :) nama pun imanina juga..
ReplyDeleteKalau ya pun Afia nak duduk dengan mak, sanggup ke?
ReplyDeleteDah besar Cik Pia sekarang. Macam-macam perangai, mahu tak seronok melihatnya. Kalau tak diabadikan dalam blog ke, dalam video ke, memang merindulah kita ni bila mereka dah besarkan...