Abah kata nak beli kek untuk birthday Aiman so ibu fikir tak payah kot buat. Lagipun sehari sebelum tu, opismate yang sambung shift lambat datang sebab salah tengok jadual. OT tak berbayar la hampir sejam menunggu. Nak singgah kedai beli butter dah tak sempat mana dah lambat ambil Afia dari rumah pengasuh. Balik rumah memang tak kuasa dah nak keluar.
Menjelang Harijadi Aiman, memikirkan serbuk koko yang masih banyak berbaki, ibu buat juga kek coklat. Takda butter, guna minyak pun boleh kan. Melihat ibu sediakan bahan untuk kek Aiman kata,
" Aiman tak nak la kek..Buat susah ibu je!"
Namanya pun Aiman tak kisah. Anak soleh Aiman memang macam ni. Sayang ibu lebih dan bukan jenis yang meminta. Takda susahnya nak, ibu yang nak makan sebenarnya.hahaha..
Cantik sangat kejadian kek coklat ni
Letak topping
Hias bodo dengan coklat Nips Milk
Masih guna resepi kek coklat sama hari jadi Abah tempohari, cuma yang ni aku kukus. Tulisan tu comot tak ingat, buat sikit je icing untuk tulis nama Aiman. Kek ni tersimpan dalam peti ais sebab kami balik kampung. Malas nak bawak balik sana, dah tau mak Abah bukan makan sangat.
Semalam baru rasmi makan. Lupa pulak nak snap yang dah dipotong. Tu pun bukan birthday boy yang potong keknya. Aiman kan sekolah. Afia la tak menyabar dok bukak peti ais mintak "kek..nak kek.." Orang dah pandai cakap kan. Walaupun tanpa butter, sedap tau kek coklat ni. Moist sangat! Lepas ni kalau buat kek coklat mesti akan guna resepi ni je la.
Aduh lapaq kek pulak dah, tempting orang posa macam apa je menaip sambil membayangkan kesedapan kek coklat moist. Sedar diri dah makin gemuk tapi nafsu makan tak boleh kawal.hehe..Balik kampung dengan dok kalut repair kereta semua memang tak beli dah pun kek untuk Aiman. Lagipun abah fikir ibu dah buat keknya pun belum makan. Birthday present tunggu ya!
nyum nyummm..
ReplyDeleteSalam kak pk! icing tu pakai butter x?share resepi x pakai butter leh?butter mahal..huuu
ReplyDeletenak siket kek yg nampak bes tuuu
ReplyDeleteRajin ibu Aiman buat kek siap hias lagi
ReplyDeletebila dah kreatif, hias bodo pun nak cantik!
ReplyDeleteAiseyyhhhh sedapppp tuuuuu
ReplyDeleteSalam. Hee rajinnya mak aiman tak kesah buat kek besday aiman. ;D
ReplyDeleteBirthday boy tak kisahlah pulak ye adik rasmi potongkah kek. Aiman semakin matang nampaknya..
ReplyDeletesedap nyer lama dok makan kek coklat..leni malas sungguh nak buat sendiri
ReplyDeletetelan ayaq liuq ni haa nengok.dah la tgh mlm
ReplyDeletea’aa, sy buatkek coklat kukus ltk minyak je
Happy birthday aiman.... Sedap kek tu
ReplyDeletenampak sedap kek tu..nak sikit.. :)
ReplyDeleteEh.....rasa mcm dah komen belum lagi rupanya....
ReplyDeleteNi dah standard Secret Recipe ni tau PK....jauh beno cantiknya dengan kek Sabun Okje weyh hihi...
Mak hang ni Aiman mmg rajin sungguh....untuk atuk hang dapat menantu cenggini
Tu la... Bercadang nak buat cheese kek utk birthday bdk2 ni.
ReplyDeleteAiman 8 thun da? Kjapnya masa berlalu. Rasanya masa msuk blog ni dulu..aiman kcik lg. skrg da jd ank bujang da
ReplyDeleteIbu aiman ni mmg rajin sesgt tau..kek coklat penuh ksh syg ni..saya bagi A++++ :)
ReplyDeleteMana dia amik masa nak buat kek ni ya? Ai..hairan tu saya PK ni rajin tul masak macam2. Mesti jenis takleh duduk diam ni..saya cuba gak nak masak selain benda wajib tapi bila dah penat tu lebih kepada pengsan je. Jadi yang tak wajib tu saya beli jelah.. untung la anak2 dan suami PK ni..banyak makan hasil air tangan ibu...
ReplyDeleteHahaha... bab kata sendiri nak makan tu yang tak menahan! Ingatkan dia nak kata 'takpa, nak. Anak ibu punya pasal, penat pun takpa. Ibu buat juga demi anak ibu punya birthday!'
ReplyDeleteApa pun memang salute kat awak ni PK. Entah bilalah kita boleh jadi macam ni. Kalau masuk bertanding ibu mithali peringkat daerah je kita dah kalah. Hihihi!