Sesi persekolahan Aiman bermula hari ni setelah bercuti panjang. Malam tadi sampai rumah dari kampung menjelang tengah malam juga. Dua hari cuti kami balik Alor Setar. Merancang jalan-jalan ke Perlis pun tak ada rezeki. Kesian birthday boy nak sangat ke Taman Ular terpaksa cancel last minute. Next time ye Aiman!
Jumaat petang lepas Solat Jumaat merancang ke Perlis jalan-jalan cari makan sama mak abah. Esoknya kata en suami kita pergi Perlis lagi bawa Aiman Afia ke Gua Kelam, Taman Ular dan Ladang Anggur. Kalau sempat singgah cuci mata dekat Padang Besar. Kita hanya merancang, perjalanan pergi balik Kuala Perlis hari Jumaat tersebut kereta buat hal. Ada masalah air cond apa entah. Esoknya terpaksa la repair kereta dulu. Dipendekkan cerita, masa dah terbuang, terus cancel jalan-jalan, dok rumah je la.hehe..
Kisah hari Jumaat, kami pusing Kuala Perlis tapi tak makan kat situ. Punya ramai umat nak parking pun susah. At last jumpa satu kedai dekat Kokdiang. Alhamdulillah makanan enak cuma air je potong selera sikit. Kami order 3 pinggan pasembur makan kongsi, aku mak Abah makan Mee Bandung dan 2 pinggan Mee Goreng untuk Aiman dan en suami. Ketiga menu nampak simple tapi memang sedap!
Sampai mee terus makan tak pandang orang dah.
Dok terbayang lagi Mee Bandung Sedap ni!
Sebelum balik singgah rumah Pak Tam, bapa saudara en suami sambil berharap ada sinar untuk esok. Ternyata rezeki tak menyebelahi. Tidaklah frust mana, benda dekat nanti bebila boleh pergi, cuma kesian dekat Aiman cuti sekolah ni tak jalan mana. Kita ibu ni nak happykan anak-anak je!
gitulah, kita cuma merancang,kan..
ReplyDeleteAdoi.. kenyang urppp.. kes tengok entry PK ni, saya cepat2 buat mi hailam.. nak buat mi mcm dlm gambar PK xda bahan.. jadi hailamkan je
ReplyDeleteTak jadi pun ok lagi plan korang tu.. dapat makan mee bandung sedap sekurang2nya...lain kali kalau balik kg lg, cuba lagi k Aiman..
nakpak menyelerakan betul mee bandung tu
ReplyDeletedapnya mee tu
ReplyDeletexpa aiman balik loq staq pon dh kira oke tu..
next time k.
loq staq kat na pk ?
ppstt: ye, adik sy tntera tu. masa nk jupe pk tak mnjdi tu. huhu.lau x dah face to face kan. xda rezeki masa tu.
Okje pun tak kemana PK......duk rumah jer.
ReplyDeleteSedap sangat ke mee bandung tu sampai terbayang begitu sekali ...... Nak makan mee bandung pure datanglah Muar PK......batulah terangkat tak turun turun haha
Bdk2 ni demam plk time cuti. Sblm cuti pn dh demam. Sabar je la. Lg la x blh nk g mana2.
ReplyDeleteOoi, mi bandung tu.... dah makan lunch pun tetiba rasa lapar balik!
ReplyDeleteSaya sekeluarga pun tak ke mana-mana cuti sekolah yang lalu ni, PK. Setakat kawasan sekitar kat KL ni sampai tak tahu mana lagi yang kita tak pernah tuju. Duduk rumah ajelah. Kita bermovie marathon sampai tertidur atas sofa.